Assalamualaikum….

Top up balik…sambungan hujah untuk ‘salah faham tentang konsep memberi salam’ (sal penambahan Taala dalam kalimah salam)…hiah berjaya men’pikap’nyer…heee

‘Apabila kamu diberikan ucapan penghormatan, maka hendaklah kamu menjawab ucapan penghormatan itu dengan jawapan yang lebih baik atau jawapan yang serupa dengannya’ (An-nisa’ : 86)

Segelintir masyarakat pada hari ini yang menambah perkataan Taala. Diriwayatkan dalam satu peristiwa Rasullullah s.a.w di dalam masjid (riwayat lain, Masjid Nabi).


Seorang lelaki masuk ke dalam masjid lalu ternampak Rasulullah s.a.w dan dia memberi salam ‘Assalamualaika Ya Rasulullah’ (bc : 2 perkataan), dijawab oleh baginda ‘Alaikassalam warahmatullah’ (bc: 4 perkataan…akhir…allah).

Kemudian datang lelaki yang kedua memberi salam dengan ucapan ‘Assalamualaikum warahmatullah’ (bc: 4 perkataan), dijawab pula oleh baginda ‘Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh’ (bc: 5 perkataan)…. itulah yang dimaksudkan baginda dengan jawapan yang lebih baik….

Kemudian datang pula lelaki yang ketiga memberi salam 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’(bc: 5 perkataan), baginda menjawab ‘Wa’alaikummussalam’….Lelaki yang ketiga itu terkejut lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w : ‘Ya Rasullullah, mengapakah pendek sahaja?’ Rasulullah s.a.w menjawab : Kerana kamu tidak memberi peluang langsung kepadaku untuk menjawab dengan lebih baik, kamu bolot semuanya’.....

Maksudnyer di sini, tiada lagi penambahan selepas itu dan kalimah salam yang sempurna adalah ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selain tu jugak, dalam rancangan ni ader menyebut mengenai Adab dalam Bermasyarakat iaitu :


1. Rendah diri
2. Tidak bermasam muka
3. Hindari dari merendahkan dan meremehkan orang lain
4. Memberi layanan sama rata
5. Berbaik sangka
6. Mengamankan perselisihan
7. Membantu golongan miskin
8. Mudah memberi maaf