Said Hawa di dalam salah satu tulisannya telah menulis antara lain tentang syaitan : ‘Sesungguhnya syaitan telah mempunyai saluran untuk memasuki tubuh manusia dan memperdaya mereka-kecuali orang2 yag dipelihara oleh Allah s.w.t - yang mana syaitan itu memasuki tubuh manusia menerusi sifat2 semulajadinya dan keinginan2nya yang berbentuk dapat diinderai dan tidak nyata dan ia memang mengetahui sebab2 atau punca2 kelemahan yang ada pada manusia yang dapat melemahkan mereka sendiri”

Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin mendedahkan 12 saluran yang dipergunakan oleh syaitan untuk menguasai jiwa dan pemikiran manusia. Saluran2 tersebut ialah :

1. Nafsu Marah dan Syahwat

Sesungguhnya marah membinasakan akal, apabila lemah daya akal, maka kekuatan syaitanlah yang datang menyerang. Jika manusia itu marah, nescaya syaitan dapat mempermainkannya serta memandunya ke arah kebinasaan. Marah yang membinasakan ialah kemarahan tanpa sebab2 yang munasabah dan tidak menjaga adab. Adapun marah kerana mempertahankan kemuliaan agama Allah, tidaklah ditegah asalkan tidak melanggar batas2 syariat.


2. Hasad dengki dan Tamakkan Keduniaan

Apabila manusia itu lupa terhadap sesuatu, maka kelupaan itu membuta tulikannya. Sinar mata hati itulah yang memperkenalkan saluran syaitan. Apabila manusia itu ditutup oleh dengki dan tamak, maka dia tidak akan dapat ‘melihat’. Di kala itu, syaitan mendapat kesempatan sehingga perkara yang dikira mungkar dan keji dianggap sebagai kebaikan.


3. Kekenyangan Makan dan Minum

Kekenyangan sebenarnya memberi tenaga kepada nafsu syahwat, manakala nafsu syahwat itu merupakan senjata syaitan. Kekenyangan akan membawa kepada 6 perkara yang tidak diingini iaitu :

3.1 Menghilangkan rasa takut kepada Allah s..w.t

3.2 Menghilangkan rasa belas kasihan dari hati orang lain, sebab ia menyangka bahawa orang lain adalah kenyang sepertinya juga.

3.3 Memberatkan diri untuk berbakti dan beribadah kepada Allah s.w.t

3.4 Tidak memperolehi kehalusan jiwa tika mendengar kata2 hikmah.

3.5 Ucapan2nya yang berupa pengajaran dan hikmah, tidak memberi hati kepada manusia.

3.6 Terlalu banyak makan akan memudaratkan kesihatan dan mendatangkan penyakit.


4. Gemar Menghiasi Diri dan RumahTangga

Apabila syaitan melihat seseorang yang terlalu mengutamakan perkara2 ini, maka syaitan akan mempengaruhi manusia untuk memperbanyakkannya serta memanjangkan angan2.


5. Keinginan Mengampu

Jika keinginan ini mempengaruhi hati, syaitan akan segera memujuk seseorang supaya bersikap berpura2, riya’ dan menyembunyikan kebenaran sehingga orang yang diampunya itu menjadi ma’budnya (sembahannya). Ia sentiasa mencari jalan untuk mendekati dan berbaik2 dengan orang tersebut dan memasuki segala pintu yang boleh membawanya kepada orang tersebut. Cara yang paling mudah dilakukannya ialah memuji2 orang tersebut sedangkan orang itu tidak layak untuk dipuji, dan ‘pemuji’ menyembunyikan perasaannya yang sebenar terhadap orang tersebut di samping meninggalkan sama sekali amar ma’ruf nahi munkar.


6. Bersikap Terburu2 dan Meninggalkan Ketenangan

Sikap ini merupakan kemudahan bagi syaitan untuk menarik manusia kepadanya. Sesungguhnya sesuatu perkara yang ingin dilakukan perlulah dilakukan dengan ilmu pengetahuan. Sikap terburu2 akan menghalang seseorang untuk berfikir dan memerhati. Dalam terburu2 inilah syaitan akan menaburkan segala kejahatannya tanpa disedari oleh manusia. Sabda Rasulullah s.a.w :

Terburu2 adalah perbuatan syaitan dan berhati2 adalah dari Allah s.w.t”. (Riwayat At-Tirmizi)


7. Harta dan Wang Ringgit

Syaitan dapat mempengaruhi kehidupan manusia menerusi perolehan dan penggunaan segala harta benda dan wang ringgit jika ianya tidak dipergunakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sejarah manusia sendiri mendedahkan begitu ramai manusia yang binasa disebabkan oleh harta dan wang ringgit.


8. Kedekut dan Takutkan Kemiskinan

Sikap ini boleh menghalangi seseorang dari berbelanja dan bersedekah serta menimbulkan rasa ghairah untuk mengumpulkan harta sebanyak mungkin. Seringkali juga ianya melemahkan rasa simpati dan sifat perikemanusiaan yang terdapat dalam diri manusia.


9. Ta’sub (fanatik) terhadap sesuatu aliran kefahaman

Seseorang yang menganut aliran fahaman seringkali menganggap fahamannya sahaja yang benar manakala yang lain2 salah belaka.


10. Perbuatan Memikirkan Zat dan Sifat2 Allah dan Perkara2 lain Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Di Luar Kemampuan Akal

Perbuatan ini akan menimbulkan keraguan terhadap keaslian agama atau menyebabkan seseorang itu boleh berkhayal dengan pelbagai khayalan tentang Allah s.w.t, sedangkan Allah itu Maha Suci dari semua itu. Orang yang melakukannya pula akan berasa gembira dengan apa yang dilakukannya kerana dia menyangka itulah ma’rifah. Sehubungan itu, Rasulullah s.w.t bersabda :

Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang dari kamu dan bertanya, siapakah yang menjadikan engkau? Dia menjawab, Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Kemudian syaitan bertanya lagi, maka siapa pula yang menjadikan Allah? Jika salah seorang dari kamu menghadapi lintasan sedemikian, hendaklah ia menjawab ‘Aku beriman kepada Allah dan RasulNya. Ucapan ini akan menyebabkan syaitan terusir daripadanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Menerusi Kegiatan Kepentingan Diri

Syaitan akan menyibukkan manusia dengan urusan peribadi dan kepentingan diri dengan tidak memikirkan masalah masyarakat. Orang seperti ini akan merasakan bahawa kepentingan diri dan keluarganya adalah lebih besar bahkan dirasakan lebih besar dari kepentingan Islam itu sendiri.


12. Menaruh Persangkaan Buruk Terhadap Kaum Muslimin

Sikap ini akan mewujudkan permusuhan sesama muslim. Firman Allah s.w.t :

Wahai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana prasangka iu dosa” (Al-Hujurat : 12)


Mana2 hati manusia yang telah dikuasai oleh syaitan dipenuhi was2 yang mengajak lebih mengutamakan kehidupan dunia dengan mengenepikan soal2 berhubung akhirat. Di antara bermulanya penguasaan syaitan terhadap hati ialah apabila seseorang itu menurut hawa nafsunya dalam segala hal dan keadaan. Demikianlah ia akan terus menerus menjadikan dirinya sebagai alat syaitan yang merosakkan dirinya.


Perlulah diketahui, sesiapa yang menurut hawa nafsunya bererti ianya menjadi hamba kepada nafsunya sendiri dan bukannya lagi hamba kepada Allah s.w.t. Lantaran itu jugalah Allah s.w.t melepaskan syaitan untuk menguasainya. Allah s..w.t telah berfirman :

Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?” (Al-Jaathiyah : 23)


Sememangnya juga, mereka yang diperbudakkan oleh hawa nafsunya akan melakukan perkara2 yang bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.


Walallhu a’lam….


…. Dipetik dari buku ‘Mengapa hati terhijab?’ by Al-Haqir Hamizan Hussin (pinjam kat lib UM)


Apabila Allah mengkehendaki seseorang itu kebaikan,maka dijadikan seseorang itu memperoleh pelajaran dari qalbunya “ (Riwayat Ad-Dailami)