Bile dah xtau nak tulis ape...

Assalamualaikum .. dah bersawang blog aq ni..

dah 4 hari demam, batuk2 dan seseme..tapi setakat nie alhamdulillah kuat g r nak bawak skut yang beso tu tuk ke Makmal B3.4 ISB UM...as usual with my thesis, mudlobster. Core eksperimen dah 2 minggu berlalu tapi nie kena buat eksperimen sampingan. Eksperimen sampingan ni agak 'kejam' koz kena bagi 10 mudlobster nie mati. Setelah bper bulan bergelumang dengan mudlobster nie, sayang plak rasenyer.. boleh kate secara peribadi banyak gak la yang anie blaja samda secara langsung atau x.

Mase memule dulu takut gak nak pegang sampai ader satu masa tu sebab takut sangat kena sepit, pakai la penyodok..haha. Tapi sekarang nie alhamdulillah..setelah cube memahami 'ragam2' diorang yang pelbagai. Pergh.. ada yang sangat2 agresif, ada yang agresif sikit, ada yang sonyap bnor, ada yang bla bla.. kalo yang agresif tu... kena belai cephalothorax yer..minta la ngan Dia, Ya Allah, jinakkanlah makhlukMu ini...insya allah.. xtipu nie... kadang2 bandingkan dengan manusia pun same gak..ada ragam masing2. Kena plak diri ini berada di 'daratan' yang perlu berhadapan dengan 'junior2' yang pelbagai ragam... kadang2 bile ada junior yang ader masalah dan diri nie xtau... itulah yang buat aq down tambah2 bile aq kena marah tetibe..huhu.. walaupun aq tau..manusia tidak ditakdirkan untuk tahu semua perkara.

Bulan lepas sangat menguji kesabaran dan otak aq.. perlu membuat suatu keputusan yang sangat 'kritikal' dan turutan peristiwa, kata2 sepanjang 'proses' tu masih segar dalam ingatan. Dan sekarang ini, tubuh ini yang harus menanggung akibatnye.. Ya Allah, Engkau Yang Tahu bisikan hatiku, kegelisahanku waktu itu.. Kadangkala aq tertanye, adalah ia satu kesilapan yang disengajakan atau pun memang Engkau takdirkan ianye berlaku begitu... Secara jujurnya, ada la
beberapa 'perkara' yang selama ini aq xdapat cari jawapan nyer dan tetibe ianye terjawab... cumenyer ianya win-lose situation... em..malas nak pikir dah.. sejarah nyer tetap same.. terpaksa aq menanggung nyer... yang lain? em..entah..senyap jer..biarla.. mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan kan... kekuatanku adalah apabila aq memikirkan setiap sesuatu tu secara positif.. walaupun pahit kadang2.. telan jerla.. kot la ader manis ckit ker..haha

La nie, duk dalam makmal sambil observe eksperimen.. npon tuk mesej2 n tanye kabo2 adik2 aq still setia... sonok bile diorang cite macam2..terubat ckit kesedihan aq. Sengaja bzkan diri ngan mudlobster nie, bukan nak lari dari masalah tapi daripada duk diam mikir baik cari keje dok.. nanti xya buat da..haha.. Baru2 nie result pekse kuar, alhamdulillah..adalah suatu keajaiban.. ade 1 paper nie memang buat aq trauma tapi xsangka.. Alhamdulillah. Allah xsia2kan usaha aq yang rasenyer xseberapa tu.

La nie gak, sambil2 duk kat makmal bace jornal.. dalam proses nak rancang program dan rangka modul. Allah dah bagi otak tuk berfikir.. em... tapi kadang2 susah betul nak perah idea, kena tanyer2 orang dulu.. mane tau dapat kembangkan idea nanti....insya allah.. 2 Brain is Better than 1 Brain... dan Alhamdullilah... 2 program ilham dari Ilahi telah pun selamat dilaksanakan... pembaharuan yang perlu dibuat... walaupun kena hentam..lantaklah.. mungkin belum nampak g kepentingannya...

Klah... tu je kot coretan kali nie... xtau nak tulis mende... hoo.. lupe plak. Skank nie ngah bace buku 'Tundukkan hati' by Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. satu lagi buku 'Mengenal diri dan Wali Allah' by Mustapha Mohamed...Buku nie berat ckit sal tasawuf.. kena paham bebetul... tapi bagusla tuk kena diri masing2... Pasal nafsu...kalo ikut buku nie ada 7 jenis nafsu... ammarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiyah, mardhiyyah dan peringkat tertinggi adalah nafsu kamil.... nak tau lebih lanjut.. bli la sendiri... baru RM 8.50 hehe.. Baca Seterusnya......

No holiday for me...

Alhamdulillah... hari nie dah keluar result subjek tapi yang ada for paper bio jerla.. lagi satu paper sem lepas saya ambik luar fakulti 'Bahasa Arab Peringkat 1'. Alhamdulillah... sangat2 berpuas hati dan bersyukur. Bukan apa.. sem lepas memang ada satu subjek nak kata 'killer' xda la 'killer' mana pun, tapi nak jawab pasyer tu, kita banyak buat rujukan & berfikir. Pergh... n know what, itulah subjek last minute yang di'study'. Masa jawab aritu, Allah sahaja yang Tahu, ingat tu ingat tapi yang marine animal jerla tapi kalo yang seaweed tu.. xtau r nak cakap macam mane. Tapi apa2 pun, semua perkara walaupun kecik kenalah muhasabah.

Memang salah sendiri pun, sebab study paper tu last minute...haha. Cari2 result untuk paper arab kat fakulti bahasa tapi xjumpe pun. Mesej ngan U.Malek, ustaz kata..'jangan bimbang aini lulus'..huhu... Sal paper arab nie plak, secara xlangsung mengingatkan saya balik time2 skola dulu, yela.. dari tadika sampaila form 5, blaja arab. Masuk matrik....pergh...hampeh..haha.

Ape pun keputusan yang keluar, terimalah dengan hati terbuka. Muhasabah dan berazamlah aku akan lebih baik untuk akan datang. Ada masa kita di bawah, ada masa kita di atas...' langit malam yang gelap adalah pendahuluan akan munculnya sinar'. Dan kena ingat, baik atau pun tidak result... itulah usaha kita sebenarnya ataupun bagi kita, kita dah berusaha dah..stay upla, jawab pasyer la etc tapi mungkin dalam kita sibuk2 tu, terlupa seketika dengan Dia. Kita dah berusaha, berdoa dan bertawakal... apa yang berlaku, kita kena redha dan carilah hikmah di sebaliknya. Memberi motivasi pada orang memang senang... tapi yang paling sukar adalah memberi motivasi pada diri sendiri terutama sekiranya masih ada ego...

Masa exam aritu, sabar jerla. Time2 tgah nak peksa ni la, orang duk tanye macam2 sal gerak kerja. Yang tula yang buat tension bukan sebab study sangat. Nasib baikla ada gak yang paham. 'Hang tgah exam pun, hang leh pikir sal tu'.. ' rasenyer lebih aula pada akademik'..keh2..kena sebijik...

Sekarang nie dah cuti (ekceli dah lama pun cuti), tapi cuti ni banyak dihabiskan untuk projek thesis saya 'Salinity Tolerance Of Mudlobster, Thalassina anomala' . Alhamdulillah... selepas 27 ekor menjadi mangsa eksperimen ku.. ni ader lagi tinggal 13 ekor yang bakal menemui maut..pergh jahatnyer. Tapi setakat nie, belum pernah kena sepit g. Kena usap2 cephalothorax dulu, barulah boleh pegang, sebab mudlobster ni sangat agresif, yang nie baru tangkap 1 Disember aritu, ni batch yang ke-6. Kalo ikutkan ada 130 ekor tapi nak buat macam mana kan... eksperimen mula 20 November, mudlobster nya dari 13 Oktober diaklimasi, mana la x mati..haha.

Tapi saya sungguh beruntung ada supervisor yang begitu teliti dan berdisiplin. Alhamdulillah, banyak perkara yang Prof. Dr. Rosman Abdullah ajar. Terasa macam ayah dengan anak. Dalam 3-4 hari, akan ada perbincangan dengan prof., prof akan tanyer perkembangan dan yang remeh2 tu kalo xbuat.. kena la dengan prof. nanti.haha. Bak kata prof, kami bertiga nie (Anie, Atiq & Nor) sebelum eksperimen mula, memang blur (zero kata prof.) and then bila dah start buat eksperimen, baru naik '%'... haha. Mase tu, aq pun terfikir.. memang betul pun, teringat plak mase jadi setiausaha program dulu, aq blur ape nak buat tapi biler dah masuk dalam kerangka program tu... dah start itu ini, barula dapat pick up.. slow2. Ntahla, bagi saya sendiri, banyak kata2 prof. ni yang menyedarkan saya tentang beberapa perkara...banyak sangat... Ya Allah, Ya A'lim... Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan hambaMu ini sedikit ilmuMu...

Sekian saje setakat nie.... semoga kita semua beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat...Amin Ya Rabbal A'lamin.. Baca Seterusnya......

'Smart Tunnel'??

Said Hawa di dalam salah satu tulisannya telah menulis antara lain tentang syaitan : ‘Sesungguhnya syaitan telah mempunyai saluran untuk memasuki tubuh manusia dan memperdaya mereka-kecuali orang2 yag dipelihara oleh Allah s.w.t - yang mana syaitan itu memasuki tubuh manusia menerusi sifat2 semulajadinya dan keinginan2nya yang berbentuk dapat diinderai dan tidak nyata dan ia memang mengetahui sebab2 atau punca2 kelemahan yang ada pada manusia yang dapat melemahkan mereka sendiri”

Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin mendedahkan 12 saluran yang dipergunakan oleh syaitan untuk menguasai jiwa dan pemikiran manusia. Saluran2 tersebut ialah :

1. Nafsu Marah dan Syahwat

Sesungguhnya marah membinasakan akal, apabila lemah daya akal, maka kekuatan syaitanlah yang datang menyerang. Jika manusia itu marah, nescaya syaitan dapat mempermainkannya serta memandunya ke arah kebinasaan. Marah yang membinasakan ialah kemarahan tanpa sebab2 yang munasabah dan tidak menjaga adab. Adapun marah kerana mempertahankan kemuliaan agama Allah, tidaklah ditegah asalkan tidak melanggar batas2 syariat.


2. Hasad dengki dan Tamakkan Keduniaan

Apabila manusia itu lupa terhadap sesuatu, maka kelupaan itu membuta tulikannya. Sinar mata hati itulah yang memperkenalkan saluran syaitan. Apabila manusia itu ditutup oleh dengki dan tamak, maka dia tidak akan dapat ‘melihat’. Di kala itu, syaitan mendapat kesempatan sehingga perkara yang dikira mungkar dan keji dianggap sebagai kebaikan.


3. Kekenyangan Makan dan Minum

Kekenyangan sebenarnya memberi tenaga kepada nafsu syahwat, manakala nafsu syahwat itu merupakan senjata syaitan. Kekenyangan akan membawa kepada 6 perkara yang tidak diingini iaitu :

3.1 Menghilangkan rasa takut kepada Allah s..w.t

3.2 Menghilangkan rasa belas kasihan dari hati orang lain, sebab ia menyangka bahawa orang lain adalah kenyang sepertinya juga.

3.3 Memberatkan diri untuk berbakti dan beribadah kepada Allah s.w.t

3.4 Tidak memperolehi kehalusan jiwa tika mendengar kata2 hikmah.

3.5 Ucapan2nya yang berupa pengajaran dan hikmah, tidak memberi hati kepada manusia.

3.6 Terlalu banyak makan akan memudaratkan kesihatan dan mendatangkan penyakit.


4. Gemar Menghiasi Diri dan RumahTangga

Apabila syaitan melihat seseorang yang terlalu mengutamakan perkara2 ini, maka syaitan akan mempengaruhi manusia untuk memperbanyakkannya serta memanjangkan angan2.


5. Keinginan Mengampu

Jika keinginan ini mempengaruhi hati, syaitan akan segera memujuk seseorang supaya bersikap berpura2, riya’ dan menyembunyikan kebenaran sehingga orang yang diampunya itu menjadi ma’budnya (sembahannya). Ia sentiasa mencari jalan untuk mendekati dan berbaik2 dengan orang tersebut dan memasuki segala pintu yang boleh membawanya kepada orang tersebut. Cara yang paling mudah dilakukannya ialah memuji2 orang tersebut sedangkan orang itu tidak layak untuk dipuji, dan ‘pemuji’ menyembunyikan perasaannya yang sebenar terhadap orang tersebut di samping meninggalkan sama sekali amar ma’ruf nahi munkar.


6. Bersikap Terburu2 dan Meninggalkan Ketenangan

Sikap ini merupakan kemudahan bagi syaitan untuk menarik manusia kepadanya. Sesungguhnya sesuatu perkara yang ingin dilakukan perlulah dilakukan dengan ilmu pengetahuan. Sikap terburu2 akan menghalang seseorang untuk berfikir dan memerhati. Dalam terburu2 inilah syaitan akan menaburkan segala kejahatannya tanpa disedari oleh manusia. Sabda Rasulullah s.a.w :

Terburu2 adalah perbuatan syaitan dan berhati2 adalah dari Allah s.w.t”. (Riwayat At-Tirmizi)


7. Harta dan Wang Ringgit

Syaitan dapat mempengaruhi kehidupan manusia menerusi perolehan dan penggunaan segala harta benda dan wang ringgit jika ianya tidak dipergunakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sejarah manusia sendiri mendedahkan begitu ramai manusia yang binasa disebabkan oleh harta dan wang ringgit.


8. Kedekut dan Takutkan Kemiskinan

Sikap ini boleh menghalangi seseorang dari berbelanja dan bersedekah serta menimbulkan rasa ghairah untuk mengumpulkan harta sebanyak mungkin. Seringkali juga ianya melemahkan rasa simpati dan sifat perikemanusiaan yang terdapat dalam diri manusia.


9. Ta’sub (fanatik) terhadap sesuatu aliran kefahaman

Seseorang yang menganut aliran fahaman seringkali menganggap fahamannya sahaja yang benar manakala yang lain2 salah belaka.


10. Perbuatan Memikirkan Zat dan Sifat2 Allah dan Perkara2 lain Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Di Luar Kemampuan Akal

Perbuatan ini akan menimbulkan keraguan terhadap keaslian agama atau menyebabkan seseorang itu boleh berkhayal dengan pelbagai khayalan tentang Allah s.w.t, sedangkan Allah itu Maha Suci dari semua itu. Orang yang melakukannya pula akan berasa gembira dengan apa yang dilakukannya kerana dia menyangka itulah ma’rifah. Sehubungan itu, Rasulullah s.w.t bersabda :

Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang dari kamu dan bertanya, siapakah yang menjadikan engkau? Dia menjawab, Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Kemudian syaitan bertanya lagi, maka siapa pula yang menjadikan Allah? Jika salah seorang dari kamu menghadapi lintasan sedemikian, hendaklah ia menjawab ‘Aku beriman kepada Allah dan RasulNya. Ucapan ini akan menyebabkan syaitan terusir daripadanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Menerusi Kegiatan Kepentingan Diri

Syaitan akan menyibukkan manusia dengan urusan peribadi dan kepentingan diri dengan tidak memikirkan masalah masyarakat. Orang seperti ini akan merasakan bahawa kepentingan diri dan keluarganya adalah lebih besar bahkan dirasakan lebih besar dari kepentingan Islam itu sendiri.


12. Menaruh Persangkaan Buruk Terhadap Kaum Muslimin

Sikap ini akan mewujudkan permusuhan sesama muslim. Firman Allah s.w.t :

Wahai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana prasangka iu dosa” (Al-Hujurat : 12)


Mana2 hati manusia yang telah dikuasai oleh syaitan dipenuhi was2 yang mengajak lebih mengutamakan kehidupan dunia dengan mengenepikan soal2 berhubung akhirat. Di antara bermulanya penguasaan syaitan terhadap hati ialah apabila seseorang itu menurut hawa nafsunya dalam segala hal dan keadaan. Demikianlah ia akan terus menerus menjadikan dirinya sebagai alat syaitan yang merosakkan dirinya.


Perlulah diketahui, sesiapa yang menurut hawa nafsunya bererti ianya menjadi hamba kepada nafsunya sendiri dan bukannya lagi hamba kepada Allah s.w.t. Lantaran itu jugalah Allah s.w.t melepaskan syaitan untuk menguasainya. Allah s..w.t telah berfirman :

Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?” (Al-Jaathiyah : 23)


Sememangnya juga, mereka yang diperbudakkan oleh hawa nafsunya akan melakukan perkara2 yang bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.


Walallhu a’lam….


…. Dipetik dari buku ‘Mengapa hati terhijab?’ by Al-Haqir Hamizan Hussin (pinjam kat lib UM)


Apabila Allah mengkehendaki seseorang itu kebaikan,maka dijadikan seseorang itu memperoleh pelajaran dari qalbunya “ (Riwayat Ad-Dailami)

Baca Seterusnya......

Ketika Kita Ingin Dilihat..

Berkenaan dengan tajuk di atas sebenarnya adalah berkaitan dengan salah satu penyakit hati merangkap syirik asghar @ syirik kecil iaitu RIYA’. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya yang paling aku bimbang akan kalian adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab, ‘Riya.’ (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi).

RIYA’ adalah lawan bagi sifat IKHLAS. Niat yang ikhlas diperlukan dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan kerana ikhlas adalah salah satu syarat penerimaan suatu amal di sisi Allah s.w.t. Niat juga mempunyai pengaruh yang besar kerana sebuah niat sahaja mampu mengubah amalan yang kecik menjadi bernilai besar di sisi Allah dan begitulah sebaliknya, niat juga mampu mengubah amalan yang besar menjadi tidak bernilai sama sekali.

MENYINGKAP TIRAI DI SEBALIK RIYA’

Rasulullah juga bersabda :

“Mahukah kamu aku katakan tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khuatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal.”.Para sahabat menjawab, ‘Baiklah, wahai Rasulullah.’ Baginda pun berkata,‘ Syirik tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri untuk solat, dia memperindahkan solatnya kerana tahu ada orang lain yang memerhatikannya.’” (Riwayat Imam Ahmad).

Dari segi lughah, riya’ berasal dari perkataan ru’ yah yang bermaksud penglihatan. Hakikat riya’ adalah apabila orang lain melihatnya tidak seperti hakikat sebenar (bukan cacat eh). Menurut Al-Hafizh Ibnu Hajar ada menyatakan ‘ Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan ingin dilihat oleh manusia, lalu mereka memuji akan pelaku amal tersebut’. Jadi sekiranya seseorang yang beramal dengan tujuan ingin dilihat misalnya memperelokkan dan me’lama’kan solat kerana ingin di’usha’ dan dipuji oleh orang lain tetapi hakikatnya dia sebenarnya malas dan tidak mahu beramal pun sekiranya tidak ada pujian atau tidak ada orang di sekelilingnya…. Maka itulah riya’.

Selain tu, nak selit sikit berkenaan dengan UJUB….Ujub merupakan sahabat se’kamceng’ dengan riya’. Menurut Ibnu Taimiyah “ Riya’ adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri” . Ringkasnya SS… Syok Sendiri~. Manusia nie merupakan makhluk yang relatif berubah, sehingga kita tidak boleh menilai secara mutlak. Jika mahu mengambil manfaat daripada orang lain, maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikan. Jangan sesekali melihat tatkala dia ‘down’, lemah, merasa berdosa dan aib kerana jika kita suka melihatnya berkeadaan demikian, maka akan timbullah UJUB mengambil tempat di hati dan menguasai segenap pemikiran kita. Tidak mustahil kita akan berkata: ‘Alangkah bagus, mantop nye aku, amal dan ilmuku, gerak kerjaku kalo dibandingkan dengan kawan aku nie!! Teruk betul dia nie, ada macam nie.. macam tu… baik lagi aku!!’ Na’uzubillah…

Berbalik semula pada RIYA’, ianya hadir dalam beberapa keadaan iaitu :

1. Riya’ yang telah bercampur sejak awal hingga akhir, maka dengan serta merta amalannya terhapus sebagaimana air yang jernih akan menjadi keruh bila dicampur dengan teh, kopi, milo, atau ovaltine. Misalnya seseorang yang baru nak bersolat, tetiba datang seseorang yang dia ‘admire’. Dan dia solat cukup bagus…khusyu’ tetapi sayangnya hanya semata2 ingin dilihat oleh orang tersebut. Sekiranya riya’ tersebut masih ada dari awal sampai akhir solat dan dia tidak berusaha untuk menghilangnya, maka terhapuslah semua amalannya. Rugi kan..??

2. Riya’ yang muncul secara tiba2 di pertengahan amal yang dilakukan dan dia berusaha untuk melawannya sehinggalah riya’ tersebut hilang. Riya’ ini tidak mempengaruhi pahala amalannya. Contohnya seseorang yang yang sedang buat amal ibadah tetiba datang pula riya’ di tengah2nya tetapi dia berusaha untuk menghilangkannya sehinggalah riya’ tu hilang, maka riya’ tersebut tidak mempengaruhi atau merosakkan pahala ibadah tersebut.

3. Lebih kurang macam yang kedua tetapi riya’ tu tidak dusahakan untuk di’halau’ sebaliknya dibiarkan berlanjutan, inilah yang dinamakan syirik asghar dan sia2 semua amalannya. Tetapi dalam kondisi ini ada khilaf di kalangan ulama berkenaan dengan amalan mana yang terhapus, misalnya riya’ waktu sembahyang..adakah raka’at yang tercampur dengan riya’ sahaja yang terhapus atau keseluruhan solat?

3.1 Pendapat pertama menyatakan bahawa yang terhapus hanyalah pada amalan yang berkait.

3.2 Pendapat kedua ni perlu diperinci. (1) Sekiranya amalan tersebut merupakan satu rangkaian (cth raka’at dalam solat) , maka terhapuslah semua rangkaian amal tersebut. (2) Jika amalan tersebut bukan dalam satu rangkaian, pahala yang terhapus adalah pada amal yang dicampuri riya’ sahaja. Misalnya memberi sedekah kepada 10 orang anak yatim, time bagi pada anak yatim yang pertama hingga kelima, dia ikhlas. Tetapi virus riya’ menular apabila sampai pada anak yatim yang ke-6, maka pahala yang terhapus adalah pahala sedekah yang terhapus adalah sedekah pada anak yatim yang ke-6. Macam tu la juga dengan puasa…

Bagaimana pula ianya dizahirkan ?

1. Melalui Fizikal : Menampilkan fizikal yang lemah lagi pucat serta suara yang sangat lemah agar dianggap sebagai seorang yang sangat takut dengan Akhirat atau rajin berpuasa. Nak tambah… sentiasa menundukkan kepala seolah2 orang yang zuhud dan banyak beribadat. (yang nie pernah baca kat kedai buku tapi tak berapa ingat ayat penuh nya).

2. Melalui Lisan : Banyak memberikan nasihat dan teguran (mungkin boleh detect dari segi nada suara)

3. Melalui ‘Amal : Sengaja melamakan ruku’ dan sujud supaya nampak lebih khusyu’.

Allah s.w.t berfirman :
" ... Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud mempamerkan (dengan solatnya) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142)

Sebenarnya ni kire intro.. just tuk berkongsi mengenai pembacaan dan dalam masa yang sama semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua terutama diri sendiri.Insya Allah. Ada satu lagi tajuk belum setel.. Sum’ah tapi xpela..penulisan seterusnya… Riya’ boleh nampak dengan mata kasar dan orang pun boleh tegur tetapi ianya berbeza dengan sum’ah dan ujub… sebab yang dua nie full-shift, non-stop 24 hours. Mengapa? Sebab syaitan2 nie akan sentiaaaaaasa dok bisik kat telinga kita. Semakin kuat kita nak mujahadah melawan nafsu n syaitan, semakin kuat dan bersemangat dia dok bisik. So, antara ‘tips’ yang diberi, setiap tindakan dan perbuatan kita digalakkan untuk membaca ‘ audzubiLLAH hissamiil ‘alim minassyaitonirrojim‘ (aku memohon perlindungan daripada Allah dari bisikan2 syaitan)~ permulaan mathurat. Iman manusia kadang2 berkurang dan kadang2 bertambah, so what to do? Istiqamah la dengan Mujahadah…. Wallahu a’lam…

~“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

p/s : pernah dengar x ‘doa dan tasbih juga boleh dikira ghibah?’ Baca Seterusnya......