Assalamualaikum w.b.t…

Kembali ke detik-detik menjelang Konsert Antara Dunia ’09. Sebelum tu jangan silap tafsir yer. Bukan bermaksud nak berbangga dengan Konsert nie, cuma nak berkongsi pengalaman di samping nak menggunakan medium yang ada untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan oleh semua yang terlibat. Bolehkan…. hee…

5 hari sebelum menjelang konsert, fasa kritikal untuk semua unit-unit . Tugas-tugas perlu dibereskan, dikemaskini, dan dibentang di depan MT Konsert dan Rabbani sendiri. Panggilan-panggilan x usah cakap, walaupun agak ‘tertekan’ koz hilang tumpuan dalam kuliah, tapi pada masa yang sama rase gembira dan syukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua yang call.Alhamdulillah dan terima kasih semuanya.

Banting-banting dan banner-banner dah start dipasang di sekitar Shah Alam dan Stadium Melawati. Sape punya kerja? 2 skuad khas yang diketuai oleh team dari UTMKL, Muhammad Za’im Bin Mustafa dan 1 team lagi dari UiTM Shah Alam, Mohamad Syamil Bin Mohd Arbain yang lengkap dengan anak buah masing-masing. Honestly memang nak nangis gak la time tu, ade gak muslimin setelah sekian lama ku lihat muslimat menggantung dan menaikkan banner.huhu..Saye pun xla kenal sangat tapi 2 orang ni merupakan ejen tiket yang selalu gak di’kaco’ untuk menghantar tiket ke lokasi yang berdekatan. Alhamdulillah, ada yang g mengedar flyers, yang buka kaunter jualan tiket, ada yang g menggantung banting banner. Cuma 1 tugasan yang xdapat unit promosi buat adalah konvoi ramai-ramai disebabkan masing-masing masih terikat dengan waktu kuliah. Xkan nak suruh ponteng kelas kan? Banting pun bukan sikit, ada la lebih kurang 80 banting dan 20 banner yang perlu dinaikkan,mereka-mereka inilah yang banyak membantu. Xtau nak cakap macam maner, hanya terima kasih yang tidak terkira buat semua yang terlibat… nak belanja makan, orangnya pun sengkek. Huhu..

31 Julai 2009 – Hari yang sangat memenatkan, kaunter tiket sudah mula dibuka di Booth Rabbani, Booth GAMIS dan satu lagi di Kaunter Tiket Stadium. Gerai-gerai jualan dan karnival sudah mula beroperasi mempamerkan barang jualan masing-masing. Semestinya booth rawatan mata oleh Permata Hijrah menjadi tumpuan hangat koz perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Booth jualan tiket pun sama, yang dijaga oleh ajk konsert. Jualan x usah la cakap, sangat-sangat teruja. Saya? Seperti biasa… em… xtaula ape yang dibuatnya. Operator telefon dan di tangan lengkap dengan senarai penempah tiket…. Ada yang call nak tanye kaunter tiket di mana, ada bukak kaunter x kat Stadium, berapa harga tiket, tempahan tiket, bla bla dan ada gak yang nak tanye masih ada ruang gerai lagi? Syukur…………..

Malam sebelum konsert tu perjumpaan dengan AJK Unit Promosi dan Pemasaran, seramai 18 orang dan sangat-sangat teruja bila ramai nya kaum Adam. Huhu… Perkara pertama yang saya lupa nak buat ialah BERKENALAN, ada pulak terus masuk sal gerak kerja. Pape tah. Terkilan pulak rasanya. Minta maaf ye. Dah habis konsert, baru tahu, dalam ramai-ramai tu… Anie (sayela), Za’im (sebaya saye) dan Zulhusni yang tua, yang lain-lain ‘adik-adik’ belaka. Elok gak buat perjumpaan time tu, banyak menda rasenyer perlukan perincian segera, terpaksalah mengadap si Hafiz, PC konsert dalam stadium yang bising dan gelap gelita tu. Perjumpaan dengan AJK pun rasenyer x terurus dengan baik, saya terlupa nak sediakan masterplan yang lengkap dengan tugasan masing-masing lebih awal. Salah satu sebabnya, saya xsangka Allah permudahkan gerak kerja konsert ni dengan mengurniakan saya begitu ramai AJK. Alhamdulillah… Di sebalik tu juga, diuji pula dengan handphone yang tiba-tiba buat hal, orang yang menelefon xdapat dengar apa yang saya cakap, dah kerisauan… macam mana ye esok…ramai yang akan call, tu satu hal, lepas konsert nanti macam mana plak, handphone satu lagi dah selamat diambil orang masa kelas di Saba Islamic Media seminggu sebelum bezdayku…huhu.

Malam tu, saya x boleh tido. Jadi, saya amik peluang buat masterplan dan kena pastikan semua faham dengan tugasan masing-masing. Tapi apakan daya, saya hanya mampu merancang, tidak mampu melawan kehendakNya. Ada miscommunication berlaku dengan pihak teknikal stadium dan ada masalah banting la plak… Adus… Dah panas dah masa tu…Orang yang paling semangat siap awal, mesej-mesej ‘selamat pagi’ dah dihantar kepada AJK yang hadir semalam. Ajk ditambah lagi dengan kehadiran adik-adik dari Darul Qur’an… Fuh… 1 Ogos 2009- Pagi nie, Za’im dan geng-gengnya akan memulakan gerak kerja dengan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM). Memeriksa tiket keluarga PERTIM yang hadir… PERTIM akan membuat persembahan nasyid menggunakan pentas konsert yang sedia ada. Comelnya kanak-kanak tadika nie….Hairudin dan Aizuruddin dari DQ yang baru je sampai dari Kelantan diberi tanggungjawab untuk memeriksa tiket para ibu bapa kanak-kanak PERTIM yang hadir menggantikan geng-geng Za’im yang ditugaskan menggantung banting di dalam stadium dan yang lain, setia dengan kaunter tiketnya.. Meriahla pulak bila dah ada banting dalam tu… Banting GAMIS yang kecik tu pun ada sekali.

Yang serikandi2, ditugaskan menjaga kaunter tiket bergilir-gilir mengikut jadual masing-masing. Minta maaf pada adik-adik, kalo ikutkan saye pun kena jaga kaunter tiket tapi ada kerja melibatkan tiket juga yang perlu diselesaikan. Minta maaf ye. Sekali sekala g ke kaunter tiket tanya perkembangan jualan. Alhamdulillah, time time camni ramai orang berpusu-pusu beli, yang menempah dah pun ambil tiket masing-masing di kaunter-kaunter yang disediakan. Perkara yang saya belajar selama berada di dalam organisasi adalah KEBAJIKAN setiap ajk. Time makan…makan!! Cee…padahal sendiri xreti-reti nak makan. Malasnya nak turun bawah. Unit Kebajikan dah mesej suh turun makan, huhu. Ajk saye pulak, xpayah suruh… tau tau dah selamat masuk kat perut… ade yang dah bungkusan dah sampai kat kaunter yang diorang jage…ai..ntah bile mase pulak diorang dah tau makanan dah sampai… Laju je…

Lewat petang- ni detik yang ‘mengkelam-kabutkan’, Ajk-ajk saye yang masih tiada tag sudah mula menelefon terutama Syazwan, Syamil, dan juga Anuar….’akaaak, nak tagg..’.’ akaaak, tag xsiap lagi ker?’. Almaklumlah, start lewat petang tu, kawalan keluar masuk diketatkan, hanya yang memakai tag sahaja yang dibenarkan masuk. Tag pun setel, kebas je apa yang ada kat bilik urusetia tu… huhu. Ada yang pakai Promoter, Ticket, Security, Krew.. huhu…layan je la… Em, ada dosa saye buat time ni, solat Asar lambat didirikan….Ya Allah… terkejar2 dunia, terlupa perkara utama yang akan dihisab…Mudah2an xulangi lagi. So,kalau ada pape yang xjadi, kena koreksi diri….=(. Something that cannot be followed…

Pintu masuk akan mula dibuka jam 7.45 malam… selesai solat Maghrib, bergegas ke pintu masuk di bahagian atas. X pasal-pasal bertekak dengan sorang Unit Keselamatan yang saya pun xkenal di pintu masuk untuk bahagian lelaki, yang tetibe naik angin… bile ditegur … Apahal la pulak ni… Taula AJK saye lambat… tapi xpela, saya pun paham time tu apa-apa pun boleh jadi, sudah dijangka.. Api lawan api akan jadi marak… so, kenalah jadi air.. Nada suara direndahkan waluapun kalo ikut nafsu, rasa nak marah gak..Pantang…huhu.. Alhamdulillah, terkawal, time tu juga sampai la Syamil, A.Zulhusni, Junedi, Syazwan, Anuar, Rahim… mengambil tugas masing-masing. Manakala bahagian perempuan dikawal oleh Aiisyah, Fairuz dan Fatihah yang semuanya dari DQ. Pintu masuk VIP dan kaunter tiket seperti biasa di’konker’ oleh geng-geng UTMKL, cik Zaim yang sedang diserang virus batuk, Farhannaim, Hafizi, Hafizudin dan Ikhwan… nak yang ber’air-cond’ aje.huhu. Kaunter tiket di booth Gamis dikawal pula oleh Hairudin, Aizuruddin dari DQ dan Nadia Farhana dari UTMKL, satu2nya muslimat dari UTMKL. Sekitar jam 10.45 malam pun masih lagi berpusu-pusu orang datang membeli tiket… Alhamdullillah…siapa menyangka sambutan yang begitu di luar jangkaan… Kena sujud syukur ramai-ramai lepas nie.

Mase konsert – Kesian ajk saye, ade yang ‘merengek’ nak tengok konsert tu terutama bila part Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ‘tengok sekejap pun jadi la kak’…huhu. Tapi masing-masing paham tugas masing-masing belum setel, nak dekat akhir-akhir baru la diorang masuk… tapi yang saya perasan dah ‘hilang’…Za’im… n yang kat pintu VIP…ai..so, xnak bagi yang lain kempunan, dahla datang jauh-jauh…so, bagila diorang masuk bergilir-gilir. Saye masuk gak dalam 10 minit area kul 10 lebih camtu r, waktu tu Raihan sedang buat persembahan dengan lagu ‘Allahu’…ape yang buat saya hampir menangis bila saya tengok suasana dalam stadium yang sangat ramai… dan dalam suasana yang gelap, lampu handphone penonton menyinari ruang stadium…sempat tgk lakonan A.Isman (katenya dah lame xberlakon) , En.Azadan dan A.Lokman sampaila part arwah Ustaz Asri masuk, time tu saye kena keluar, nak g kaunter tiket semula. Kerja-kerja di kaunter tiket ditamatkan jam 11.00 malam, lebih kurang camtu r… Konsert pun tamat dan saya melihat riak wajah penonton yang keluar dari stadium…. Agak-agak? Huhu

Selesai konsert- Kerja mengemas barang-barang promosi di kaunter tiket dan operasi mencabut banting dan banner… Syazwan dari UiTM Arau sampai sekarang duk bergurau ‘Mantan penjaga Banting dan Banner’..huhu… Part-part tu diserahkan pada muslimin, yang lain ader yang dah balik awal koz ada komitmen lain, dan saya… ‘Orang Kaya Sehari’…mengumpulkan semua hasil-hasil jualan dan dari ejen-ejen tiket… dah macam konduktor bas kate ajk saye…Syazwan kot…Semuanya kepenatan…. Selesai konsert, En.Azadan memanggil kami semua untuk ‘post-mortem’…Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan en. Azadan xsangka konsert tu sambutannya begitu meriah sekali dan berjalan lancar. .. Malam tu juga operasi ‘kira-kira’ dilakukan. Takut saya tgk duit yang terlalu banyak…. Bukan duit saya eh, semua tu duit amanah… huuhu….

Jam 3 or 4 pagi – Suasana di stadium sunyi sepi….Syahid kecil semuanya di Surau Stadium….zzzZZZ