Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat,


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...Alhamdulillah, syukur kepada Pemilik Sekalian Alam, kerana masih memberi nikmat umur kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan pada kali ini... Insya Allah, start esok (22 Ogos 2009), umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa.. huhu.. Ramadhan ku kali ini sama seperti tahun2 sudah...sejak 5 tahun yang lalu... tanpa kehadiran arwah ibu di sisi...yang telah kembali menyahut seruan Ilahi sewaktu saya masih di Tingkatan 5. Terima kasih buat sahabat-sahabat Sek. Men. Agama Kuala Lumpur yang sebatch denganku waktu itu dan juga Ustaz Kamarul (sekarang dah jadi pengetua di sebuah sekolah Kuala Selangor) yang sepanjang malam membacakan yasin semenjak arwah ibu sakit sehinggalah arwah ibuku tiada lagi... Alfatihah buat arwah ibu, Kamishah Haya Haya yang sangatku rindui tatkala ini...

Buat mereka-mereka yang senasib denganku, mudah2an kita semua akan terus tabah dalam menghadapi kehidupan ini. Kerinduan sudah pasti terutama apabila kesedihan mula menggamit diri. Semakin hari semakin banyak kematian yang berlaku di sekeliling seolah2 mengingatkan kita bahawa kematian itu akan datang tanpa sebarang signal. Sebagaimana kita lahir tanpa diminta, begitulah juga kita pergi tanpa banyak soalnya. Persediaan dan bekalan apa yang kita sediakan... atau mungkin masih lagi leka dengan urusan dunia masing-masing... mudah2an kita semua dijauhkan daripada kesibukan dunia sehingga melupakan akhirat yang pastinya menjadi destinasi terakhir selepas ini....Amin...

Ramadhan kareem menjengah lagi, dan yang pasti tiada lagi Cik Setan2 yang merayap, yang tinggal hanya nafsu yang perlu dikawal... Kita akan berperang dengan nafsu yang sekarang bersendiri kerana membernya telah diikat. Kalau nafsu berjaya kita kendali, maka baiklah jalan kita selepas ini, tapi kalau nafsu ini kita gagal kendalikan, ia akan mengundang masalah... Itulah sedikit pengisian yang saya dapat dari rancangan Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang dihoskan oleh Kiyai Agim.

Akhir kalam, semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan membuat ibadah dan disiplin tarbiyah kita lebih baik dari sebelumnya. Dan mudah2an juga segala kebaikan dan ibadah yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini akan berterusan sampai bila-bila, tidak ternoktah sehingga bulan Ramadhan sahaja. Saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk kita menyediakan manual tarbiyah kita sendiri sepanjang bulan Ramadhan ini... bertadarus, qiyamulail, terawih dan sebagainya.... biar sedikit tapi istiqamah... bukannya melampau-lampau melebihi kemampuan...

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga ibadah kita semua diterima olehNya...Ameen...

~ anie_skut87