Showing posts with label Beli Buku Jom. Show all posts
Showing posts with label Beli Buku Jom. Show all posts

Sesuatu yang diburu...

“ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” ~ Al-‘ Alaq : 1

Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain. Orang yang terbiasa membaca dan menulis akan diminta petuanya. Orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku, akan mendapatkan kemuliaan. Setiap orang yang membuka buku, pastila akan mendapat kebaikan. Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmat yang ada di dalam buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandungi ilmu itu di hatimu. Tulislah kalimah-kalimah yang penuh keutamaan itu di halaman jiwamu. Hiasi dirimu dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah di langit dan di bumi.

Di saat engkau berdua-duaan dengan sebuah buku, maka zaman pun akan menjadi singkat. Masa akan hadir di hadapanmu. Pelajaran-pelajaran akan datang mendekatimu. Nasihat yang menyentuh dan pengalaman-pengalam an akan datang untuk menambahkan semangatmu. Keajaiban akan datang membuatmu kagum. Perahlah ilmu dari dalam buku. Di dalamnya terdapat istana pemikiran. Pemilik buku, lebih kaya daripada Qarun, lebih kuat daripada tentera Nu’man, lebih baik keadaanya daripada al-Baramikah (para menteri semasa zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid). Orang yang dekat dengan kertas, lebih baik hidupnya daripada pemabuk. Orang yang mempelajari sejarah, lebih mulia daripada orang yang hanya mendengarkan irama.

Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa, boleh melindunginya daripada omong kosong orang-orang zalim. Berteman dengan buku juga boleh menjagamu daripada pengaruh orang yang zalim, juga boleh menjagamu daripada celaan orang yang dengki. Oleh itu, saya mengajak anda semua untuk lebih membaca, banyak bermutala’ah, banyak menengok buku-buku karangan para ulama. Apalah ertinya hidup ini bila kita malas membaca!!! Apalah gunanya umur bila kita malas bermutala’ah? Elokkah hidup ini tanpa adanya buku?

Tengoklah sejarah masa lampau. Berapa banyak negeri yang telah hancur,berapa banyak raja yang telah binasa, berapa banyak bangunan yang kini hanya tinggal runtuhan sahaja. Tetapi cubalah lihat ilmu! Adakah binasa dengan masa? Sampai sekarang, buku-buku yang mengandungi ilmu masih tetap utuh. Tengoklah para Nabi, adakah mereka mewariskan dirham dan dinar? Tidak. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sesiapa yang mahu mengambilnya, maka berbahagialah dalam hidupnya!

~ Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Dipetik dari buku….

‘Aku, Buku dan Cinta’ by Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Baca Seterusnya......

Buat Si Pemburu Ilmu....

‘Pelajarilah ilmu, nescaya ia akan mengawalmu dan membimbingmu di kala kecil. Dan di kala tua nanti, ia akan mengangkat dan menjadikanmu seorang pemimpin. Ilmu juga boleh memperbaiki kesilapan dan kesalahan, menundukkan musuh dan orang-orang yang iri kepadamu. Ilmu dapat meluruskan kepesongan dan kemiringan, membangkitkan semangat dan harapan’ ~ Kata-kata pujangga

ADAB MENUNTUT ILMU

1. Mensucikan hati dari fikiran kotor dan mengikhlaskan niat kerana Allah s.w.t, agar jiwanya bersedia menerima ilmu , menghafal dan mengembangkannya. Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati “

2. Memutuskan hubungan dengan segala yang melalaikan diri daripada kesungguhan menuntut ilmu. Selain itu, hendaknya seorang penuntut ilmu selalu merasa cukup dengan makanan yang ada, bersabar akan kekerasan hidup, merendahkan diri di hadapan ilmu dan guru, kerana hanya dengan sifat tawadhu’ ilmu boleh diperoleh.

Imam As-Syafie pernah berkata : “ Orang yang mencari ilmu dengan kebongkakan dan kesombongan hati, tidak akan mendapatkannya. Tetapi bila ia menuntutnya dengan kerendahan hati, kesengsaraan hidup dan bersifat tawadhu’ di hadapan ulama’, maka pastlah ia akan mendapatkannya “.

3. Berjuang tidak kenal lelah dalam belajar dan memiliki semangat yang tinggi. Selagi masih mampu mengejar ilmu yang banyak, janganlah merasa cukup dengan ilmu yang sedia ada. Janganlah menunda-nunda masa, apatah lagi dalam mencari kebaikan. Namun, jangan pula memaksa diri melakukan sesuatu yang sulit, kerana hal itu terkadang akan membuatkan jemu. Namun, sulit atau tidak sesuatu perbuatan itu, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

dipetik dari buku

‘Aku, Buku dan Cinta’ by Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Baca Seterusnya......

Menuju Personaliti Rabbani

Salam...baru la rajin nak update blog...

Jom bace, hayati, dalami dan aplikasi!!!

Bila kita pikir2 diri kita, sebenarnya disana terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yg ada.Kdg2 kita hanya pandai berdiskusi sedangkan kaku dari segi gerak kerja.Ada juga kadang2 pelbagai perancangan dan strategi yg kita caturkan tetapi hasilnya tetap x mmberangsangkan.

Mungkin sebenarnya kita lupa bhw ketika mana kita mencatur, disana ada lagi "Pencatur" yg lebih mengetahui. Itulah Allah Rabb yg Maha Mengetahui sekecil2 perkara. Persoalannya sejauh manakah pergantungan kita denganNya? Adakah kite sedar selama ini maksiat kita menjadi hijab yg menyebabkan kita jauh dari pertolonganNya? Jadi... mailah sesame kita mulakan perubahan daripada diri kita sendiri...

Buku ~MENUJU PERSONALITI RABBANI~


Buku karangan Dr Majdi Al-Hilali, salah sorang dari anggota ikhwan muslimin ini mempersembahkan cara pembinaan jati diri seorang yang meletakkan Islam sebagai landasan perjuangan.

Bermula dengan Prasyarat Kemenangan. Iaitu memahami dahulu tabiat sebuah peperangan yg bermula dari elemen Hati dan Nafsu .Setelah diceritakan hakikat peperangan barulah dikupas mengenai Ciri-ciri Generasi Yg Menang.Disinilah pelbagai ciri-ciri personaliti rabbani dibincangkan.

Kemudian Dr Majdi telah memberi sekilas pandang terhadap realiti permasalahan yg ada dalam diri kita.Setiap permasalahan diri yg diutarakan betul2 terkena batang idOng sendri .Setelah tahu masalah diri, barulah dibincangkan penyelesaian utama utk membaiki diri.Diberi juga wasiat para murabbi.

Buku ini diakhiri dengan soalan-soalan muhasabah diri dlm kehidupan harian kita.Ringkasnya, buku ini banyak membicarakan perubahan diri dan muhasabah diri kite untuk MENUJU PERSONALITI RABBANI.

... tulisan di atas nie benonye diedit dari blog orang len...hee...

" kekuatan fizikal hanya akan diperolehi jika disulami dengan kekuatan jiwa..jiwa yang sakit tanpa dicari penawarnye...akhirnya melahirkan diri yang lemah dan goyah...carilah dan ubatilah hati dan jiwa dengan mengingatiNya...Dia lebih memahami jiwamu y sakit, Dia setia mendengar luahan hatimu y tenat, Dia turunkan nikmat dan ujian kepadamu tanpa kauminta, Dia menyayangimu tatkala kau sarat melakukan dosa dan maksiat padaNya, Dia pujuk hatimu yang keras membantu ..menarikmu kembali dekat padaNya...Ya Allah...Tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah...jangan Engkau biarkan daku menyembah berhala nafsuku sendiri...Ampuni dosa2 kami...Ya allah Ya Ghaffar"

Amin..........


Baca Seterusnya......