Jika kita tidak mampu mengubah diri sendiri, kita juga tidak akan mampu  untuk mengubah orang lain. Beliau juga pernah mengungkapkan kata-kata ini..Kegagalan perubahan adalah apabila kita merubah orang lain tetapi gagal untuk merubah diri sendiri. Kita melihat orang lain bukanlah bertujuan untuk menghina tetapi untuk diri sendiri sebagai pelajaran. Dan bayangkan kalau kita macam orang yang kita lihat tu (yang buruk perangainya), apakah perasaan kita dan apa perasaan kita bila berhadapan dengan orang yang macam tu? Fikir-fikirkan…
Dan apabila kita melihat kebaikan yang ada pada kita, kita seharusnya merasa bersyukur. Tetapi kalau kita melihat kebaikan itu dan merasakan kebaikan kita itu adalah yang lebih baik daripada orang lain, itu buruk. Kenapa kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t? Kerana kita dihormati orang lain bukan kerana kebaikan yang kita ada tetapi kerana Allah s.w.t telah menutupi kekurangan dan keburukan kita.
Kiyai Agim juga berkongsi cerita. Bayangkan seorang penceramah yang asyik menyuruh kepada Ukhwah, kesatuan Ummah tetapi isteri dan anak-anaknya hanya ketawa. Kerana apa? Kerana bicara sang suami bukanlah seperti apa yang dilakukannya di rumah. Dia sendiri tidak menjaga hubungannya dengan isteri dan anak-anak. Point penting di sini adalah Bicaranya bagus tetapi didustakan oleh orang lain kerana apa yang dibicarakan tidak sama seperti yang dilakukan.

ALERGIK DENGAN KRITIKAN?
Ada satu soalan dari seorang penonton yang bertanya, bagaimana sekiranya seseorang itu alergik dengan kritikan? Analogi yang diberikan oleh Kiyai Agim sangat menarik…huhu. Lebih kurang begini…Katakanlah seseorang (Si A) itu sedang duduk di kerusi, tiba-tiba datang seekor ular yang ingin mematuknya. Kemudian datang seorang kawan yang nak tegur  ‘Woi, ko xnampak ke ada ular kat bawah kaki tu, bodoh betul’ .. kata-kata yang tak sedap didengar. Dan katakanlah, di tangan si A ada sebatang kayu, agak-agak siapa yang patut dipukulnya? Ular? Atau yang menegur tadi? Kalau dia pukul yang menegur tadi, dia akan dipatuk oleh ular. So, the moral of the story is jangan tengok pada penegur tapi tengok pada ular.  Maksudnya kita jangan melihat kepada orang yang menegur tetapi lihatlah pada apa yang ditegurnya.
Setiap orang perlu merasakan kritikan itu sebagai satu makanan. Kata beliau lagi, orang yang sukses adalah orang yang menikmati kritikan yang diterimanya.

BAGAIMANA UNTUK TAHU HATI KITA NI MACAM MANE?
Soalan ini jawapannya sama seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini  iaitu kita perlu ada keberanian untuk menulis mengenai diri kita. Kalau kita sedar kekurangan kita, bila dipuji kita tidak akan rasa apa-apa kerana orang yang memuji contohnya ‘ Awak ini bijak’ tidak tahu ada kekurangan pada orang yang dipujinya contohnya banyak hutang, solat pun lambat etc. Pujian itu bukannya tidak diperlukan langsung tetapi untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana menutup kejelekan kita pada pandangan makhluk lain.
Kiyai ada memetik kata-kata Saidina Ali  untuk dikongsi dan dihayati yang berbunyi :
‘Jika mahu membina Negara Islam, binalah intipatinya dalam diri kita terlebih dahulu’

Untuk mengubah bangsa, ada rumus 3M yang perlu diikuti
  1. Mulai dengan diri sendiri dahulu. Sentiasa katakan pada diri saya orang pertama yang akan membuat kebaikan’
  2. Mulai dengan hal-hal yang kecil. Tiada yang kecil pada pandangan Allah, perkara yang kecil pada pandangan manusia mungkin ianya besar pada pandangan Allah.
  3. Mulai hari ini. Usah sebut ‘nanti’  atau menunda dalam membuat kebaikan koz belum tentu ada esok untuk kita.

Akhir kalam….
Ya Allah, berilah kesanggupan kepada kami untuk mengubah diri sendiri…Amin…