As usual, sebelum program tamat, Dr. Fadzilah Kamsah akan buat rumusan dan memberikan petua-petua yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Rumusan kali ini bertajuk Bagaimana untuk mematahkan semangat buruk OR ringkasnya Petua untuk Istiqamah. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua… xdapat amal semua, amal 1 or 2 pun kira ok….sedikit demi sedikit…


1. JAGA IBADAH, sentiasa berdoa dan masukkan apa yang ingin kita mahukan dalam setiap doa kita. ud’uni astajiblakum…. tetapi dengan syarat… buat kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.

2. IKLANKAN PERUBAHAN yang ingin dibuat pada diri. Iklankan pada diri sendiri matlamat yang ingin kita capai. Lihat ---- Ingat ---- Naikkan semangat ----Buat. Maksudnya, tulis dan tampallah di mana-mana yang sesuai kecuali di ‘bilik termenung’ sebagai peringatan. Siapa yang nak ingatkan kita setiap hari kan, jadi kita lah yang kena ingatkan diri sendiri.

3. BERITAHU ORANG TERSAYANG tentang matlamat kita (parents, tunang, suami, isteri etc) supaya :

i. Rasa malu jika matlamat itu tidak tercapai (sila baca dari sudut yang positif ye)
ii. orang tersayang itu akan mendoakan kita

4. Jika ingin diri sendiri istiqamah, BANTU ORANG LAIN untuk istiqamah
‘Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya menolong saudaranya’

5. Persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Kebiasaannya, semangat kita di’bunuh’ oleh persekitaran. Oleh itu…

i. Bilik kena kemas, sebabnya bilik yang kemas menggambarkan otak penghuninya yang sistematik manakala bilik yang serabut menggambarkan otak penghuninya samala berserabut.
ii. Cari warna-warna yang boleh merangsang kita. Hijau (ketenangan), Biru (kasih sayang), Kuning (ceria), Coklat (kematangan), Hitam (Komitmen tetapi sentiasa hiba).
iii. Wangikan bilik kita dengan aromaterapi (wangian)
iv. Belajar menghadap kiblat
v. Hiasi bilik dengan bunga-bungaan untuk memper’banyak’kan oksigen

6. Bentuk 1 CATATAN HARIAN POSITIF atau dinamakan JURNAL KEJAYAAN.

- Ambillah masa 3-4 minit, tulis perkara yang baik yang dilakukan pada hari itu dan doalah. Jika pada hari itu, ada perkara baik yang dibuat, doalah supaya diistiqamahkan. Jika tiada, maka berdoalah semoga hari esok ada kebaikan yang dilakukan.
- Sebagai motivasi untuk meransang kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang (kejayaan yang kecil sebagai perangsang kejayaan yang besar)

7. BERKAWANLAH DENGAN ORANG YANG POSITIF supaya ingatkan kita untuk jadi orang baik.

8. Sentiasa BERCAMPUR dengan ULAMA-ULAMA dan Mentor-mentor.

9. BERTERUSAN MENCARI ILMU. Apabila ada ilmu baru, kita akan ada semangat baru dan kita akan berterusan bersemangat.

10. Bentuk rutin baru yang positif. Ubah perangai supaya jadi tabiat (rujuk kata-kata Dr. Tengku Asmadi sebelum ni)

11. Cari jalan untuk mendapatkan HIDAYAH ALLAH S.W.T (Solat Berjemaah, mengaji Al-Quran, berkasih sayang, bermaafan, makan bersama etc)

……..tamat…….