Assalamualaikum, tajuk kali nie bukannya dari rancangan yang sama tapi hosnya tetap orang yang sama. Rancangan Bersama Dato’ yang dikendalikan oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah cumanya siaran ni dah lama tetapi diulang tayang di Astro Oasis. Kebetulan tajuk yang dibincangkan menarik perhatian untuk ‘duduk mengadap’ tv sekali lagi.

Memetik kata-kata Dato’, ramai orang boleh menegur tetapi tidak ramai yang tahu cara menegur dengan baik dan berhikmah. Pesanan Dato’ juga, jangan sekali-kali menjadikan hati kita sebagai reference. Apa maksudnya tu? Ha…. pernah tak kita berkata begini ‘Orang tegur aku, aku ok jer. Nape aku tegur dia, dia tak boleh terima?’ itulah maksudnya. Kenapa tak boleh? Sebabnya hati kita ni lain-lain.

Seperti biasa, Dato’ tak pernah lokek dengan tips dan petuanya. Kali ini petua yang dikongsi bersama adalah BAGAIMANA CARA UNTUK MENEGUR? Sebelum tu, nak kabo yang bertanda * tu adalah tambahan yang anie dapat menerusi program Bicara Hati Asmaul Husna yang dikendalikan oleh Ibunda sahabatku, Afifah Ramdan (Prof Wan Maseri) di Ampang Indah, buku ‘Media dan Islam’ oleh Dr.Zakir Naik , Youtube dan perkongsian dari Kak Wan Zahidah (UM). Insya Allah, ianya bukan untuk orang lain semata-mata, tetapi untuk penulisnya juga. Amin….

1. NIAT. Niat kita dalam nak menegur orang mestilah betul. Maksudnya, kita tegur ni untuk memperbetulkan orang di samping memperbetulkan diri sendiri.


2. BACALAH DOA.

i. Doa Nabi Musa (Surah Taha : 25-28) – sila semak kalau ada yang tak pernah tahu ayat apa.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah tugasku, dan lepaskan simpulan dan lidahku, supaya mereka faham apa yang inginku sampaikan’.

* ayat ini dibaca oleh Nabi Musa semasa baginda memberi peringatan kepada kaumnya

* Dr. Zakir Naik, debator dalam comparative religion yang berasal dari Mumbai, India yang telah mengelilingi pelbagai negara sebagaimana Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat. Beliau semasa kecilnya merupakan seorang yang gagap sehinggakan nak menyebut nama sendiri pun payah. Tetapi Alhamdulillah, beliau mengamalkan membaca doa ini. Anda boleh lihat kepetahannya dalam memberikan hujah dalam mana-mana rakaman video perdebatan yang beliau terlibat. Dan apa yang menarik, dalam satu rakaman ni juga, seorang wanita non-Muslim mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton secara live (menggunakan mike) selepas soalan wanita ini dijawab oleh Dr.Zakir Naik (silalah cari di Youtube).

* Sahabat saya, K.Wan ni pernah berkongsi dengan saya, dia juga pernah gagap tetapi sekarang ni, anie sendiri kagum melihat dia berucap dan mengendalikan meeting.

ii. Ya Azizul Jabbarul Mutakabbir sebanyak 3x

- sebagai pelembut hati, tiupkan pada orang yang ingin ditegur tapi janganlah over sangat.

* Nama-nama Allah ni untuk penerangan yang lebih baik dan menyentuh jiwa, silalah dapatkan buku 99 Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna yang ditulis oleh Sulaiman Al-Kumaiyi berharga RM65.00 sahaja, mungkin selama nie kita sekadar menghafal dan mengalun nasyid asmaulhusna tapi tidak sedar ‘untuk apa’.

iii. Surah Thaha (1-5)

- tahukah inilah ayat yang melembutkan hati Saidina Umar Al-Khattab yang lebih keras daripada batu itu...yang akhirnya memeluk Islam selepas mendengar ayat ini dibaca oleh adiknya. Hatinya bergetar dan beliau segera mencari Rasulullah s.a.w.


3. Kita kena BELAI orang. Maksudnya bukanlah suruh ber’manja-manja’ tapi yang dimaksudkan ialah sebelum tegur, puji orang tu dulu barulah tegur. Engkau nie memang baik hati, rajin…bla bla tapi cuma satu je engkau nie bla bla…Pujilah dengan ikhlas, insya allah orang tu boleh terima bila ditegur.


4. Tegur dengan khusus bukan mengungkit kisah lama. Sebagai contoh Sejak kahwin, awak kalau buat air memang tak sedap. Padahal tak sedapnya pada hari tu je.


5. Bantulah dia mencari kelemahannya. Mungkin dia tak tahu tapi orang lain boleh tolong dia.


Akhir Kalam…..


Doa kawan untuk kawan akan mustajab….


Wallahu a’lam….