Renungan buat Diri...

Salam,           
Kata-kata ini dicilok daripada ‘sahabat sejati’ saya yang setia bersama tatkala susah dan senang… hanya mencatat beberapa point je untuk renungan bersama.. khusus untuk semua umat Islam dari seluruh dunia yang mengaku  Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah, tempat sebaik2 mengadu dan tempat untuk segala2nya, untuk mereka yang mengaku memperjuangkan  Islam sebagai deenul tertinggi, untuk mereka yang senantiasa menguar2kan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan hidup…dan mereka yang mungkin merasakan mereka keseorangan…kerana kehidupannya tidak seperti yang diharapkan… huhu..Mari kita hayati bersama-sama…
Sesuatu yang baik akan diperolehi oleh seseorang muslim sekiranya dia berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah s.w.t :
‘ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubha apa yang ada pada diri mereka sendiri’ (Al-Rad : 11)
Pada masa yang sama juga, sesuatu yang buruk akan menimpa seseorang muslim sekiranya dia enggan berusaha atau sengaja membiarkan dirinya dalam kebinasaan dan keburukan. Firman Allah s.w.t :
‘Dan apa jua menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu’ (As-Syura : 30)
Tidak ada yang dapat membawa manfaat dan menolak mudharat melainkan Allah s.w.t:
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mendapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya’ (Al-An’am :17-18)  
Tu je nak tulis… sambil2 buat asemen…hee….
Baca Seterusnya......


Salam,
Perkongsian ini sebagaimana biasa saya perolehi dari rancangan kegemaran saya, Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang membicarakan sebuah tajuk sebagaimana yang dinyatakan di atas, Kunci Hati Tenang, Bersihkan Hati Selalu. Tajuk ni sudah lama tersemadi dalam buku catatan saya sehinggalah saya membaca respon mengenai penulisan sebelumnya di bawah tajuk Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan dari senior saya yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan ketenangan dan mengekalkannya. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab ini tetapi harapan saya apa jua yang saya kongsikan dengan sahabat-sahabat dapat membantu serba sedikit  permasalah yang kita semua selalu alami.
Tajuk di atas dimulakan dengan Kiyai Agim yang menyebut beberapa masalah hati dan sifat buruk (mazmumah) seperti takabbur, egois, over-acting, emosional, iri hati dan jelek akhlak. Sifat-sifat buruk perlulah kita hindari. Katanya lagi, apa jua yang kita lihat, perlu sentiasa bertaubat dan taubat itu perlu berterusan kerana manusia akan terus melakukan dosa walaupun sudah bertaubat. Kita juga diajar untuk BERISTIGHFAR supaya Allah memberikan ketenangan dalam jiwa kita dan untuk menjadikan taubat kita ini ‘bagus’, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang berpotensi untuk menjadi dosa. Kata Kiyai Agim juga, apabila seseorang itu bertaubat, hatinya tidak akan seronok dengan dosa. Kunci kepada taubat adalah penyesalan. Walaupun kita kadang-kala ‘bosan’ untuk bertaubat tetapi Allah tidak akan sekali-kali berasa bosan menerima taubat kita…Subhanallah.
Seorang penonton bertanya, apakah hati itu yang bersih itu ada kaitan dengan firasat? Lalu dijawab oleh Kiyai Agim, berhati-hatilah dengan firasat orang yang beriman kerana dia melihat dengan bimbingan Allah. Kita membersihkan hati bukanlah untuk kelihatan suci dan kita mensucikan hati bukan untuk melihat orang lain. Sungguh beruntung orang yang memelihara hatinya dan rugilah orang yang tidak memelihara hatinya.
Soalan kedua berbunyi, Bagaimana sekiranya kalau ada yang bosan dengan kebaikan? Menurut Kiyai Agim, kita tidak boleh melihatnya dalam posisi menghina tetapi dalam posisi membantu. Mungkin dia berasa bosan kerana tidak ikhlas. Jika dia ikhlas, dia akan terasa nikmatnya. Tidak ikhlas mungkin timbul kerana kurang ilmunya jadi dia tidak tahu manfaat membuat kebaikan.
Soalan seterusnya dari penonton studio, Bagaimana untuk tahu hati kita kotor? Kiyai Agim menjawab, nah, jika kita ada sifat-sifat buruk tadi seperti sombong, takabbur, itulah tandanya. Kita akan rasa gelisah kerana Allah tidak memberikan ketenangan. Hati yang bersih pun turut akan merasa gelisah, bagaimana? Gelisah kerana takut dan bimbang solatnya tidak diterima, solat tidak khusyuk, qiyamulail tidak buat… Ketenangan itu hanya dapat dicapai dengan jalan :
1.       Isilah dengan amal kebaikan
2.      Zikrullah … Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang  
Akhir kalam, kelebihan itu perlulah kita syukuri dan kekurangan itu pula perlu kita perbaiki. Yang kita cari bukan duniawi, kebahagian itu tidak ada pada dunia dan isinya tetapi ketenangan hati itu ada pada kita.  Selalulah kembalikan apa jua kepada Allah, supaya hati menjadi tenang…
Semoge bermanfaat..
Wallahu a’lam.
2.36 a.m di KC
anie_skut87@ thariqIlalQulub. com

Baca Seterusnya......

Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan


Salam,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan nikmat tangan dan akal  untuk saya terus menulis dan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat meskipun sedikit demi sedikit nikmatNya diambil kembali, barangkali untuk mengingatkan kita bahawa segala yang kita ada hanyalah sementara. Di kesempatan waktu yang ada ini, ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai satu tajuk yang saya sempat menyalin dari rancangan kegemaran saya, Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang disampaikan oleh K.H Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Kiyai Agim. Sebagaimana penulisan-penulisan yang lepas, tajuk-tajuk yang dibawa adalah berbeza dan kali ini, insya Allah, tajuk yang akan saya kongsikan dengan anda semua seperti yang tertera di atas, Di Sebalik Kelemahan, Ada Kelebihan.
Kiyai Agim memulakan tutur katanya dengan menyatakan bahawa di sebalik kejadian ciptaan Allah itu pasti ada hikmahnya. Penilaian Allah lah yang kita perlu kita kejar dan bukannya penilaian dari manusia yang sememangnya dari nafsu. Jika nafsu mengatakan seseorang itu cantik, maka kita pun akan mengiyakan kecantikan itu dan begitu jugalah sebaliknya. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang akan berlaku sekiranya kecantikan itu tidak berlandaskan iman. Kita boleh lihat pada hari ini, berapa ramai yang cantik tetapi tanpa iman, lihatlah keadaan mereka. Teringat ketika saya (Anie)  masih kecil dahulu, pernah saya berkata seorang diri di depan cermin, ‘mengapa Allah tak jadikan aku cantik yer, orang lain cantik...’ dan saya menemui jawapannya dari sebuah majalah (samada ASUH atau TATIH)  yang menyatakan lebih kurang begini isinya, Janganlah kita berasa rendah diri sekiranya kita tidak cantik kerana Allah lebih tahu segala-galanya, mungkin kita akan bongkak dan sombong jika kita cantik. Kata-kata itulah yang saya ingat sampai sekarang. Berbalik kepada penerangan dari Kiyai Agim, jika kita diberi kelebihan, jangan kita berasa angkuh dan jika kita diberi kelemahan atau kekurangan jangan merasa rendah diri.
Beliau bercerita bagaimana adiknya yang serba cacat yang telah berjaya mengubah hidupnya. Beliau berasal dari keluarga militan (tentera), ayahnya merupakan seorang tentera manakala ibunya merupakan seorang guru. Beliau mempunyai seorang adik yang cacat telinga, tangan , kaki serta anggota badan yang lain tetapi sepanjang hidupnya tidak mengeluh. Lalu, Kiyai Agim yang ketika itu hanya seorang yang biasa pun bertanya kerana pelik dengan sikap adiknya yang tidak pernah mengeluh. Tahukah apa yang dijawab oleh adiknya? Mengeluh hanya membuat orang lain ikut susah, segala sakitku telah diukur oleh Allah. Satu lagi keistimewaan adiknya adalah dia rajin bersedekah,katanya wang yang ada jika disimpan tiada manfaatnya tetapi wang yang diberikan kepada orang itulah rezeki’. Sebelum adiknya meninggal dunia, dia meninggalkan 2 amanat iaitu :
  1. Apa yang kita miliki walaupun seluruh isi dunia, hanya satu yang kita tidak pernah miliki iaitu KETENANGAN. Bagaimana untuk mencapai ketenangan, DEKATKANLAH DIRI KEPADA ALLAH S.W.T
  2. Prestasi sehebat apa sekalipun, kita tidak akan mencapai puncak yang tertinggi sekiranya kita tidak melihat kepada Rasulullah s.a.w. Contoh teladan dan keperibadian yang dibawanya.
Kiyai Agim juga berkongsi mengenai salah seorang pelajarnya di pesantrennya yang dikenali sebagai Atuk yang lumpuh. Atuk juga tidak merungut tetapi apa yang dikatakannya ialah saya ingin melahirkan zuriat dan mahu zuriat saya nanti menjadi seorang ustaz. Bagaimana seorang yang lumpuh boleh melahirkan zuriat? Dan seorang muslimat dari pesantren yang sama menawarkan diri untuk menikahi Atuk. Subhanallah. Apabila ditanya mengapa dia mahu mengahwini Atuk, katanya saya uruskan urusannya di dunia, dan mudah-mudahan Allah uruskan saya di Akhirat.
Jadi, kuncinya di sini adalah HUSNUZON terhadap Allah. Allah telah menjadikan kita sebaik-baik bentuk dan kejadian dan Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Aku adalah sesuai dengan prasangka hambaKu’. KITA MENDERITA SEBENARNYA BUKAN KERANA KEKURANGAN KITA, TETAPI KITA MENDERITA KERANA KITA TIDAK BERSYUKUR.
Satu persoalan yang ditimbulkan oleh seorang penonton studio yang berbunyi Bagaimana kita ingin melihat kelebihan di sebalik kelemahan kita? Jawapan yang diberikan oleh Kiyai Agim ialah :
  1. Kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Sempurna dalam mencipta kita dan kita juga perlu yakin bahawa ada hikmah serta percaya bahawa Allah tidak pernah zalim.
  2. Kita jangan hanya menumpu pada kekurangan yang ada  tetapi lihatlah pada nikmat yang masih ada. Contonya sakit gigi, hanya 1 gigi sahaja yang sakit kan tapi kita tidak mahu bersyukur untuk gigi yang tidak sakit. Begitu juga dengan jerawat. Usah diperbesarkan perkara yang kecil.
  3. Katakan pada diri, saya mahu menjadi contoh, untuk membantu orang cacat supaya menjadi lebih bersemangat dari kita.
           Soalan seterusnya adalah apakah perbezaan rendah diri dan rendah hati? Kiyai Agim menjawab : Rendah diri adalah orang itu menganggap  orang lain lebih tinggi daripada dan dia menjadi malu dan akhirnya dia makin ke belakang.  Rendah diri boleh hadir dalam banyak perkara contohnya latar belakang keluarga, pendidikan yang tidak sempurna dan bermasalah. Manakala rendah hati adalah orang yang berprestasi tetapi tidak over-acting. Hadis Rasulullah s.a.w : Tidak ada orang yang rendah hati kecuali Allah mengangkat kerajaannya. Orang yang rendah hati juga bukanlah orang yang berpura-pura dan bukannya untuk mendapat pujian dari makhluk. Sifat rendah diri perlu dijadikan sebagai satu cabaran dan bukannya halangan. Apabila setiap kali kita dihina, semakin naik semangatnya. 
Kata kunci beliau sebelum menamatkan tajuk tersebut adalah :
1.       Syukuri, jangan rendah diri dan tingkatkan prestasi
2.      Kekurangan yang Allah berikan kepada kita sebenarnya mungkin untuk menjauhkan kita daripada kebinasaan.
3.       Cobaan yang paling kuat adalah kelebihan. Berapa ramai orang yang mempunyai kuasa tetapi memerintah dengan zalim dan dipandang hina oleh orang lain. Jika kita tidak bisa mensyukuri kelebihan yang diberikan, nantikanlah azab yang akan datang.

‘Kegagalan perubahan adalah dia merubah orang lain tetapi gagal merubah dirinya sendiri’
Wallahu a’lam
~anie_skut87@ TingkatkanMotivasiDiri. com






Baca Seterusnya......