Salam...

Konten tulisan ini dipetik dari CD Ceramah Ustaz Kazim (xingat tajuk ape) yang didengar dari 'pesawat' JET 971...heheh(kete member)..sepanjang perjalanan dari UM ke Nilai baru2 ini... Tertarik dengan isi kandungannye...terutama bile 4 faktor kejayaan Panglima Perang Khalid Al-Walid yang disebutkan agak familiar...(seorg sahabat pernah bagi via SMS tapi anie masih blur time 2...ngaku je ~dush...ketuk kepla sendri)..

so, ruangan nie anie cube nak berkongsi tapi setakat ape yang dicatat dan masih diingat... mudah2an ianya tulus dari hati kerana hanya keikhlasan dan ketulusan sahaja yang mampu mengetuk pintu hati yang keras...wallahu a'lam..

Sebelum anie membebel lebih panjang...baek kite terus g ke tajuk...hee...bagi y pernah dengar...tolong top up yer...


4 faktor kejayaan Khalid Al-Walid
a. IMAN
b. TAQWA
c. WAWASAN @ MATLAMAT
d. STRATEGI

a. Iman...
Khalid al-walid yang merupakan ketua angkatan perang akan sentiasa memastikan setiap tenteranya juga beriman, penerapan tauhid dan juga tarbiyah dalam setiap peribadi tenteranya. Islam mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti. Semakin tinggi Iman seseorang semakin tinggi kehebatannya.


b. Taqwa...
Khalifah Umar Al-Khattab pernah mengutuskan surat kepada Khalid Al-Walid yang menyuruhnya meletakkan jawatan dan pulang di saat ketika umat Islam sedang berperang. Tetapi Khalid al-Walid hanya mengikut apa yang diperintahkan tanpa banyak soal kerana beliau berperang bukanlah disebabkan oleh jawatan tetapi beliau berperang kerana Allah dan ibadah semata2 kerana Allah s.w.t..

c. Wawasan...
atau bahasa yang lebih mudahnya.....matlamat dan tujuan...macam kiter berniaga? belajar? adakah untuk kemaslahatan dan masa depan umat Islam sendiri atau ianya hanya untuk kepentingan diri??

d. Strategi...
Bile kite dah ada wawasan, kite dah ada matlamat dan tujuan, kite mesti ada strategi nak mencapai matlamat tu.. kat sini, Ustaz tu ada sebut sal 9 Strategi Perang Khalid Al-Walid tapi ustaz cume sebut 4 je..hee..

i. Kemenangan berpunca dari hati, kalo hati kate akan menang, maka kite akan menang... Oh yer...kebetulan hari yang same mase kat UM.. K.Mastura Nisa' pun ader sebut ' Once Ur Intention Is Clear, The Method Is Easy' dan dalam hadis sendri pun ade sebut...' Innamal a'malu binniyyat...'

ii. Berundur untuk menang lebih baik dari pergi buta2 tapi kalah. Adakalanye kite perlu berundur dan bertenang serta bersiap sedia dengan strategi. Istilah yang biasa anie dengar adalah defensif dan ofensif. adakalanya kite nie boleh bersikap defensif dan adakalanye kite kena bersikap ofensif.

iii. Kalo kite xmenang, orang lain akan menang. Kalo macam tu, lebih baik kite yang menang

iv. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang meskipun hanya tinggal sedikit sahaja pejuang.
Pertolongan Allah akan datang berpunca dari Iman dan Ketaqwaan kepadaNya..


Khalid al-Walid tidak pernah kalah di dalam mana2 perang, suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab bagi surat Khalid Al-Walid suh letak jawatan dan waktu tu tengah perang. Khalid xbantah pun koz baginye dia berjuang bukan sebab jawatan tapi kerana Allah.. Ramai tentera Islam ketika itu xstuju dengan tindakan Khalifah Umar. Tapi ape yang dijawab oleh Khalifah Umar...

' aku bimbang jika Islam menang di dalam perang nanti, akan dikatakan kerana adanya Khalid Al-Walid dan kalian lupa kepada Allah s.w.t'

Pemikiran Umar Al-Khattab adalah jauh ke hadapan. Dalam peristiwa Bai'aturridhwan...baiah Nabi Muhammad s.a.w di bawah sepohon pokok. Pokok tu still ada ketika di zaman Umar. Saidina Umar suh tebang koz beliau takut perkara2 khurafat, pemujaan, dan sebagainya berlaku di kalangan umat Islam suatu masa nanti...