Islam Itu Mudah!!!


Salam, entry kali ini saya perolehi hasil sesi training dengan sahabat-sahabat. Tajuk perbincangan kali ini adalah Islam Itu Mudah. Alhamdulillah, banyak perkara baru dan yang lama selama ni saya pandang remeh.. rupa-rupanya banyak lagi ilmu kita kena gali..jadi, teruskan menuntut dan menggali ilmu…
ISLAM ITU MUDAH
      Firman Allah s.w.t :
‘Allah mengkehendaki kemudahan bagimu,dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu’                  (Al-Baqarah : 185)

 2 perkara yang berubah setelah memeluk Islam :
         i. Kepercayaan : Hanya Allah dan kita sahaja yang tahu kepercayaan kita

      ii.  Amalan fizikal : Seperti puasa, solat etc. Apabila baru masuk Islam, amalan fizikal yang biasa  dilakukan akan berubah tetapi tidak perlu terlalu drastik, amalan sebelum masuk Islam masih boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan syariat.

ISLAM ITU MUDAH DIFAHAMI?


i.      Sangat mudah difahami kerana kerana konsepnya adalah logik, saintifik dan mempunyai bukti yang jelas. TIDAK ADA YANG MISTERI DAN RAGU-RAGU.
      Firman Allah s.w.t :
‘Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, penunjuk bagi mereka yang bertakwa’                            (Al-Baqarah : 2)
Keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah tidak secara membuta tuli kerana semuanya ada rujukan. Faith is not blind.


ii.   KETAATAN KITA KEPADA ALLAH ADALAH MEMBUTA TULI. Analoginya – Seorang ibu melarang anaknya daripada bermain api kerana si ibu tahu akan bahayanya manakala si anak tidak tahu. Si anak perlu mendengar kata ibu kerana itu adalah ibunya. Si anak juga perlu meletakkan keyakinan terhadap ibubapanya tanpa ada keraguan. Obedience is blind.

iii. Kerana telah ada MANUAL PRAKTIKAL yang disediakan iaitu  AL-QURAN DAN AS-SUNNAH manakala NABI sebagai TECHNICIAN untuk memberitahu manusia mengenai kehidupan yang lebih baik. Firman Allah s.w.t :
‘Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan Aku redhai Islam itu sebagai agamamu.                                                         (Al-Maidah : 3)
Manual yang disediakan lengkap dari segenap aspek. Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan kita.
Contoh :
a.      Allah mengharamkan makan khinzir, 1 je tapi disebalik tu,ada banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan.
b.      Solat wajib hanya 5 kali sehari,hanya 45 minit daripada 24 jam diperuntukkan untuk solat manakala 23 jam 15 miniit adalah untuk aktiviti yang di luar waktu solat.


iv. Mudah dari sudut PENGAMALAN yang TIDAK MEMBEBANKAN  
 sebagaimana dalam firman Allah s.w.t :
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya’                                         (Al-Baqarah : 286)
Contoh :
a.      Apabila non-muslim convert, perubahan yang ke-2 tadi tidak semestinya perlu dilakukan drastik tetapi berperingkat-peringkat. Yang penting kena mengenali Tuhan terlebih dahulu dan kita tidak boleh mengangap mereka tahu semua perkara. Amalan-amalan yang biasa dilakukan boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan syarak. 


b.      Zaman Rasulullah, pengharaman arak juga dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ramai sahabat yang kaki botol dan minum arak dengan kuantiti yang banyak. Diharamkan setelah Rasulullah diutuskan tetapi ianya diharamkan secara berperingkat. Bermula dengan menjelaskan mudarat arak :
‘Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah:’ Pada keduanya itu terdapat mudarat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi mudarat keduanya lebih besar dari manfaatnya.                                      (Al-Baqarah: 219)
Kemudian diikuti dengan pengurangan dos arak yang diambil dengan melarang mereka bersolat dalam keadaan mabuk. (An-Nisa : 43). Setelah itu, barulah pengharaman sepenuhnya (Al-Maidah : 90).
·    
Baca Seterusnya......

Tangisan Musibah Mengundang Rahmat

          
          Penulisan pada tajuk ini diambil dari rancangan Iktibar Dari Tanah Suci yang diulangtayang pada waktu tengah malam di Astro Oasis. Rancangan ni kalau yang tak pernah tengok, ia menceritakan pengalaman para tetamu Allah yang mengerjakan Haji dan Umrah dan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas diri mereka selepas pulang dari Tanah Suci. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau mengaibkan individu tapi untuk diambil pengajaran oleh semua yang menonton. Kata-kata yang selalu diingatkan oleh hosnya, Pandanglah dengan pandangan mata hati supaya dapat melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

         Tetamu Allah yang diinterview pada kali ini merupakan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia yang menunaikan umrah bersama isterinya yang kemalangan 2 minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci. Sepanjang si isteri berada di sana, si suamilah yang menyorong kereta roda ke sana dan ke mari. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya, kerusi roda si isteri ringan je bila dibawa ke sana ke mari dan macam-macam pengalaman yang mereka hadapi. Macam yang kita tahu, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya kena perlu dijaga bila berada di Tanah Haram ni. Sebenarnya bukan nak cerita mengenai pengalaman tetamu Allah ni tapi ingin nak berkongsi IKTIBAR yang dilontarkan oleh hosnya, Ustaz Haji Syukri untuk siri kali ini.

~ IKTIBAR DARI TANAH SUCI ~




1. Setiap ujian yang ditimpakan Allah mengandungi hikmah dan rahmat bagi orang yang tabah dan sabar menghadapinya

2. Sentiasa yakin bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya sendiri. Kata-kata Umar Abdul Aziz :

‘Tidak ada 1 nikmat yang dikurniakan Allah kepada seseorang, lalu nikmat itu diambilNya, sedangkan orang itu sabar, maka Allah akan gantikan apa yang diambilNya dengan sesuatu yang lebih baik’

3. Kita hendaklah membandingkan ibadah kita dengan ibadah orang yang lebih banyak daripada kita, begitu juga apabila ditimpakan sesuatu musibah, bandingkan musibah kita dengan orang lebih hebat ujiannya supaya kita insaf, bersyukur dan bermotivasi.

‘Kesabaran itu adalah gedung-gedung kebaikan, tidak akan diberikan kecuali kepada orang-orang yang mulia di sisi Allah s.w.t’

4. Jadikan setiap hikmah dan fadhilat dari setiap kejadian yang dilalui sebagai obor dan penyuluh untuk menghadapi kehidupan yang kekal, iaitu di Akhirat.


Akhir kalam.. bilakah kita pula akan menjadi tetamu Allah... emmm...


Baca Seterusnya......

Mengenali Diri Dengan Kebeningan Hati Part 2


              Jika kita tidak mampu mengubah diri sendiri, kita juga tidak akan mampu  untuk mengubah orang lain. Beliau juga pernah mengungkapkan kata-kata ini..Kegagalan perubahan adalah apabila kita merubah orang lain tetapi gagal untuk merubah diri sendiri. Kita melihat orang lain bukanlah bertujuan untuk menghina tetapi untuk diri sendiri sebagai pelajaran. Dan bayangkan kalau kita macam orang yang kita lihat tu (yang buruk perangainya), apakah perasaan kita dan apa perasaan kita bila berhadapan dengan orang yang macam tu? Fikir-fikirkan…
Dan apabila kita melihat kebaikan yang ada pada kita, kita seharusnya merasa bersyukur. Tetapi kalau kita melihat kebaikan itu dan merasakan kebaikan kita itu adalah yang lebih baik daripada orang lain, itu buruk. Kenapa kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t? Kerana kita dihormati orang lain bukan kerana kebaikan yang kita ada tetapi kerana Allah s.w.t telah menutupi kekurangan dan keburukan kita.
Kiyai Agim juga berkongsi cerita. Bayangkan seorang penceramah yang asyik menyuruh kepada Ukhwah, kesatuan Ummah tetapi isteri dan anak-anaknya hanya ketawa. Kerana apa? Kerana bicara sang suami bukanlah seperti apa yang dilakukannya di rumah. Dia sendiri tidak menjaga hubungannya dengan isteri dan anak-anak. Point penting di sini adalah Bicaranya bagus tetapi didustakan oleh orang lain kerana apa yang dibicarakan tidak sama seperti yang dilakukan.

ALERGIK DENGAN KRITIKAN?
Ada satu soalan dari seorang penonton yang bertanya, bagaimana sekiranya seseorang itu alergik dengan kritikan? Analogi yang diberikan oleh Kiyai Agim sangat menarik…huhu. Lebih kurang begini…Katakanlah seseorang (Si A) itu sedang duduk di kerusi, tiba-tiba datang seekor ular yang ingin mematuknya. Kemudian datang seorang kawan yang nak tegur  ‘Woi, ko xnampak ke ada ular kat bawah kaki tu, bodoh betul’ .. kata-kata yang tak sedap didengar. Dan katakanlah, di tangan si A ada sebatang kayu, agak-agak siapa yang patut dipukulnya? Ular? Atau yang menegur tadi? Kalau dia pukul yang menegur tadi, dia akan dipatuk oleh ular. So, the moral of the story is jangan tengok pada penegur tapi tengok pada ular.  Maksudnya kita jangan melihat kepada orang yang menegur tetapi lihatlah pada apa yang ditegurnya.
Setiap orang perlu merasakan kritikan itu sebagai satu makanan. Kata beliau lagi, orang yang sukses adalah orang yang menikmati kritikan yang diterimanya.

BAGAIMANA UNTUK TAHU HATI KITA NI MACAM MANE?
Soalan ini jawapannya sama seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini  iaitu kita perlu ada keberanian untuk menulis mengenai diri kita. Kalau kita sedar kekurangan kita, bila dipuji kita tidak akan rasa apa-apa kerana orang yang memuji contohnya ‘ Awak ini bijak’ tidak tahu ada kekurangan pada orang yang dipujinya contohnya banyak hutang, solat pun lambat etc. Pujian itu bukannya tidak diperlukan langsung tetapi untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana menutup kejelekan kita pada pandangan makhluk lain.
Kiyai ada memetik kata-kata Saidina Ali  untuk dikongsi dan dihayati yang berbunyi :
‘Jika mahu membina Negara Islam, binalah intipatinya dalam diri kita terlebih dahulu’

Untuk mengubah bangsa, ada rumus 3M yang perlu diikuti
  1. Mulai dengan diri sendiri dahulu. Sentiasa katakan pada diri saya orang pertama yang akan membuat kebaikan’
  2. Mulai dengan hal-hal yang kecil. Tiada yang kecil pada pandangan Allah, perkara yang kecil pada pandangan manusia mungkin ianya besar pada pandangan Allah.
  3. Mulai hari ini. Usah sebut ‘nanti’  atau menunda dalam membuat kebaikan koz belum tentu ada esok untuk kita.

Akhir kalam….
Ya Allah, berilah kesanggupan kepada kami untuk mengubah diri sendiri…Amin…

Baca Seterusnya......

Mengenali Diri Dengan Kebeningan Hati Part 1


Rancangan yang selalu kutonton dan sempat mencatat point-point nye. Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang ke udara di Astro Oasis kali ini membawakan tajuk sebagaimana yang tertera di atas. Apa yang diterangkan oleh Kiyai Agim adalah mengenai bagaimana seni mengenal diri supaya dapat mengendalikan diri.  Menurut Kiyai, untuk membangunkan Ummah, perlu dengan membangunkan insan, dan untuk membangunkan insan haruslah bermula dengan hati.
Kiyai memulakan bicara dengan menekankan setiap hari kita perlu awali hidup kita ini dengan 2 perkara iaitu :
1.       Harus sentiasa tampil memperbaiki diri. Maksudnya di sini, kita perlu sentiasa memperbaiki kekurangan diri kita dari sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya.  Kita seringkali memikirkan kekurangan dan keburukan orang lain tapi tidak mahu memikirkan kelemahan dan keburukan diri sendiri. Kadangkala nak menegur kesalahan dan keaiban orang tetapi kita perlu ingat, orang yang ditegur bukannya sekadar mendengar, tetapi dia juga melihat. Melihat? Dia melihat samada apa yang kita perkatakan sama dengan apa yan kita lakukan.
2.      Selalu berupaya untuk beri yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberikan manfaat. Semua orang ada kelebihan masing-masing yang samada disedari atau pun tidak, dan ianya tidak dijadikan sia-sia oleh Penciptanya.
Bagaimana untuk kita mengenali diri sendiri? Ini persoalan yang sering kali dilontarkan atau mungkin monolog kita dengan diri masing-masing terutama apabila melihat orang lain jauh lebih baik daripada kita. Di sini, saya cuba berkongsi point-point yang diberikan oleh Kiyai Agim untuk mengenali diri sendiri.

  1. Perlu ada keberanian untuk menulis mengenai diri sendiri dan perlu jujur untuk menulis sendiri keburukan dan kejelekan masing-masing. Tidak perlu ditunjukkan pada orang lain tapi cukuplah untuk diri sendiri.
  1. Perlu ada cermin diri. Maksudnya di sini, kita perlu ada teman yang boleh dan setia untuk menceritakan samada yang buruk atau yang baik mengenai diri kita. Minta komitmen mereka untuk memberikan komen samda negatif  atau positif dan bukannya hanya memberikan pujian semata-mata. Kita tidak perlu dipuji tetapi kita perlu mengkoreksi.
  1. Datangkan diri kepada orang yang ahli dan ulama. Ini kerana golongan-golongan seperti ini apabila mereka melihat kita, mereka dah tahu kita ni orang yang macam mana.
  1. Manfaatkan orang-orang yang membenci kita. Bagusnya ada orang-orang macam ni koz mereka sentiasa memikirkan kita (mencari keburukan kita). Tak usah dimarahi atau dibenci tapi catat je apa yang dia cakap mengenai kita. Percuma je!!
  1. Sentiasa memikirkan kejadian yang berlaku di sekeliling dan sekitar kita. Ada orang yang marah, yang sedih, kedekut, gembira etc, bertanyalah pada diri kita, kita ini orang yang kategori mana. Makin banyak yang dilihat, makin kita akan tertanya, kita dimana
Baca Seterusnya......

Keaslian Al-Quran (Part 2)


Penulisan ini ku perolehi daripada Kelas Friendly Comparative Religion (FCR) di bawah tajuk keaslian Al-Quran yang dibentang oleh Bro. Shahkirit.  Penulisan sebelum ini juga sebahagiannya dari kelas yang sama dan juga daripada buku karangan Ustaz Ridhuan Mohd Nor bertajuk ‘Kemuliaan Al-Quran & Sejarah Pemalsuannya’
Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, keaslian Al-Quran boleh dibuktikan dengan 2 perkara iaitu Hafalan dan juga Penulisan. Ini adalah hujah yang digunakan apabila ditanya oleh non-muslim mengenai keaslian Al-Quran yang wujud sejak sekian lama. Soalan yang biasa ditanya oleh non-muslim mengenai Al-Quran sangat menarik, antaranya…. Quran ditiru dari Bible?, Mengapa Quran sebut ‘Kami’ biler merujuk kepada Tuhan? Adakah Al-Quran ditulis oleh Syaitan? Selain daripada tu, golongan-golongan ini juga pelik bin hairan bagaimana Al-Quran boleh maintain keasliaannya sejak sekian lama. Nak menjawab kepada orang Islam, memang mudah untuk menggunakan dalil dari Al-Quran sendiri, tetapi untuk non-muslim ianya bukannya satu pendekatan yang baik kerana mereka sendiri tidak membaca Al-Quran.
.: BUKTI 1 : HAFALAN :.
Apabila Al-Quran diturunkan, para sahabat ramai yang mampu menghafal sebahagian Al-Quran manakala sebahagian yang lain mampu menghafal dengan lengkap antaranya Zaid bin Thabit, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabar dan Abu Zaid.
Bagaimana hafalan boleh membuktikan Al-Quran itu masih asli yer? Jawapannya…
1.    Dalam solat lima waktu dan juga Solat Teraweh, apabila Imam salah baca, makmum kena betulkan, kalau ada yang hafiz, mane-mane bahagian yang diubah pun akan tahu. Mustahillah dalam ramai-ramai jemaah yang solat tu, xda yang pernah dengar ayat atau surah yang dibacakan.
Ini juga merupakan ibadat yang tidak putus-putus dilakukan sejak sekian lama sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w misalnya Tahajud malam, Ngaji Quran dan bertadarus, Solat Terawih… So, tiada ruang untuk mana-mana ayat Al-Quran itu diubah.
2.    Setiap kali Ramadhan, bacaan dan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w akan diulang di hadapan Malaikat Jibril. Kecuali… pada Ramadhan terakhir, method nya berbeza dari yang biasa. Malaikat Jibril memulakan bacaan terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian, Malaikat Jibril memberitahu baginda susunan Al-Quran yang mengandungi 114 surah. Rasulullah akan mengulang sebanyak 2x setiap kali ‘proses’ ini. Seperkara lagi, apa-apa ayat yang diajar, bukan untuk Rasulullah s.a.w sahaja tetapi untuk semua umat manusia..
Wallahu a’lam…
….. to be continued… 

Baca Seterusnya......

Ahlan Ya Ramadhan... Welcome back!!!

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat,

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...Alhamdulillah, syukur kepada Pemilik Sekalian Alam, kerana masih memberi nikmat umur kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan pada kali ini... Insya Allah, start esok (22 Ogos 2009), umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa.. huhu.. Ramadhan ku kali ini sama seperti tahun2 sudah...sejak 5 tahun yang lalu... tanpa kehadiran arwah ibu di sisi...yang telah kembali menyahut seruan Ilahi sewaktu saya masih di Tingkatan 5. Terima kasih buat sahabat-sahabat Sek. Men. Agama Kuala Lumpur yang sebatch denganku waktu itu dan juga Ustaz Kamarul (sekarang dah jadi pengetua di sebuah sekolah Kuala Selangor) yang sepanjang malam membacakan yasin semenjak arwah ibu sakit sehinggalah arwah ibuku tiada lagi... Alfatihah buat arwah ibu, Kamishah Haya Haya yang sangatku rindui tatkala ini...

Buat mereka-mereka yang senasib denganku, mudah2an kita semua akan terus tabah dalam menghadapi kehidupan ini. Kerinduan sudah pasti terutama apabila kesedihan mula menggamit diri. Semakin hari semakin banyak kematian yang berlaku di sekeliling seolah2 mengingatkan kita bahawa kematian itu akan datang tanpa sebarang signal. Sebagaimana kita lahir tanpa diminta, begitulah juga kita pergi tanpa banyak soalnya. Persediaan dan bekalan apa yang kita sediakan... atau mungkin masih lagi leka dengan urusan dunia masing-masing... mudah2an kita semua dijauhkan daripada kesibukan dunia sehingga melupakan akhirat yang pastinya menjadi destinasi terakhir selepas ini....Amin...

Ramadhan kareem menjengah lagi, dan yang pasti tiada lagi Cik Setan2 yang merayap, yang tinggal hanya nafsu yang perlu dikawal... Kita akan berperang dengan nafsu yang sekarang bersendiri kerana membernya telah diikat. Kalau nafsu berjaya kita kendali, maka baiklah jalan kita selepas ini, tapi kalau nafsu ini kita gagal kendalikan, ia akan mengundang masalah... Itulah sedikit pengisian yang saya dapat dari rancangan Rawat Hatinya Bangunlah Insan yang dihoskan oleh Kiyai Agim.

Akhir kalam, semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan membuat ibadah dan disiplin tarbiyah kita lebih baik dari sebelumnya. Dan mudah2an juga segala kebaikan dan ibadah yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini akan berterusan sampai bila-bila, tidak ternoktah sehingga bulan Ramadhan sahaja. Saya mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk kita menyediakan manual tarbiyah kita sendiri sepanjang bulan Ramadhan ini... bertadarus, qiyamulail, terawih dan sebagainya.... biar sedikit tapi istiqamah... bukannya melampau-lampau melebihi kemampuan...

Selamat menyambut Ramadhan dan semoga ibadah kita semua diterima olehNya...Ameen...

~ anie_skut87

Baca Seterusnya......

Kenangan kami.... alfatihah buat Ustaz Asri..

Yang pergi tetap akan pergi, manakala yang hidup tidak semestinya menanti, perbanyakan amalmu untuk bekalan di akhirat nanti.... Al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)





Kenangan bersama arwah sewaktu menyambut bezdaynya pada 3 Ogos 2009 di Teratak Hijaz, Bangi bersama staff & kumpulan Rabbani, Hijaz, Nibras, A.Pian Saujana dan krew Konsert Antara Dunia 09







Arwah Ustaz Asri bersama-sama dengan anak-anaknya. Yang sulung, Nisamudin (15 tahun), Ilham (10 tahun) Hamdi Rabbani (4 tahun)
...'Saya yang malu dengan anak-anak saya, bangun Solat mereka la yang kejut Abi merek
a ni







Keluarga Ustaz Asri... Isterinya, K.Jannah (38 tahun), anak-anaknya, Nasimudin (15 tahun), Atikah (12 tahun), Ilham (10 tahun), Sufiyah (6 tahun) dan Hamdi Rabbani (4 tahun). Seorang lagi anaknya tidak kelihatan, Muhd Fathi (14 tahun)







Anggota & Staff Rabbani membuat persembahan malam tu tanpa Ustaz Asri... ' Buat pertama kalinya kami akan membuat persembahan tanpa Ustaz Asri'... siapa sangka kata-kata itu menjadi realiti...lagu yang dinyayikan malam itu adalah Teman Sejati...


'...yang pergi xkan kembali lagi...amalan dan takwa jadi bekalan, sejahtera bahgia pulang ke sana...' -
Pergi Tak Kembali...


Baca Seterusnya......

.: KEASLIAN AL-QURAN PART 1 :.


  • Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dalam loghat Quraisy
  • Bilangan ayat di dalam Al-Quran adalah 6,236 dan bukannya 6,666 ayat.
  • Di dalam Al-Quran, siapakah yang ‘berkata-kata’ – Hanya Allah s.w.t sahaja.
  • Adakah Al-Quran sekarang sama dengan Al-Quran yang asal? Soalan ini apabila ditanya kepada umat Islam, mereka akkan menjawab ‘YA’ tetapi sebenarnya mereka menjawab secara membuta tuli sahaja, bukan berasaskan fakta atau keyakinan tetapi sekadar andaian.
  • Mushaf yang diguna sekarang adalah Mushaf Uthmani, manakala mushaf-mushaf yang lain terlah dibakar, mushaf yang ada tidak sama bilangan ayat dan surat

BAHAGIAN 1 : SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
  • Wahyu diturunkan secara beransur-ansur iaitu pada 612 c.e – 635 c.e
  • Hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur:

1. Memperkukuhkan (memantapkan) hati Nabi SAW dalam menghadapi sikap orang-orang Musyrikin yang menyakitkan hati

2. Sebagai tanda kasih sayang kepada Nabi SAW ketika turun wahyu. Al-Quran yang diturunkan kepada Baginda penuh dengan kehebatan. (Al-Muzammil : 5)

3. Berperingkat-peringkat dalam pensyariatan hukum. Penurunan al-Quran berjalan seiring dengan keperluan sosial masyarakat Arab. Pada peringkat pertama, ia menghindar mereka dari syirik, menanamkan iman dan cinta kepada Allah dan Rasul serta hari kebangkitan. Peringkat seterusnya ialah merealisasikan pengakuan iman dalam bentuk ibadah, solat (sejak sebelum hijrah), puasa dan zakat (3 Hijrah) dan haji (8 Hijrah) kemudian al-Quran mengharamkan segala tradisi yang bersifat dosa besar diikuti dengan tradisi yang bersifat dosa kecil. (sila baca contoh : pengharaman arak di bawah)

4. Mempermudahkan hafalan dan kefahaman Al-Quran. Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan mereka untuk menghafalkannya kerana pada ketika itu daya ingatan menjadi alat pembelajaran penting kerana rata-rata mereka tidak boleh membaca dan menulis. (Al-Jumuah : 2). Jika Al-Quran diturunkan sekaligus, mereka sudah tentu tidak mampu menghafaz dan akhirnya mereka lemah untuk memahaminya.

5. Sebagai jawapan terhadap pelbagai persoalan ummah dan peristiwa. Ayat-ayatnya telah membetulkan kesalahan umat Islam dan kesannya lebih kemas dalam hati umat. Contohnya adalah dalam Perang Hunain, tentera Islam berbangga dengan jumlah tentera Islam yang ramai dan memandang rendah pasukan musuh yang bilangan sedikit. Allah menegur :

‘Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan pada hari (perang) Hunain, ketika kamu amat megah kerana banyaknya bilangan kamu, maka bilangan yang banyak itu tidak berguna kepada kamu sedikitpun, dan (semasa kamu merasa) sempit bagi kamu bumi yang luas ini, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.’ ( at-Taubah :25)


6. Sebagai penunjuk kepada Allah yang menurunkan Al-Quran . Ianya menunjukkan kepada Zat yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana. Terbukti di dalam Al-Quran perkara-perkara yang menakjubkan, hukum yang yang ketat, kaya gaya bahasa, huruf dan kalimat yang sistematik dan lain-lain.


Contohnya : Pengharaman Arak :

Peringkat 1 ~ Al-Quran tidak mengharamkan sekaligus kerana masyarakat Arab pda mulanya meneguk arak bagaikan air putih. Pada mulanya mereka disuruh menjauhinya secara tidak langsung melalui penurunan ayat :
‘Dan dari buah-buah kurma dan anggur itu dapat dijadikan khamar dan rezeki yang baik’ ( an-Nahl : 67)
Ayat ini menerangkan bahawa 2 jenis buah ini boleh dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh menjadi benda yang memabukkan (haram).

Peringkat 2 ~ Apabila sekumpulan umat Islam termasuk Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Rasulullah SAW hukum arak dan judi. Allah berfirman :
‘Mereka bertanya kepada Engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah “pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…” (al- Baqarah : 219)
Ayat ini menerangkan mengenai manfaat arak dan judi iaitu keuntungan material. Imam Al-Qurtubi ketika mentafsir ayat ini menerangkan keuntungan berniaga khamar adalah kerana Musyrikin membelinya di Syam dengan harga yang murah dan kemudiaanya di Mekah dengan harga yang mahal. Ketika itu Islam belum mengharamkannya.

Peringkat 3 ~ Ayat diturunkan adalah disebabkan Saidina Ali yang mabuk ketika mengimani solat. Beliau keliru dalam membaca surah al-Kafirun dan menyebabkan kesalahan dalam pembacaan . Lalu turun firman Allah s.w.t :
‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan solat ketika kamu sedang mabuk kecuali jika kamu telah mengetahui apa yang kamu katakan… ’(an-Nisa : 43)
Ketika ini, hukum arak telah jelas tetapi belum diharamkan secara putus. Secara zahirnya, arak diharamkan kepada mereka yang solat sevelum sedar daripada mabuk. Ketika itu minum arak pada malam hari atau di luar waktu solat masih dibolehkan.

Peringkat 4 ~ Turun ayat tentang pengharaman arak secara putus (muktamad). Firman Allah:
‘ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, judi, berhala, dan bertenung nasib adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan mengkehendaki akan menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan berbenci-benci sesama kamu, kerana khamar dan berjudi menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan (mengerjakan) solat. Oleh itu mahukah kamu berhenti (dari demikian itu)?’ (al-Maidah : 90-91)
Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menanggani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

  • Wahyu tidak diturunkan sekaligus satu hari tetapi sedikit demi sedikit selama 23 tahun, iaitu satu tempoh yang panjang dan mencukupi. Setiap kali turun ayat, ianya akan dihafal
  •  Keaslian Al-Quran dibuktikan dengan 2 perkara iaitu :
  1. Hafalan
  2. Penulisan

~~~~~ to be continued~~~~
Baca Seterusnya......

Pergi tak kembali… alfatihah buat U.Asri Ibrahim...


Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya…

13 Ogos 2009 – Perginya seorang pejuang nasyid yang senantiasa membawa pembaharuan dalam industri nasyid negara. Pengenalan dengan Ustaz Asri secara lebih dekat bermula dengan gerak kerja Konsert Antara Dunia yang telah berlalu 1 Ogos yang lalu. Waktu anie dapat mesej daripada K.Wan, baru je hantar mesej pada sahabat-sahabat sal berita mengenai konsert dalam akhbar Utusan dan waktu tu tengah online di CC KPS UM. Jam 11.29 pagi…’ Salam, us Asri Ibrahim bru meninggal. Kami kat wad kecemasan, hospital pantai – akak n ateh’. Tak percaya gak masa tu terus kol k.Wan… nada suaranya me’ngia’kan berita yang baru disampaikan tadi. Kemudian, saya dan sahabat saya, Dayang memulakan langkah ke Hospital Pantai dengan menaiki teksi. Masing-masing meluahkan rasa tak percaya… rase macam baru jer berjumpa. Last kami jumpe Ustaz, adalah pada 3 Ogos yang lalu, meraikan ulangtahun kelahiran Ustaz di Teratak Hijaz, Bangi bersama keluarga arwah, Rabbani, Hijaz dan juga Nibras yang masih lagi di Malaysia. Waktu tu Ustaz memang sihat, ceria, hepi dengan kehadiran keluarga yang hadir malam tu, K.Jannah dan 5 daripada 6 anak arwah yang hadis. Terbayang seketika apabila kumpulan Rabbani dan staff Rabbani malam tu membuat persembahan khas untuk Ustaz Asri, masih ingat kata-kata..’ …dan kami akan membuat persembahan tanpa Ustaz Asri’….seolah-olah petanda… tapi siapalah kita yang boleh mentafsir segalanya….

Kami sampai di Hospital Pantai sekitar jam 11.50 pagi, anggota Rabbani sudah sedia menunggu di luar wad kecemasan, ada yang sibuk menjawab panggilan yang bertubi-tubi, mengesat air mata dan anie nampak sahabat-sahabat yang terlibat dengan KAD ’09 juga berada di perkarangan wad kecemasan dengan mata yang sedia berair… berkaca-kaca. Barangkali mengingati kenangan masing-masing dan mungkin juga tidak percaya dengan apa yang berlaku meskipun di depan mata. Semakin lama semakin ramai sahabat-sahabat arwah yang hadir memenuhi ruang yang rata-rata rakan artis dan wartawan dari pelbagai syarikat. Ustaz Dzulkhairi, Presiden GAMIS pun hadir bersama sahabatnya, kelihatan A.Hafiz Hamidon, Inteam, Puan Alia dari Galeri Ilmu dan yang lain2…Kami diberi peluang untuk melihat jenazah Ustaz Asri di bilik kecemasan di mana waktu tu jenazahnya sudah ditutupi kain putih, En.Azadan yang tak kelihatan di luar rupanya setia bersama sahabat baiknya sejak dari tadi. Hanya doa yang kami mampu berikan apabila melihat sekujur tubuh yang baru sahaja kami nak kenali dengan lebih dekat.

Jenazah arwah dibawa turun ke bilik persediaan di tingkat bawah, semakin lama semakin ramai yang hadir, belum kelihatan keluarga arwah… Ibunya, isterinya dan 6 anaknya. Masing-masing mungkin dalam perjalanan… Saya, K.Mai, Hafiz dan juga E-Man sempat melihat wajah arwah di bilik tadi bersama beberapa individu yang saya tidak kenali. Ramai yang menunggu di luar pintu membaca yasin dan doa beramai-ramai. Tenang dan bersih sekali wajah Ustaz… setenang ketika arwah mengalunkan zikir dan nasyid dari suara emasnya. Saya terpisah dengan rakan-rakan yang lain, menunggu di luar pintu, melihat seorang demi seorang datang menziarahi jenazah… Ramli MS, U.Zulkarnain, Sharifah Kasif, Raihan, Ustaz Azahari NowSeeHeart, dan lain-lain termasuklah adik-beradik arwah. Tak lama lepas tu, ibunda arwah yang kurang sihat dan berkerusi roda, isteri dan anak-anak arwah hadir dan terus dibawa ke bilik persediaan… Pihak media pula setia menunggu dan menginterview siapa sahaja yang dirasakan sesuai… tugas diorang nak buat macam maner…

Hujan mula renyai-renyai .. hujan rahmat….sementara urusan jenazah dilakukan di bilik persediaan, yang lain ada yang sudah berangkat ke Kg Bukit Lanchung, Seksyen 27 Shah Alam iaitu kampung arwah (arwah tinggal di Bukit Sentosa, Rawang), ada yang baru hadir termasuklah Amy Search yang lengkap berjubah dan berserban bersama isterinya. Lebih kurang jam 3. 45 petang, Van jenazah dari Masjid Bukit Aman tiba dan terus bergerak ke destinasi seterusnya. Saya, dayang, K.Aisyah dan Aiman turut serta dengan ‘menumpang’ van Rabbani bersama dengan A.Acul, A.Kimi, A.Deen, U.Asri Ubai dan A.Fendi sebagai driver. Van ini baru je dibersihkan koz sebelum tu, arwah Ustaz Asri muntah-muntah dalam van.

Sampai jer kat Kg. Bukit Lanchung…. Masya Allah, ramainya…satu kampung rasenyer, dan kenderaan penuh di sekitar rumah. Bacaan Yassin telah pun bermula apabila kami sampai, solat jenazah dilakukan bergilir-gilir sehinggalah tiba waktu Maghrib. Isteri arwah, K.Jannah yang bertelekung tidak ketinggalan turut serta setiap kali solat jenazah. 3 anak arwah, Nisamudin, Fathi dan Atikah yang masih berpakaian sekolah turut tidak ketinggalan… Sebelum kain kapan ditutup semula, semua anggota Rabbani berkumpul dan memberikan kucupan terakhir kepada arwah, sahabat yang bakal ditinggalkan selama-lamanya. Masing-masing tidak mampu menahan air mata masing-masing….

Selepas solat Maghrib, jenazah dibawa dengan van Jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21. Kereta yang mengeskot hampir 30 buah semuanya. Masing-masing memasang lampu kecemasan sepanjang berada di jalan besar. Jam 8.40 malam, pengebumian jenazah dilakukan, Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Tahlil dibacakan oleh adik arwah, Ustaz Ghazali. Kehadiran xusah dicakap, sangat ramai… Keluarga yang hadir tenang tetapi siapa yang tahu kesedihan di dalam… Saya juga pernah menghadapinya sewaktu arwah mama meninggalkanku… ketika di Tingkatan Lima, bergema di SMAKL, memanggilku hadir ke pejabat untuk dibawa pulang oleh abang…

Ape-ape pun…Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri bin Ibrahim…semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin… Kita yang hidup semestinya perlu mengambil pengajaran bahawa kematian itu sudah pasti…. Wallahu a’lam..

Baca Seterusnya......