Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam. Dengan izinNya, Konsert Antara Dunia ’09 (KAD ’09) yang julung-julung kalinya menggabungkan kerjasama antara Rabbani Production (M) Sdn Bhd dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Em, konsert tu dah lama berlalu tapi barulah hari nie tangan rasa nak menulis… itu pun selepas melihat dan melalui begitu banyak ‘peristiwa’ yang rase ingin dikongsi bersama.
Asalnya, saya sendiri bukanlah AJK Konsert, tetapi time cuti aritu, dilamar oleh Timbalan Pengarah dan Timbalan S.U konsert merangkap sahabat sejati saya, K.Wan Norzahidah dan juga Cik Nuur Afifah yang datang ke kedai ayah saya. Semuanya secara kebetulan dan memang pada masa tu, masih ada ruang untuk saya terlibat sama. Apa tugasan nya? Timbalan Unit Promosi dan Pemasaran Konsert Antara Dunia! Promosi? Hayyok, membayangkan kerja-kerja ‘menjawab panggilan customer-customer. Adoi….
Esoknya, saya pun pergi la ke Ofis Rabbani. Kat mana? Ala, dekat jer dengan sekolah saya dulu, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) kat Bandar Menjalara. Tapi sepanjang 2 tahun skola kat situ, tak tahu pun ofis Rabbani kat situ, yang saya tahu, kat SMAKL tu, seorang anggota NowSeeHeart, Ustaz Azahari yang masih lagi mengajar di situ. Em, berbalik kepada konsert, tugasan pertama saya sebagai Unit Promosi dan Pemasaran, ialah membuat jadual promosi untuk sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor terutama di Shah Alam.
Dipendekkan cerita sepanjang 2-3 bulan sebelum konsert, kerjanya ulang-alik pejabat Rabbani. Sampai jauh malam, ada yang redah hujan, motor rosak, eksiden, macam-macam. Yang mana kerjanya buat surat, jawab telefon, fax surat, mudahla sikit kalau nak buat kerja koz kami memang dibenarkan untuk menggunakan segala perkhidmatan yang ada termasuk Rabbani Café…heheh. Nama pun Unit Promosi, jadi kerjanya kenalah sediakan jadual promosi segala program-program yang terdapat di Shah Alam, Bangi, dan juga Rabbani. Pergh…. Setiap kali ada event Rabbani, saya dan juga ajk saya yang diimport khas dari Terengganu, K.Maisarah Salwani akan setia mengeskot Rabbani ke sana ke mari. Mengedar flyers, buka kaunter tiket dan sebagainya. Event pertama adalah di FRIM, Kepong, semua AJK konsert termasuklah MT Konsert turun padang untuk promosi, edar flyers di samping kumpulan Rabbani sendiri memainkan peranan mereka di atas pentas. Masa tu bulan Jun, so tak ramai lagi la beli koz takut hilang tiket katanya. Terima kasih sahabat semua… K.Wan, Fiey, Dayang, K.Aisyah, dan juga Along. Banyak juga la event Raabbani yang kami manfaatkan untuk promosi… Kat Masjid Kg. Datuk Harun, Masjid Sungai Buloh, makan malam di Hotel Singgahsana, PJ. dapat tengok show Rabbani free!!
Actually, dalam mana-mana organisasi dan gerak kerja pasti ada kepayahannya. Bagi saya sendiri, perkara yang hampir menjadi sekatan untuk gerak kerja Unit Promosi adalah kenderaan. Skuter saya yang diberi nama Skut ‘sakit’ sejak Mei yang lalu tanpa ada yang sudi membaikinya sampailah sekarang… Pomen saye yang juga abang dan adik saya xsudi…Kenapa? Salah saya la, kerap balik malam tapi bukan pergi merewang…. So, mana-mana yang berhampiran, gunalah kenderaan awam yang ada, kalo x pun, pinjam la motor member takpun g ngan ajk yang ada motor. Sengkek tu memang la sengkek tapi pape pun yang kita buat, mindset jangan negatif. Tu prinsip saya tapi ada gak la kadang-kadang ter’mengeluh’. Astaghfirullah al’azim… Kedua, sumber manusia. Saya tau saya xmampu untuk semua perkara tapi nak buat macam mana kan, Alhamdulillah, saya dapat bantuan dari K.Maisarah, K.Dian dll untuk gantung banting, banner dan poster kat masjid-masjid yang tersenarai. Alhamdulillah, dipermudahkan.
Gerak kerja sepanjang bulan Jun, rasenya masih OK bagi saya sampaila masuk ke bulan Julai, di mana sesi kuliah telah bermula. Tak tahu la nak tulis macam mana tapi memang sepanjang kelas, x lekang dengan handphone, ramai yang call nak tanya berkenaan dengan tiket dan xlupa jugak yang nak booking gerai (koz dalam media cetak, tulis nombor telefon saya sebagai bahagian gerai, so layan jela). Memandangkan tengah kuliah, apa yang mampu dibuat, hantar mesej kepada yang call tadi dan kabo la, saya ada kelas dan akan call semula. Alhamdulillah, ramai sangat call, dan ada yang dah jadi kenalan saya sampailah sekarang..huhu. Yang offer kerja pun ada, yang nak jadi ejen tiket pun ada. Sebut sal ejen tiket, sangat la ramai dari Pantai Timur ke Pantai Barat sampailah ke luar Semenanjung, semua ada wakil ejen tiket Konsert Antara Dunia. Masing-masing buat promosi di tempat masing-masing. Secara xlangsung, bertambahla kawan-kawan saya kan. Rasenya tanpa bantuan mereka, mungkin bertambah payah untuk customer nak dapatkan tiket dan promosi pun xkan meluas. Orang akan call saya dan saya pula akan ‘mengaco’ ejen-ejen yang terdekat untuk tolong hantar tiket ke lokasi yang dikehendaki. Saya pun xtau la nak cakap kalo ada yang tensyen kalo nampak nom saya. Sowey yer dan terima kasih semuanya. Tak lupa juga kepada semua media cetak (Harian Metro, Berita Harian, Utusan, Majalah Asuh etc), Radio IKIM.fm dan kepada semua bloggers yang sudi mempromosikan Konsert Antara Dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala-galanya.
Pengalaman terlibat dengan Press Conference (7 Julai 09) di Kuzie Catering, PKPS Shah Alam untuk sidang media konsert ni pun benda baru gak. Ramai pihak media yang hadir, penaja-penaja khususnya team Permata Hijrah selaku penaja utama, Kuzie Catering, Galeri Ilmu dan sebagainya sangat-sangat kami hargai, xsangka mereka sudi menaja konsert. Terima kasih (kot la ada yang baca blog saya…huhu). Sebelum terlupa, terima kasih juga buat Ustaz Salehuddin dan isterinya, K.Rasyidah koz ustaz turut membantu kami untuk promosi konsert setiap kali ceramah beliau walaupun ustaz seorang yang sibuk sebenarnya. Dengan bantuan ustaz, dapatlah kami bukak booth secara percuma terutama di sekitar di masjid di Shah Alam. Di sebabkan lokasi yang agak jauh dari saya, so yang membantu untuk task ini adalah Ustaz Kusyairi dan isterinya, K.Huda. Terima kasih…
Cukuplah nak cerita gerak kerja sebelum Konsert Antara Dunia nie, xda la nak cerita semua. Suka duka semua tu kenangan dan pengalaman. Pengalaman berkerja dengan orang yang lebih dewasa dan lebih matang, pengendalian mesyuarat yang berkualiti, strategi pemasaran dan sebagainya semua tu satu pengalaman baru yang mungkin tak dapat di mana-mana. Tunjuk ajar staff Rabbani (A.Kimi, A.Bad, Ida, A.Aswad) dan juga anggota Rabbani sendiri (Arwah Ustaz Asri Ibrahim yang sentiasa tersenyum, Ustaz Asri Ubai yang setia dengan kameranya, En.Azadan yang sentiasa memantau unit saya, A.Zul yang ala ala pelumba motor, A.Pian yang terer gile bab2 publisiti, A.Acul yang selalu menyakat bila datang lambat, A.Lokman yang pandai berlakon, dan juga A.Deen yang sentiasa membesarkan matanye) memang banyak, masa awal-awal, kerja apa pun tak tahu nak buat, so Ketua Unit saya la, Abdul Qahhar yang tolong bagi arahan apa nak buat, apa nak kena ambik, apa nak kena susun.. huhu. Mekasey A.Qahhar.
...... bersambung.... =)
0 comments:
Post a Comment