Penulisan ini ku perolehi daripada Kelas Friendly Comparative Religion (FCR) di bawah tajuk keaslian Al-Quran yang dibentang oleh Bro. Shahkirit. Penulisan sebelum ini juga sebahagiannya dari kelas yang sama dan juga daripada buku karangan Ustaz Ridhuan Mohd Nor bertajuk ‘Kemuliaan Al-Quran & Sejarah Pemalsuannya’
Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, keaslian Al-Quran boleh dibuktikan dengan 2 perkara iaitu Hafalan dan juga Penulisan. Ini adalah hujah yang digunakan apabila ditanya oleh non-muslim mengenai keaslian Al-Quran yang wujud sejak sekian lama. Soalan yang biasa ditanya oleh non-muslim mengenai Al-Quran sangat menarik, antaranya…. Quran ditiru dari Bible?, Mengapa Quran sebut ‘Kami’ biler merujuk kepada Tuhan? Adakah Al-Quran ditulis oleh Syaitan? Selain daripada tu, golongan-golongan ini juga pelik bin hairan bagaimana Al-Quran boleh maintain keasliaannya sejak sekian lama. Nak menjawab kepada orang Islam, memang mudah untuk menggunakan dalil dari Al-Quran sendiri, tetapi untuk non-muslim ianya bukannya satu pendekatan yang baik kerana mereka sendiri tidak membaca Al-Quran.
.: BUKTI 1 : HAFALAN :.
Apabila Al-Quran diturunkan, para sahabat ramai yang mampu menghafal sebahagian Al-Quran manakala sebahagian yang lain mampu menghafal dengan lengkap antaranya Zaid bin Thabit, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabar dan Abu Zaid.
Bagaimana hafalan boleh membuktikan Al-Quran itu masih asli yer? Jawapannya…
1. Dalam solat lima waktu dan juga Solat Teraweh, apabila Imam salah baca, makmum kena betulkan, kalau ada yang hafiz, mane-mane bahagian yang diubah pun akan tahu. Mustahillah dalam ramai-ramai jemaah yang solat tu, xda yang pernah dengar ayat atau surah yang dibacakan.
Ini juga merupakan ibadat yang tidak putus-putus dilakukan sejak sekian lama sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w misalnya Tahajud malam, Ngaji Quran dan bertadarus, Solat Terawih… So, tiada ruang untuk mana-mana ayat Al-Quran itu diubah.
2. Setiap kali Ramadhan, bacaan dan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w akan diulang di hadapan Malaikat Jibril. Kecuali… pada Ramadhan terakhir, method nya berbeza dari yang biasa. Malaikat Jibril memulakan bacaan terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian, Malaikat Jibril memberitahu baginda susunan Al-Quran yang mengandungi 114 surah. Rasulullah akan mengulang sebanyak 2x setiap kali ‘proses’ ini. Seperkara lagi, apa-apa ayat yang diajar, bukan untuk Rasulullah s.a.w sahaja tetapi untuk semua umat manusia..
Wallahu a’lam…
….. to be continued…
0 comments:
Post a Comment