Adobe Flash CS4 Class Group 1~

Salam,


bersambung lagi perkongsian sepanjang cuti ni, em..ape lagi yer? hoo.. start 23 November - 11 Disember 09, diberi peluang tuk belajar skil baru... Adobe Flash CS4.!! Xpernah sentuh pun...huhu. Dah lame gak mengidam tuk belajar sal Flash dan Photoshop coz memang ske animasi bergerak2...huhu..tapi belum ada rezeki dan kadang2 kekosongan poket tuk bayar kadar yuran yang mahal. Tapi, Alhamdulillah, hajatku terkabul jua.. dapat gak join kelas Adobe Flash CS4 nie tanpa perlu bayar satu sen pun...Memang bersyukur sangat2, xkan disia2kan kelapangan dan nikmat yang ada nie...huhu.


Em, xtau la kat mane slacknye, semangat la jugak malam sebelum start hari pertama kelas tu, nak bangun awal. Tapi still bangun lewat gak, sebenarnya saye pun xtau ape masalah saya dengan tido nie. Masih mencari2.. banyak betul agaknya anak2 setan duk kat mate sampai nak bangun bukak mate pun payah..haha. Xpela.. ada la tu yang 'istimewa' tuk saye kan.. Dia xkan sia2 kan hamba2Nya walaupun saye ni selalu sangat ingkar perintah Dia.. So, nak xnak, saye datang kelas untuk sesi petang. Bayangkan la, dah la xreti ape2 sal Flash..nak bukak new File pun xreti. Alhamdulillah, kawan sebelah, Wan Rusydiah yang tolong ajar... dari hari pertama sampailah tamat kelas 10 Disember... terima kasih Wan..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sabar gak yer ngan saye yang duk bertanye kalo boleh 24 jam..xleh miz..hee. Terima kasih gak buat kengkawan yang lain...Omar yang talented tu, Amir Asyraf yang tinggi lampai, Mastura yang pendiam tapi berisi lagi kreatif, Fiey yang baik hati bagi pinjam laptop n Saladin, Yap yang chomey, Akma, Mizah, Zuhairi, Sam, Alan, Pui Yee, Nga Lee, Wee Kiat, Tarmizi, Badr, Saniy, Mimi, Nafhatun, Suhaili, Fareez, Ron, Bapak, dan yang mungkin anie xingat namenyer...huhu. And not forgetten, our sporting Trainer...Ms.George...cayalah!!


Kat bawah nie, saya nak kongsi gambar2 kenangan kami dan Trainer kami, Ms. George yang berasal dari Filipina.... TenQ Ms. George...enjoy the sharing moments...

















Hope all my new friends and my trainer, Ms. George allow me to upload this picture to my blog..huhu... All the knowledge is totally belong to God, even Adam knew nothing except what God has taught him. Knowledge is also a things that compares human and Angels. Never be arrogant or selfish with knowledge because He are able to grab back what He has given to His servants... When we want a knowledges, ask Him and make an effort to achieve it.. and that's what i'm try to do in my life right now...Thank You Allah...=)


anie_skut87
Baca Seterusnya......

Cuti & Aktiviti (Part 1)


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,


Tinggal beberapa hari je cuti semester nak tamat, teringin sungguh nak review dan muhasabah aktiviti-aktiviti yang dah dibuat sepanjang cuti. Tiap kali datang cuti panjang, persoalan yang selalu saya timbulkan dalam kepala saya..' apa anie nak buat cuti2 ni', em..yelah..cuti2 xkan nak bazir waktu macam tu... then i came out with nothing new either new experiences, new knowledge etc. Alhamdulillah, cuti kali ni banyak diisi dengan  join program dan aktiviti2 yang lain daripada biasa. Entahlah, mungkin telah ditakdirkan anie perlu keluar dari kepompong lama dan menyebarluaskan minda dan tenaga kepada sesuatu yang baru. Opss...jangan silap, bukan buat ajaran sesat ye...hee~


Final exam semester lepas tamat 18 November dan selepas tu, mulalah 'saat kemerdekaan' untuk seketika dan selepas itu bermulalah 'penjelajahan' saye dan kengkawan. Pada 21-22 November, kitorang yang alumni2 Friendly Comparative Religion (FCR) menjalani 'fasa down to earth' untuk FCR Fasa 3. Ke mana kami 'menjelajah'? Huhu. Kami berpeluang untuk melawat Gereja Mar Thomas Syrian di Jalan Ipoh dan Sri Lanka Temple di Sentul pada hari Ahad bertarikh 22 Nov 09. Pengalaman pertama buat ku dan juga sahabat baikku, Yan. Ape yang kitorang buat di sana, of course la, kami menyaksikan sendiri ritual sembahyang penganut2 Kristian Ortodoks. Agak menarik bila melihat cara mereka sembahyang... menyanyi beberapa buah lagu samada dalam BI or BM, berdoa, berlutut dan disuap dengan manisan dan holy wine dan diakhri dengan khutbah. 

Oh ye, sebelum tu.. apa yang saye tuliskan ini tidak bermaksud untuk merendahkan cara sembahyang penganut Kristian ni coz kami di FCR tidak diajar untuk bersikap sebegitu. Lagipun dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan jangan menghina sembahan agama lain dan hendaklah kita berlaku adil. Cara layanan mereka terhadap kami..pergh... bleh kata 1ST CLASS, memang baik sangat walaupun kami ni Islam yang masuk ke rumah suci mereka tapi mereka stil layan kami as tetamu. Em, kadang2 di kalangan umat Islam sendiri pun xmenunjukkan akhlak yang baik kepada non-muslim sehinggakan ada satu tahap memanggil mereka dengan gelaran KAFIR... Muhasabah semula...  bukankah dalam Sirah, ramai orang memeluk Islam kerana kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w? 

Itu di gereja, selepas tengahari, kami bergerak menuju ke Tokong Buddha yang terletak di seberang jalan di Sentul. Tapi kami tak berkesempatan untuk melihat upacara sembahyang mereka, tapi kami dibawa ke lokasi berdekatan tokong dimana letaknya sebuah pokok yang kononnya tempat Gautama Buddha menerima pencerahan..apetah namenyer...Bodhi kot. huhu. Ada banyak gak patung2 dan replika2 Buddha yang berlainan bentuk dan rekaan. Kata Bro.Tan yang jadi our guider, imej Buddha nie mula muncul selepas 400 tahun. Em, ada imej Buddha yang datang dari Jawa dan juga Thailand, sangat berbeza. Kata Bro.Tan lagi, setiap anggota badan dan postur duduk Gautama Buddha nie mewakili sesuatu simbol. Contohnya, telinga Buddha tu panjang kerana Buddha nie banyak dengar masalah pengikut2 nya. Pelik kan? tapi itulah yang diterangkan...

Bila kita berada di tempat2 nie, dan tengok dengan mata kepala sendiri dan juga sesi  Q&A, terasa sungguh Islam ni benar2 agama yang mudah dan memang tinggi... Banyak la jugak kalo difikirkan logik atau x..mungkin lebih kepada xlogik... huhu.. Ape2 pun, kita doakan mudah2an ALLAH SWT YA HADI akan memberikan Petunjuk dan Hidayah kepada mereka dalam mencari kebenaran...AMIN..


Oklah, ada masa nanti saya akan ulas dengan panjang lebar lagi mengenai pengalaman kitorang kat gereja dan tokong ni. Semoga Allah akan menggerakkan hati dan tangan saya untuk menulis mengenainya...amin..

anie_skut87


Baca Seterusnya......

Boleh ke nak MARAH?

Salam,
Sila eja...M.A.R.A.H... Marah. Ye, Marah! Suatu sifat yang semua orang ada. Siapa yang tidak pernah marah? Bezanya samada ianya sedikit ataupun banyak, cepat ataupun lambat. Marah boleh dikategori kepada 2 iaitu (1) Marah kerana faktor agama dan (2) Marah kerana faktor peribadi. Kita dibolehkan marah jika ia melibatkan faktor agama asalkan sifat tersebut memberikan kesan positif kepada Islam dan umatnya dan ianya juga merupakan marah yang terpuji. Sebaliknya, kita dilarang sama sekali marah kerana faktor peribadi kerana ianya merupakan marah yang tercela. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengawal marah. La Ghadhob...

Jika dirujuk kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada beberapa tips iaitu:

[1] Mengenal asal-usul marah, bahawa ia berasal dari sikap tinggi diri yang ada pada seseorang.

[2] Menyedari peranan syaitan yang suka membuat manusia marah. Syaitan menunggu ketika manusia dalam keadaan lemah seperti letih, tertekan, terburu-buru dan sebagainya. Dalam keadaan seperti ini syaitan mencelah dengan cucukan sikap marah.

[3] Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan bahawa orang yang kuat bukanlah mereka yang memenangi pertarungan gusti tetapi yang berjaya mengawal kemarahannya. [Shahih Muslim, no: 2608] Orang yang mudah marah, dia sebenarnya orang yang lemah sekalipun dalam beberapa aspek lain dia orang yang berjaya. Maka jadilah orang yang kuat, yakni orang yang dapat mengawal kemarahannya.

[4] Jika sedang marah, duduklah, Jika sedang duduk, baringlah: “Jika salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk agar marah hilang darinya. Jika tidak hendaklah dia baring.” [Sunan Abu Daud, no: 4782]

[5] Jika sedang bercakap, maka diamlah: “Jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia diam.” [Musnad Ahmad, 1/239]

[6] Mengambil wudhu’: “Sesungguhnya marah berasal dari syaitan dan syaitan berasal dari api. Sesungguhnya api itu dipadam dengan air. Oleh kerana itu jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia berwudhu’.” [Sunan Abu Daud, no: 4784]

[7] Menginginkan balasan yang baik: “Seorang hamba tidak meneguk tegukan yang lebih baik di sisi Allah daripada tegukan marah yang dia tahan kerana mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla.” [Sunan Ibn Majah, no: 4189]

Seseorang pernah bertanya: “Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku perbuatan yang memasukkan aku ke syurga.” Rasulullah menjawab: “Engkau jangan marah.” [Majma az-Zawaid 8/70]

diolah dari blog HafizFirdaus. com

Jangan mare =)
Baca Seterusnya......

Ikhlas Itu Di Hati

Salam, 
setelah sekian lama tidak meng'update' blog. Nak kate sibuk, xda la jugak. Dalam hati, xsabar2 nak menulis, nak berkongsi macam2 tapi mungkin belum diizinkan untuk menaip. huhu. Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai IKHLAS yang saya perolehi daripada blog HafizFirdaus.com

  Jika dikaji definisi-definisi yang diberikan oleh para ilmuan, dapat disimpulkan bahawa ikhlas ialah sikap seorang hamba dalam menjalin hubungan dengan Allah. Apabila seorang hamba itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya, maka itulah yang dinamakan ikhlas.
Musuh atau lawan kepada ikhlas ialah riya’ dan sum’ah. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama dengan harapan diperhatikan oleh orang lain maka ia disebut riya’ manakala jika dengan harapan didengar oleh orang lain maka ia disebut sum’ah. Seterusnya marilah kita melihat beberapa syarat serta adab ikhlas.
 
Ikhlas Letaknya Di Dalam Hati.
Keikhlasan letaknya di dalam hati dan hanya mampu diukur oleh tuan punya hati. Maka nilai keikhlasan tidak boleh diukur oleh individu lain, demikianlah juga sifat riya’ atau sum’ah. Jika diragui keikhlasan seseorang, maka sikap yang benar ialah berbicara dan memperingatkan tentang keikhlasan secara umum, tanpa mengkhususkannya kepada individu terbabit.
Pada waktu yang sama, oleh kerana keikhlasan ialah amal hati, maka ia tidak perlu disyaratkan dengan lafaz tertentu pada lisan. Ini kerana kita tidak perlu memberitahu kepada Allah apa yang sedia diketahui-Nya di dalam hati kita. Selain itu jika lisan melafazkan keikhlasan sementara hati membisikkan pujian orang, maka yang diambil kira oleh Allah ialah bisikan hati. Atas dasar inilah kita mendapati Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya melafazkan niat manakala para ulama’ yang teliti berulangkali membetulkan amalan sebahagian masyarakat yang mensyaratkan lafaz niat secara lisan.
 
Ikhlas Diikat Dengan Ilmu.
Syarat kedua yang penting tentang keikhlasan ialah ia diikat dengan amal yang sahih. Maksud amal yang sahih ialah apa yang selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika seseorang itu ikhlas dalam mendirikan sembahyang tetapi cara sembahyangnya salah, maka ia tidak diterima oleh Allah. Demikian juga sebaliknya, jika seseorang itu mendirikan sembahyang dengan cara yang betul tetapi dia tidak ikhlas, maka ia tidak diterima oleh Allah.
Justeru keikhlasan dan amal yang sahih sentiasa bergandingan, tanpa boleh dipisahkan. Maka sebelum kita hendak melaksanakan sesuatu tuntutan agama dan menjauhi sesuatu tegahan agama, hendaklah disemak bahawa ia benar-benar dituntut atau ditegah oleh agama. 
 
Tiga Fasa Ikhlas.
Agar kita sentiasa ikhlas, maka ketahuilah bahawa keikhlasan memiliki tiga fasa. Fasa Pertama ialah sebelum beramal, maka hendaklah dipastikan ia dimulai dengan hati yang ikhlas dan amal yang sahih. Fasa Kedua ialah ketika sedang beramal, maka hendaklah berwaspada seandainya timbul bisikan hati yang merosakkan keikhlasan yang tersemat sejak awal. Pujian atau kritikan orang lain ketika sedang beramal merupakan antara faktor yang bahaya dalam fasa kedua ini.
Fasa Ketiga ialah selepas beramal dan ketahuilah bahawa ia merupakan fasa yang paling sukar namun paling minimum diperhatikan oleh orang ramai. Ini kerana fasa ini memiliki tempoh waktu yang amat panjang dan seseorang itu mesti menjaga keikhlasan dirinya sepanjang tempoh itu. Seorang pelajar umpamanya, mungkin ikhlas dalam menuntut ilmu sehingga dia memperoleh sijil kelulusan yang cemerlang. Akan tetapi dia perlu berwaspada seandainya sebulan, setahun atau sedekad kemudian, dia berbangga-bangga dengan sijil pengajiannya itu hingga apa yang asalnya ikhlas (fasa pertama dan kedua) berubah menjadi riya’ dan sum’ah (fasa ketiga).
 
Ikhlas Dan Empat Jenis Orang.
Jika ditinjau dari aspek jenis-jenis orang dan kaitannya dengan keikhlasan, maka ia boleh dibahagikan kepada empat jenis. Jenis Pertama ialah orang yang beramal dengan ikhlas lalu dia memperoleh pelbagai manfaat di sebalik amal itu sehingga akhirnya menjadikan dirinya bertambah-tambah ikhlas. Orang jenis pertama ini adalah yang terbaik. Jenis Kedua ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dalam beramal. Namun semasa atau setelah beramal dia menemui pelbagai manfaat hingga akhirnya dia meneruskan amal itu dengan hati yang ikhlas. Jenis kedua ini ialah orang yang beruntung.
Jenis Ketiga ialah orang yang pada awalnya ikhlas namun semasa atau selepas beramal hatinya berubah kepada meraih pujian orang atau mengharapkan keuntungan duniawi. Orang seperti ini ialah mereka yang menzalimi diri sendiri. Jenis Keempat ialah orang yang pada awalnya tidak ikhlas dan semasa atau selepas beramal, dia semakin tidak ikhlas dan melakukan amalan itu semata-mata kerana pujian orang atau keuntungan duniawi.
 
Ikhlas Tidak Tetap.
Jika dicermati beberapa perenggan di atas, dapat ditangkap bahawa keikhlasan bukanlah sesuatu yang tetap atau statik di dalam hati seseorang. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang bergerak lagi dinamik. Oleh itu hendaklah kita sentiasa prihatin akan nilai keikhlasan diri masing-masing. Sedarilah bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah jauh lebih besar, lebih baik dan lebih mulia daripada apa yang ada di dunia ini. Semoga para pembaca dan saya tergolong dalam orang yang sentiasa ikhlas lagi bertambah-tambah keikhlasannya.
Semoga kita akan sentiasa IKHLAS dalam apa jua yang kita lakukan...amin..=) 


Baca Seterusnya......

Renungan buat Diri...

Salam,           
Kata-kata ini dicilok daripada ‘sahabat sejati’ saya yang setia bersama tatkala susah dan senang… hanya mencatat beberapa point je untuk renungan bersama.. khusus untuk semua umat Islam dari seluruh dunia yang mengaku  Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah, tempat sebaik2 mengadu dan tempat untuk segala2nya, untuk mereka yang mengaku memperjuangkan  Islam sebagai deenul tertinggi, untuk mereka yang senantiasa menguar2kan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan hidup…dan mereka yang mungkin merasakan mereka keseorangan…kerana kehidupannya tidak seperti yang diharapkan… huhu..Mari kita hayati bersama-sama…
Sesuatu yang baik akan diperolehi oleh seseorang muslim sekiranya dia berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah s.w.t :
‘ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubha apa yang ada pada diri mereka sendiri’ (Al-Rad : 11)
Pada masa yang sama juga, sesuatu yang buruk akan menimpa seseorang muslim sekiranya dia enggan berusaha atau sengaja membiarkan dirinya dalam kebinasaan dan keburukan. Firman Allah s.w.t :
‘Dan apa jua menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu’ (As-Syura : 30)
Tidak ada yang dapat membawa manfaat dan menolak mudharat melainkan Allah s.w.t:
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mendapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya’ (Al-An’am :17-18)  
Tu je nak tulis… sambil2 buat asemen…hee….
Baca Seterusnya......


Salam,
Perkongsian ini sebagaimana biasa saya perolehi dari rancangan kegemaran saya, Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang membicarakan sebuah tajuk sebagaimana yang dinyatakan di atas, Kunci Hati Tenang, Bersihkan Hati Selalu. Tajuk ni sudah lama tersemadi dalam buku catatan saya sehinggalah saya membaca respon mengenai penulisan sebelumnya di bawah tajuk Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan dari senior saya yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan ketenangan dan mengekalkannya. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab ini tetapi harapan saya apa jua yang saya kongsikan dengan sahabat-sahabat dapat membantu serba sedikit  permasalah yang kita semua selalu alami.
Tajuk di atas dimulakan dengan Kiyai Agim yang menyebut beberapa masalah hati dan sifat buruk (mazmumah) seperti takabbur, egois, over-acting, emosional, iri hati dan jelek akhlak. Sifat-sifat buruk perlulah kita hindari. Katanya lagi, apa jua yang kita lihat, perlu sentiasa bertaubat dan taubat itu perlu berterusan kerana manusia akan terus melakukan dosa walaupun sudah bertaubat. Kita juga diajar untuk BERISTIGHFAR supaya Allah memberikan ketenangan dalam jiwa kita dan untuk menjadikan taubat kita ini ‘bagus’, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang berpotensi untuk menjadi dosa. Kata Kiyai Agim juga, apabila seseorang itu bertaubat, hatinya tidak akan seronok dengan dosa. Kunci kepada taubat adalah penyesalan. Walaupun kita kadang-kala ‘bosan’ untuk bertaubat tetapi Allah tidak akan sekali-kali berasa bosan menerima taubat kita…Subhanallah.
Seorang penonton bertanya, apakah hati itu yang bersih itu ada kaitan dengan firasat? Lalu dijawab oleh Kiyai Agim, berhati-hatilah dengan firasat orang yang beriman kerana dia melihat dengan bimbingan Allah. Kita membersihkan hati bukanlah untuk kelihatan suci dan kita mensucikan hati bukan untuk melihat orang lain. Sungguh beruntung orang yang memelihara hatinya dan rugilah orang yang tidak memelihara hatinya.
Soalan kedua berbunyi, Bagaimana sekiranya kalau ada yang bosan dengan kebaikan? Menurut Kiyai Agim, kita tidak boleh melihatnya dalam posisi menghina tetapi dalam posisi membantu. Mungkin dia berasa bosan kerana tidak ikhlas. Jika dia ikhlas, dia akan terasa nikmatnya. Tidak ikhlas mungkin timbul kerana kurang ilmunya jadi dia tidak tahu manfaat membuat kebaikan.
Soalan seterusnya dari penonton studio, Bagaimana untuk tahu hati kita kotor? Kiyai Agim menjawab, nah, jika kita ada sifat-sifat buruk tadi seperti sombong, takabbur, itulah tandanya. Kita akan rasa gelisah kerana Allah tidak memberikan ketenangan. Hati yang bersih pun turut akan merasa gelisah, bagaimana? Gelisah kerana takut dan bimbang solatnya tidak diterima, solat tidak khusyuk, qiyamulail tidak buat… Ketenangan itu hanya dapat dicapai dengan jalan :
1.       Isilah dengan amal kebaikan
2.      Zikrullah … Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang  
Akhir kalam, kelebihan itu perlulah kita syukuri dan kekurangan itu pula perlu kita perbaiki. Yang kita cari bukan duniawi, kebahagian itu tidak ada pada dunia dan isinya tetapi ketenangan hati itu ada pada kita.  Selalulah kembalikan apa jua kepada Allah, supaya hati menjadi tenang…
Semoge bermanfaat..
Wallahu a’lam.
2.36 a.m di KC
anie_skut87@ thariqIlalQulub. com

Baca Seterusnya......

Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan


Salam,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan nikmat tangan dan akal  untuk saya terus menulis dan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat meskipun sedikit demi sedikit nikmatNya diambil kembali, barangkali untuk mengingatkan kita bahawa segala yang kita ada hanyalah sementara. Di kesempatan waktu yang ada ini, ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai satu tajuk yang saya sempat menyalin dari rancangan kegemaran saya, Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang disampaikan oleh K.H Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Kiyai Agim. Sebagaimana penulisan-penulisan yang lepas, tajuk-tajuk yang dibawa adalah berbeza dan kali ini, insya Allah, tajuk yang akan saya kongsikan dengan anda semua seperti yang tertera di atas, Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan.
Kiyai Agim memulakan tutur katanya dengan menyatakan bahawa di sebalik kejadian ciptaan Allah itu pasti ada hikmahnya. Penilaian Allah lah yang kita perlu kita kejar dan bukannya penilaian dari manusia yang sememangnya dari nafsu. Jika nafsu mengatakan seseorang itu cantik, maka kita pun akan mengiyakan kecantikan itu dan begitu jugalah sebaliknya. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang akan berlaku sekiranya kecantikan itu tidak berlandaskan iman. Kita boleh lihat pada hari ini, berapa ramai yang cantik tetapi tanpa iman, lihatlah keadaan mereka. Teringat ketika saya (Anie)  masih kecil dahulu, pernah saya berkata seorang diri di depan cermin, ‘mengapa Allah tak jadikan aku cantik yer, orang lain cantik...’ dan saya menemui jawapannya dari sebuah majalah (samada ASUH atau TATIH)  yang menyatakan lebih kurang begini isinya, Janganlah kita berasa rendah diri sekiranya kita tidak cantik kerana Allah lebih tahu segala-galanya, mungkin kita akan bongkak dan sombong jika kita cantik. Kata-kata itulah yang saya ingat sampai sekarang. Berbalik kepada penerangan dari Kiyai Agim, jika kita diberi kelebihan, jangan kita berasa angkuh dan jika kita diberi kelemahan atau kekurangan jangan merasa rendah diri.
Beliau bercerita bagaimana adiknya yang serba cacat yang telah berjaya mengubah hidupnya. Beliau berasal dari keluarga militan (tentera), ayahnya merupakan seorang tentera manakala ibunya merupakan seorang guru. Beliau mempunyai seorang adik yang cacat telinga, tangan , kaki serta anggota badan yang lain tetapi sepanjang hidupnya tidak mengeluh. Lalu, Kiyai Agim yang ketika itu hanya seorang yang biasa pun bertanya kerana pelik dengan sikap adiknya yang tidak pernah mengeluh. Tahukah apa yang dijawab oleh adiknya? Mengeluh hanya membuat orang lain ikut susah, segala sakitku telah diukur oleh Allah. Satu lagi keistimewaan adiknya adalah dia rajin bersedekah,katanya wang yang ada jika disimpan tiada manfaatnya tetapi wang yang diberikan kepada orang itulah rezeki’. Sebelum adiknya meninggal dunia, dia meninggalkan 2 amanat iaitu :
  1. Apa yang kita miliki walaupun seluruh isi dunia, hanya satu yang kita tidak pernah miliki iaitu KETENANGAN. Bagaimana untuk mencapai ketenangan, DEKATKANLAH DIRI KEPADA ALLAH S.W.T
  2. Prestasi sehebat apa sekalipun, kita tidak akan mencapai puncak yang tertinggi sekiranya kita tidak melihat kepada Rasulullah s.a.w. Contoh teladan dan keperibadian yang dibawanya.
Kiyai Agim juga berkongsi mengenai salah seorang pelajarnya di pesantrennya yang dikenali sebagai Atuk yang lumpuh. Atuk juga tidak merungut tetapi apa yang dikatakannya ialah saya ingin melahirkan zuriat dan mahu zuriat saya nanti menjadi seorang ustaz. Bagaimana seorang yang lumpuh boleh melahirkan zuriat? Dan seorang muslimat dari pesantren yang sama menawarkan diri untuk menikahi Atuk. Subhanallah. Apabila ditanya mengapa dia mahu mengahwini Atuk, katanya saya uruskan urusannya di dunia, dan mudah-mudahan Allah uruskan saya di Akhirat.
Jadi, kuncinya di sini adalah HUSNUZON terhadap Allah. Allah telah menjadikan kita sebaik-baik bentuk dan kejadian dan Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Aku adalah sesuai dengan prasangka hambaKu’. KITA MENDERITA SEBENARNYA BUKAN KERANA KEKURANGAN KITA, TETAPI KITA MENDERITA KERANA KITA TIDAK BERSYUKUR.
Satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang penonton studio yang berbunyi Bagaimana kita ingin melihat kelebihan di sebalik kelemahan kita? Jawapan yang diberikan oleh Kiyai Agim ialah :
  1. Kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Sempurna dalam mencipta kita dan kita juga perlu yakin bahawa ada hikmah serta percaya bahawa Allah tidak pernah zalim.
  2. Kita jangan hanya menumpu pada kekurangan yang ada  tetapi lihatlah pada nikmat yang masih ada. Contonya sakit gigi, hanya 1 gigi sahaja yang sakit kan tapi kita tidak mahu bersyukur untuk gigi yang tidak sakit. Begitu juga dengan jerawat. Usah diperbesarkan perkara yang kecil.
  3. Katakan pada diri, saya mahu menjadi contoh, untuk membantu orang cacat supaya menjadi lebih bersemangat dari kita.
           Soalan seterusnya adalah apakah perbezaan rendah diri dan rendah hati? Kiyai Agim menjawab : Rendah diri adalah orang itu menganggap  orang lain lebih tinggi daripada dan dia menjadi malu dan akhirnya dia makin ke belakang.  Rendah diri boleh hadir dalam banyak perkara contohnya latar belakang keluarga, pendidikan yang tidak sempurna dan bermasalah. Manakala rendah hati adalah orang yang berprestasi tetapi tidak over-acting. Hadis Rasulullah s.a.w : Tidak ada orang yang rendah hati kecuali Allah mengangkat kerajaannya. Orang yang rendah hati juga bukanlah orang yang berpura-pura dan bukannya untuk mendapat pujian dari makhluk. Sifat rendah diri perlu dijadikan sebagai satu cabaran dan bukannya halangan. Apabila setiap kali kita dihina, semakin naik semangatnya. 
Kata kunci beliau sebelum menamatkan tajuk tersebut adalah :
1.       Syukuri, jangan rendah diri dan tingkatkan prestasi
2.      Kekurangan yang Allah berikan kepada kita sebenarnya mungkin untuk menjauhkan kita daripada kebinasaan.
3.       Cobaan yang paling kuat adalah kelebihan. Berapa ramai orang yang mempunyai kuasa tetapi memerintah dengan zalim dan dipandang hina oleh orang lain. Jika kita tidak bisa mensyukuri kelebihan yang diberikan, nantikanlah azab yang akan datang.

‘Kegagalan perubahan adalah dia merubah orang lain tetapi gagal merubah dirinya sendiri’
Wallahu a’lam
~anie_skut87@ TingkatkanMotivasiDiri. com






Baca Seterusnya......

Islam Itu Mudah!!!


Salam, entry kali ini saya perolehi hasil sesi training dengan sahabat-sahabat. Tajuk perbincangan kali ini adalah Islam Itu Mudah. Alhamdulillah, banyak perkara baru dan yang lama selama ni saya pandang remeh.. rupa-rupanya banyak lagi ilmu kita kena gali..jadi, teruskan menuntut dan menggali ilmu…
ISLAM ITU MUDAH
      Firman Allah s.w.t :
‘Allah mengkehendaki kemudahan bagimu,dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu’                  (Al-Baqarah : 185)

 2 perkara yang berubah setelah memeluk Islam :
         i. Kepercayaan : Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu kepercayaan kita

      ii.  Amalan fizikal : Seperti puasa, solat etc. Apabila baru masuk Islam, amalan fizikal yang biasa  dilakukan akan berubah tetapi tidak perlu terlalu drastik, amalan sebelum masuk Islam masih boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan syariat.

ISLAM ITU MUDAH DIFAHAMI?


i.      Sangat mudah difahami kerana kerana konsepnya adalah logik, saintifik dan mempunyai bukti yang jelas. TIDAK ADA YANG MISTERI DAN RAGU-RAGU.
      Firman Allah s.w.t :
‘Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, penunjuk bagi mereka yang bertakwa’                            (Al-Baqarah : 2)
Keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah tidak secara membuta tuli kerana semuanya ada rujukan. Faith is not blind.


ii.   KETAATAN KITA KEPADA ALLAH ADALAH MEMBUTA TULI. Analoginya – Seorang ibu melarang anaknya daripada bermain api kerana si ibu tahu akan bahayanya manakala si anak tidak tahu. Si anak perlu mendengar kata ibu kerana itu adalah ibunya. Si anak juga perlu meletakkan keyakinan terhadap ibubapanya tanpa ada keraguan. Obedience is blind.

iii. Kerana telah ada MANUAL PRAKTIKAL yang disediakan iaitu  AL-QURAN DAN AS-SUNNAH manakala NABI sebagai TECHNICIAN untuk memberitahu manusia mengenai kehidupan yang lebih baik. Firman Allah s.w.t :
‘Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan Aku redhai Islam itu sebagai agamamu.                                                         (Al-Maidah : 3)
Manual yang disediakan lengkap dari segenap aspek. Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan kita.
Contoh :
a.      Allah mengharamkan makan khinzir, 1 je tapi disebalik tu,ada banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan.
b.      Solat wajib hanya 5 kali sehari,hanya 45 minit daripada 24 jam diperuntukkan untuk solat manakala 23 jam 15 miniit adalah untuk aktiviti yang di luar waktu solat.


iv. Mudah dari sudut PENGAMALAN yang TIDAK MEMBEBANKAN  
 sebagaimana dalam firman Allah s.w.t :
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’                                         (Al-Baqarah : 286)
Contoh :
a.      Apabila non-muslim convert, perubahan yang ke-2 tadi tidak semestinya perlu dilakukan drastik tetapi berperingkat-peringkat. Yang penting kena mengenali Tuhan terlebih dahulu dan kita tidak boleh mengangap mereka tahu semua perkara. Amalan-amalan yang biasa dilakukan boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan syarak. 


b.      Zaman Rasulullah, pengharaman arak juga dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ramai sahabat yang kaki botol dan minum arak dengan kuantiti yang banyak. Diharamkan setelah Rasulullah diutuskan tetapi ianya diharamkan secara berperingkat. Bermula dengan menjelaskan mudarat arak :
‘Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah:’ Pada keduanya itu terdapat mudarat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi mudarat keduanya lebih besar dari manfaatnya.                                      (Al-Baqarah: 219)
Kemudian diikuti dengan pengurangan dos arak yang diambil dengan melarang mereka bersolat dalam keadaan mabuk. (An-Nisa : 43). Setelah itu, barulah pengharaman sepenuhnya (Al-Maidah : 90).
·    
Baca Seterusnya......
          
          Penulisan pada tajuk ini diambil dari rancangan Iktibar Dari Tanah Suci yang diulangtayang pada waktu tengah malam di Astro Oasis. Rancangan ni kalau yang tak pernah tengok, ia menceritakan pengalaman para tetamu Allah yang mengerjakan Haji dan Umrah dan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas diri mereka selepas pulang dari Tanah Suci. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau mengaibkan individu tapi untuk diambil pengajaran oleh semua yang menonton. Kata-kata yang selalu diingatkan oleh hosnya, Pandanglah dengan pandangan mata hati supaya dapat melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

         Tetamu Allah yang diinterview pada kali ini merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia yang menunaikan umrah bersama isterinya yang kemalangan 2 minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci. Sepanjang si isteri berada di sana, si suamilah yang menyorong kereta roda ke sana dan ke mari. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya, kerusi roda si isteri ringan je bila dibawa ke sana ke mari dan macam-macam pengalaman yang mereka hadapi. Macam yang kita tahu, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya kena perlu dijaga bila berada di Tanah Haram ni. Sebenarnya bukan nak cerita mengenai pengalaman tetamu Allah ni tapi ingin nak berkongsi IKTIBAR yang dilontarkan oleh hosnya, Ustaz Haji Syukri untuk siri kali ini.

~ IKTIBAR DARI TANAH SUCI ~




1. Setiap ujian yang ditimpakan Allah mengandungi hikmah dan rahmat bagi orang yang tabah dan sabar menghadapinya

2. Sentiasa yakin bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya sendiri. Kata-kata Umar Abdul Aziz :

‘Tidak ada 1 nikmat yang dikurniakan Allah kepada seseorang, lalu nikmat itu diambilNya, sedangkan orang itu sabar, maka Allah akan gantikan apa yang diambilNya dengan sesuatu yang lebih baik’

3. Kita hendaklah membandingkan ibadah kita dengan ibadah orang yang lebih banyak daripada kita, begitu juga apabila ditimpakan sesuatu musibah, bandingkan musibah kita dengan orang lebih hebat ujiannya supaya kita insaf, bersyukur dan bermotivasi.

‘Kesabaran itu adalah gedung-gedung kebaikan, tidak akan diberikan kecuali kepada orang-orang yang mulia di sisi Allah s.w.t’

4. Jadikan setiap hikmah dan fadhilat dari setiap kejadian yang dilalui sebagai obor dan penyuluh untuk menghadapi kehidupan yang kekal, iaitu di Akhirat.


Akhir kalam.. bilakah kita pula akan menjadi tetamu Allah... emmm...


Baca Seterusnya......