Assalamualaikum w.b.t,

Post kali ini saye amik dari rancangan lain plak….. huhu.. Café Akhil Hayy yang bersiaran juga di Astro Oasis, hosnya sebagaimana yang tertera pada tajuk rancangannyer…Rancangan dakwah berbentuk santai dan bersahaja. Topik kali ini menarik…. mengenai MEMBACA…. So, inilah beberapa perkara yang sempat saya catat, mane2 yang kurang tu…mohon maaf la yer….. kenapa perlu membaca, pernah ditulis dalam post sebelum nie..lebih kurang same….jadi xperlu la kot nak tulis balik…..hee~ semoga bermanfaat untuk semua….insya allah…selamat menjadi ulat buku!!!

Sebagaimana kata ustaz Akhil, bahan bacaan remaja pada masa kini lebih banyak kepada bahan2 yang boleh merangsang hawa nafsu. Betulkan? Majalah2 tabloid, Komik2 etc…. Buku2 macam nie yang melambak di pasaran sekarang. Dibandingkan dengan ulama2 terdahulu, mereka mengamalkan 3 Konsep selain hanya membaca atau menulis sesebuah kitab. Konsep tersebut @ 3Y ialah :


1. Ya’qilun (mengajak untuk berfikir)
2. Yatafakkarun (mengajak untuk merenung dan bertafakur)
3. Yatadabbarun (kaji selidik)

Konsep2 inilah yang menjadi kehebatan para ulama terdahulu dan tidak ada pada buku2 pada zaman sekarang.
Dalam kite membaca, kita perlu ingat 3 perkara iaitu :

1. Usul – Bile kite membaca, kite kena bayangkan diri sendiri. Contohnya kenapa kening kite, pangkalnyer tebal dan hujungnya nipis? Ustaz Akhil kate… kalo hujan, mudah hujan nak mengalir turun kat kening yang nipis tu…Kenapa hidung kita lubangnya bukan di atas, tapi di bawah?... Firman Allah s.w.t :
“Sesungguhnya kamu dijadikan dengan sebaik2 kejadian”

2. Fiqh – Berkaitan dengan hubungan kita dengan Pencipta iaitu dari sudut ibadah, adab….semuanya ada aturcara dan peraturan masing2…

3. Tasawuf – Berkaitan dengan akhlak. Melalui pembacaan, kite kenal diri kite dan kite ikut apa yang baik…Sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) bukannya Sami’na wa asoina (kami dengar dan kami berpaling)
Kalo tidak mahu membaca, maka jadilah seperti cetak rompak, hanya amik ape yang ada depan mata sahaja….ikuuut jer….

Setiap perkara yang dilakukan adalah ILMU…Berniaga ilmu, Pengurusan Rumahtangga ilmu… (ni ustaz bagi yer…bukan saye…hehe)… Malangnya masyarakat Malaysia pada hari ini…. 1 Tahun 1 Buku…. em…

Akhir sekali….

Kata-kata Imam Ahmad Bin Hambal :

‘Hajat seseorang insan kepada ILMU adalah lebih tinggi nilainya daripada hajat insan itu kepada makanan dan minuman’

Rujukan :
~ Rancangan Cafe Akhil Hayy....di astro Oasis....