Berkenaan dengan tajuk di atas sebenarnya adalah berkaitan dengan salah satu penyakit hati merangkap syirik asghar @ syirik kecil iaitu RIYA’. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya yang paling aku bimbang akan kalian adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab, ‘Riya.’ (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi).

RIYA’ adalah lawan bagi sifat IKHLAS. Niat yang ikhlas diperlukan dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan kerana ikhlas adalah salah satu syarat penerimaan suatu amal di sisi Allah s.w.t. Niat juga mempunyai pengaruh yang besar kerana sebuah niat sahaja mampu mengubah amalan yang kecik menjadi bernilai besar di sisi Allah dan begitulah sebaliknya, niat juga mampu mengubah amalan yang besar menjadi tidak bernilai sama sekali.

MENYINGKAP TIRAI DI SEBALIK RIYA’

Rasulullah juga bersabda :

“Mahukah kamu aku katakan tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khuatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal.”.Para sahabat menjawab, ‘Baiklah, wahai Rasulullah.’ Baginda pun berkata,‘ Syirik tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri untuk solat, dia memperindahkan solatnya kerana tahu ada orang lain yang memerhatikannya.’” (Riwayat Imam Ahmad).

Dari segi lughah, riya’ berasal dari perkataan ru’ yah yang bermaksud penglihatan. Hakikat riya’ adalah apabila orang lain melihatnya tidak seperti hakikat sebenar (bukan cacat eh). Menurut Al-Hafizh Ibnu Hajar ada menyatakan ‘ Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan ingin dilihat oleh manusia, lalu mereka memuji akan pelaku amal tersebut’. Jadi sekiranya seseorang yang beramal dengan tujuan ingin dilihat misalnya memperelokkan dan me’lama’kan solat kerana ingin di’usha’ dan dipuji oleh orang lain tetapi hakikatnya dia sebenarnya malas dan tidak mahu beramal pun sekiranya tidak ada pujian atau tidak ada orang di sekelilingnya…. Maka itulah riya’.

Selain tu, nak selit sikit berkenaan dengan UJUB….Ujub merupakan sahabat se’kamceng’ dengan riya’. Menurut Ibnu Taimiyah “ Riya’ adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri” . Ringkasnya SS… Syok Sendiri~. Manusia nie merupakan makhluk yang relatif berubah, sehingga kita tidak boleh menilai secara mutlak. Jika mahu mengambil manfaat daripada orang lain, maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikan. Jangan sesekali melihat tatkala dia ‘down’, lemah, merasa berdosa dan aib kerana jika kita suka melihatnya berkeadaan demikian, maka akan timbullah UJUB mengambil tempat di hati dan menguasai segenap pemikiran kita. Tidak mustahil kita akan berkata: ‘Alangkah bagus, mantop nye aku, amal dan ilmuku, gerak kerjaku kalo dibandingkan dengan kawan aku nie!! Teruk betul dia nie, ada macam nie.. macam tu… baik lagi aku!!’ Na’uzubillah…

Berbalik semula pada RIYA’, ianya hadir dalam beberapa keadaan iaitu :

1. Riya’ yang telah bercampur sejak awal hingga akhir, maka dengan serta merta amalannya terhapus sebagaimana air yang jernih akan menjadi keruh bila dicampur dengan teh, kopi, milo, atau ovaltine. Misalnya seseorang yang baru nak bersolat, tetiba datang seseorang yang dia ‘admire’. Dan dia solat cukup bagus…khusyu’ tetapi sayangnya hanya semata2 ingin dilihat oleh orang tersebut. Sekiranya riya’ tersebut masih ada dari awal sampai akhir solat dan dia tidak berusaha untuk menghilangnya, maka terhapuslah semua amalannya. Rugi kan..??

2. Riya’ yang muncul secara tiba2 di pertengahan amal yang dilakukan dan dia berusaha untuk melawannya sehinggalah riya’ tersebut hilang. Riya’ ini tidak mempengaruhi pahala amalannya. Contohnya seseorang yang yang sedang buat amal ibadah tetiba datang pula riya’ di tengah2nya tetapi dia berusaha untuk menghilangkannya sehinggalah riya’ tu hilang, maka riya’ tersebut tidak mempengaruhi atau merosakkan pahala ibadah tersebut.

3. Lebih kurang macam yang kedua tetapi riya’ tu tidak dusahakan untuk di’halau’ sebaliknya dibiarkan berlanjutan, inilah yang dinamakan syirik asghar dan sia2 semua amalannya. Tetapi dalam kondisi ini ada khilaf di kalangan ulama berkenaan dengan amalan mana yang terhapus, misalnya riya’ waktu sembahyang..adakah raka’at yang tercampur dengan riya’ sahaja yang terhapus atau keseluruhan solat?

3.1 Pendapat pertama menyatakan bahawa yang terhapus hanyalah pada amalan yang berkait.

3.2 Pendapat kedua ni perlu diperinci. (1) Sekiranya amalan tersebut merupakan satu rangkaian (cth raka’at dalam solat) , maka terhapuslah semua rangkaian amal tersebut. (2) Jika amalan tersebut bukan dalam satu rangkaian, pahala yang terhapus adalah pada amal yang dicampuri riya’ sahaja. Misalnya memberi sedekah kepada 10 orang anak yatim, time bagi pada anak yatim yang pertama hingga kelima, dia ikhlas. Tetapi virus riya’ menular apabila sampai pada anak yatim yang ke-6, maka pahala yang terhapus adalah pahala sedekah yang terhapus adalah sedekah pada anak yatim yang ke-6. Macam tu la juga dengan puasa…

Bagaimana pula ianya dizahirkan ?

1. Melalui Fizikal : Menampilkan fizikal yang lemah lagi pucat serta suara yang sangat lemah agar dianggap sebagai seorang yang sangat takut dengan Akhirat atau rajin berpuasa. Nak tambah… sentiasa menundukkan kepala seolah2 orang yang zuhud dan banyak beribadat. (yang nie pernah baca kat kedai buku tapi tak berapa ingat ayat penuh nya).

2. Melalui Lisan : Banyak memberikan nasihat dan teguran (mungkin boleh detect dari segi nada suara)

3. Melalui ‘Amal : Sengaja melamakan ruku’ dan sujud supaya nampak lebih khusyu’.

Allah s.w.t berfirman :
" ... Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud mempamerkan (dengan solatnya) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142)

Sebenarnya ni kire intro.. just tuk berkongsi mengenai pembacaan dan dalam masa yang sama semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua terutama diri sendiri.Insya Allah. Ada satu lagi tajuk belum setel.. Sum’ah tapi xpela..penulisan seterusnya… Riya’ boleh nampak dengan mata kasar dan orang pun boleh tegur tetapi ianya berbeza dengan sum’ah dan ujub… sebab yang dua nie full-shift, non-stop 24 hours. Mengapa? Sebab syaitan2 nie akan sentiaaaaaasa dok bisik kat telinga kita. Semakin kuat kita nak mujahadah melawan nafsu n syaitan, semakin kuat dan bersemangat dia dok bisik. So, antara ‘tips’ yang diberi, setiap tindakan dan perbuatan kita digalakkan untuk membaca ‘ audzubiLLAH hissamiil ‘alim minassyaitonirrojim‘ (aku memohon perlindungan daripada Allah dari bisikan2 syaitan)~ permulaan mathurat. Iman manusia kadang2 berkurang dan kadang2 bertambah, so what to do? Istiqamah la dengan Mujahadah…. Wallahu a’lam…

~“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

p/s : pernah dengar x ‘doa dan tasbih juga boleh dikira ghibah?’