Penulisan pada tajuk ini diambil dari rancangan Iktibar Dari Tanah Suci yang diulangtayang pada waktu tengah malam di Astro Oasis. Rancangan ni kalau yang tak pernah tengok, ia menceritakan pengalaman para tetamu Allah yang mengerjakan Haji dan Umrah dan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas diri mereka selepas pulang dari Tanah Suci. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau mengaibkan individu tapi untuk diambil pengajaran oleh semua yang menonton. Kata-kata yang selalu diingatkan oleh hosnya, Pandanglah dengan pandangan mata hati supaya dapat melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

         Tetamu Allah yang diinterview pada kali ini merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia yang menunaikan umrah bersama isterinya yang kemalangan 2 minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci. Sepanjang si isteri berada di sana, si suamilah yang menyorong kereta roda ke sana dan ke mari. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya, kerusi roda si isteri ringan je bila dibawa ke sana ke mari dan macam-macam pengalaman yang mereka hadapi. Macam yang kita tahu, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya kena perlu dijaga bila berada di Tanah Haram ni. Sebenarnya bukan nak cerita mengenai pengalaman tetamu Allah ni tapi ingin nak berkongsi IKTIBAR yang dilontarkan oleh hosnya, Ustaz Haji Syukri untuk siri kali ini.

~ IKTIBAR DARI TANAH SUCI ~




1. Setiap ujian yang ditimpakan Allah mengandungi hikmah dan rahmat bagi orang yang tabah dan sabar menghadapinya

2. Sentiasa yakin bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya sendiri. Kata-kata Umar Abdul Aziz :

‘Tidak ada 1 nikmat yang dikurniakan Allah kepada seseorang, lalu nikmat itu diambilNya, sedangkan orang itu sabar, maka Allah akan gantikan apa yang diambilNya dengan sesuatu yang lebih baik’

3. Kita hendaklah membandingkan ibadah kita dengan ibadah orang yang lebih banyak daripada kita, begitu juga apabila ditimpakan sesuatu musibah, bandingkan musibah kita dengan orang lebih hebat ujiannya supaya kita insaf, bersyukur dan bermotivasi.

‘Kesabaran itu adalah gedung-gedung kebaikan, tidak akan diberikan kecuali kepada orang-orang yang mulia di sisi Allah s.w.t’

4. Jadikan setiap hikmah dan fadhilat dari setiap kejadian yang dilalui sebagai obor dan penyuluh untuk menghadapi kehidupan yang kekal, iaitu di Akhirat.


Akhir kalam.. bilakah kita pula akan menjadi tetamu Allah... emmm...