Assalamualaikum ...

Kali ni saye nak berkongsi dengan anda sumer... ilmu yang saye dapat daripada Rancangan Bicara Kifayah di Astro Oasis yang dihostkan oleh Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz. Tajuk kali ini berkaitan dengan SALAM yang sering kali kite ucapkan...or mungkin kite kadang kala kite memandang remeh ucapan salam ini.... so, semoga ilmu yang ditadah ini dapat memberikan manfaat pada diri kite semua...amin..

Ucapan Salam merupakan Syiar, oleh sebab itu ucapan Salam hanya diucapkan kepada orang Islam sahaja. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
'Jangan sesekali kamu memberikan salam kepada orang Yahudi dan Nasara .....' (HR Muslim)

Berkaitan dengan salam juga, Allah s.w.t telah berfirman :

Apabila kamu diberikan suatu ucapan penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan ucapan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa) (An Nisaa' :86)

Oleh itu apabila seseorang mengucapkan kepada kita: 'Assalamualaikum', balaslah ia dengan yang lebih baik seperti: 'wa’alaikumussalam warahmatullah'

Jika kita diucap: 'Assalamualaikum warahmatullah', balaslah ia dengan: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'

Akan tetapi jika kita didahului dengan: 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', balasannya yang paling baik ialah: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.

Tidak lebih dari itu. Menurut Ustaz Abu Hassan, terdapat salah faham yang perlu diperbetulkan dalam menjawab salam iaitu terdapat segelintir umat islam yang menambah perkataan 'Taala' yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

MEMBERI salam itu SUNAT, MENJAWAB SALAM itu WAJIB, tetapi terdapat 4 ketika salam itu tidak perlu dijawab :

1. Salam yang diberikan kepada orang bersolat Jemaah. Apabila Imam memberikan salam selepas tasyahud akhir, salam itu tidak perlu dijawab oleh makmum. Tetapi sekiranya dijawab, maka rosaklah solat makmum tersebut kerana salam yang diberikan itu ditujukan kepada makhluk yang lain.

2. Tidak perlu menjawab sekiranya kita yakin orang yang memberikan salam itu bukan beragama Islam

3. Hadis Rasullah s.a.w yang bermaksud :
'Barangsiapa yang mendahulukan ucapan, kemudian baru memberikan salam, maka salamnya tidak perlu dijawab'

Hadis yang lain pula sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi : 2699 yang bermaksud :
'Salam sebelum kalam (perbicaraan)'

Maksudnyer bile seseorang itu dah berucap,dah panjang2 kemudian baru nak memberi salam...so salamnya xperlu dijawab.

Bahkan Rasulullah s.a.w pernah menegaskan: “(Ucapkanlah) salam sebelum bertanya, sesiapa yang bertanya kepada kamu (sesuatu) sebelum mengucapkan salam (terlebih dahulu) maka janganlah kamu menjawab (soalan itu).” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 816]

Dalam beberapa riwayat yang lain, diterangkan juga apabila Rasulullah s.a.w. meminta jurutulisnya menulis surat, ia akan dimulai dengan ucapan salam. Justeru apa jua medium komunikasi, hendaklah kita mulakannya dengan salam. Baik emel, telefon atau pesanan ringkas (SMS) mulakanlah ia dengan salam yang sempurna.

4. Salam yang bertujuan untuk mempermainkan syiar Islam.Contohnya pada hari ini, golongan anak muda, lelaki biasanya yang suka mempermainkan ucapan salam ketika mengorat awekz 'Asssalamualaikuuuum.... xjawab dose...'

Wallahu a'alam...

Rujukan...
1. Bicara Kifayah by Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz, Astro Oasis, xtau r kul bper...tengok je baper kali ulang pun...