Berpisah kita selamanya…
13 Ogos 2009 – Perginya seorang pejuang nasyid yang senantiasa membawa pembaharuan dalam industri nasyid negara. Pengenalan dengan Ustaz Asri secara lebih dekat bermula dengan gerak kerja Konsert Antara Dunia yang telah berlalu 1 Ogos yang lalu. Waktu anie dapat mesej daripada K.Wan, baru je hantar mesej pada sahabat-sahabat sal berita mengenai konsert dalam akhbar Utusan dan waktu tu tengah online di CC KPS UM. Jam 11.29 pagi…’ Salam, us Asri Ibrahim bru meninggal. Kami kat wad kecemasan, hospital pantai – akak n ateh’. Tak percaya gak masa tu terus kol k.Wan… nada suaranya me’ngia’kan berita yang baru disampaikan tadi. Kemudian, saya dan sahabat saya, Dayang memulakan langkah ke Hospital Pantai dengan menaiki teksi. Masing-masing meluahkan rasa tak percaya… rase macam baru jer berjumpa. Last kami jumpe Ustaz, adalah pada 3 Ogos yang lalu, meraikan ulangtahun kelahiran Ustaz di Teratak Hijaz, Bangi bersama keluarga arwah, Rabbani, Hijaz dan juga Nibras yang masih lagi di Malaysia. Waktu tu Ustaz memang sihat, ceria, hepi dengan kehadiran keluarga yang hadir malam tu, K.Jannah dan 5 daripada 6 anak arwah yang hadis. Terbayang seketika apabila kumpulan Rabbani dan staff Rabbani malam tu membuat persembahan khas untuk Ustaz Asri, masih ingat kata-kata..’ …dan kami akan membuat persembahan tanpa Ustaz Asri’….seolah-olah petanda… tapi siapalah kita yang boleh mentafsir segalanya….
Kami sampai di Hospital Pantai sekitar jam 11.50 pagi, anggota Rabbani sudah sedia menunggu di luar wad kecemasan, ada yang sibuk menjawab panggilan yang bertubi-tubi, mengesat air mata dan anie nampak sahabat-sahabat yang terlibat dengan KAD ’09 juga berada di perkarangan wad kecemasan dengan mata yang sedia berair… berkaca-kaca. Barangkali mengingati kenangan masing-masing dan mungkin juga tidak percaya dengan apa yang berlaku meskipun di depan mata. Semakin lama semakin ramai sahabat-sahabat arwah yang hadir memenuhi ruang yang rata-rata rakan artis dan wartawan dari pelbagai syarikat. Ustaz Dzulkhairi, Presiden GAMIS pun hadir bersama sahabatnya, kelihatan A.Hafiz Hamidon, Inteam, Puan Alia dari Galeri Ilmu dan yang lain2…Kami diberi peluang untuk melihat jenazah Ustaz Asri di bilik kecemasan di mana waktu tu jenazahnya sudah ditutupi kain putih, En.Azadan yang tak kelihatan di luar rupanya setia bersama sahabat baiknya sejak dari tadi. Hanya doa yang kami mampu berikan apabila melihat sekujur tubuh yang baru sahaja kami nak kenali dengan lebih dekat.
Jenazah arwah dibawa turun ke bilik persediaan di tingkat bawah, semakin lama semakin ramai yang hadir, belum kelihatan keluarga arwah… Ibunya, isterinya dan 6 anaknya. Masing-masing mungkin dalam perjalanan… Saya, K.Mai, Hafiz dan juga E-Man sempat melihat wajah arwah di bilik tadi bersama beberapa individu yang saya tidak kenali. Ramai yang menunggu di luar pintu membaca yasin dan doa beramai-ramai. Tenang dan bersih sekali wajah Ustaz… setenang ketika arwah mengalunkan zikir dan nasyid dari suara emasnya. Saya terpisah dengan rakan-rakan yang lain, menunggu di luar pintu, melihat seorang demi seorang datang menziarahi jenazah… Ramli MS, U.Zulkarnain, Sharifah Kasif, Raihan, Ustaz Azahari NowSeeHeart, dan lain-lain termasuklah adik-beradik arwah. Tak lama lepas tu, ibunda arwah yang kurang sihat dan berkerusi roda, isteri dan anak-anak arwah hadir dan terus dibawa ke bilik persediaan… Pihak media pula setia menunggu dan menginterview siapa sahaja yang dirasakan sesuai… tugas diorang nak buat macam maner…
Hujan mula renyai-renyai .. hujan rahmat….sementara urusan jenazah dilakukan di bilik persediaan, yang lain ada yang sudah berangkat ke Kg Bukit Lanchung, Seksyen 27 Shah Alam iaitu kampung arwah (arwah tinggal di Bukit Sentosa, Rawang), ada yang baru hadir termasuklah Amy Search yang lengkap berjubah dan berserban bersama isterinya. Lebih kurang jam 3. 45 petang, Van jenazah dari Masjid Bukit Aman tiba dan terus bergerak ke destinasi seterusnya. Saya, dayang, K.Aisyah dan Aiman turut serta dengan ‘menumpang’ van Rabbani bersama dengan A.Acul, A.Kimi, A.Deen, U.Asri Ubai dan A.Fendi sebagai driver. Van ini baru je dibersihkan koz sebelum tu, arwah Ustaz Asri muntah-muntah dalam van.
Sampai jer kat Kg. Bukit Lanchung…. Masya Allah, ramainya…satu kampung rasenyer, dan kenderaan penuh di sekitar rumah. Bacaan Yassin telah pun bermula apabila kami sampai, solat jenazah dilakukan bergilir-gilir sehinggalah tiba waktu Maghrib. Isteri arwah, K.Jannah yang bertelekung tidak ketinggalan turut serta setiap kali solat jenazah. 3 anak arwah, Nisamudin, Fathi dan Atikah yang masih berpakaian sekolah turut tidak ketinggalan… Sebelum kain kapan ditutup semula, semua anggota Rabbani berkumpul dan memberikan kucupan terakhir kepada arwah, sahabat yang bakal ditinggalkan selama-lamanya. Masing-masing tidak mampu menahan air mata masing-masing….
Selepas solat Maghrib, jenazah dibawa dengan van Jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21. Kereta yang mengeskot hampir 30 buah semuanya. Masing-masing memasang lampu kecemasan sepanjang berada di jalan besar. Jam 8.40 malam, pengebumian jenazah dilakukan, Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Tahlil dibacakan oleh adik arwah, Ustaz Ghazali. Kehadiran xusah dicakap, sangat ramai… Keluarga yang hadir tenang tetapi siapa yang tahu kesedihan di dalam… Saya juga pernah menghadapinya sewaktu arwah mama meninggalkanku… ketika di Tingkatan Lima, bergema di SMAKL, memanggilku hadir ke pejabat untuk dibawa pulang oleh abang…
Ape-ape pun…Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri bin Ibrahim…semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin… Kita yang hidup semestinya perlu mengambil pengajaran bahawa kematian itu sudah pasti…. Wallahu a’lam..
0 comments:
Post a Comment