Manusia Di Antara Dua Bentuk Perhambaan


Dari segi lahiriyahnya, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai berbagai-bagai kelemahan jika dibandingkan dengan makhluk2Nya yang lain. Namun, manusia dikurniakan oleh Allah s.w.t satu kelebihan iaitu AKAL dalam sifat rohaniyah. Dengan adanya AKAL inilah maka manusia merupakan makhluk yang paling istimewa dibandingkan dengan makhluk2 yang lain. Dengan adanya akal, manusia dapat menguasai makhluk2 yang lain serta dapat mencipta tamadun mereka sendiri.

Tetapi harus diingat, bahawa dengan adanya AKAL SEMATA-MATA tidaklah menjadikan manusia lebih mulia dari makhluk2 yang lain. Firman Allah s.w.t :

‘ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya’. ( At-Tin : 4-5)

Sesungguhnya kemuliaan dan ketinggian darjat yang membezakan manusia dari seluruh makhluk adalah terletak pada kesediaannya untuk berma’rifah dengan Allah s.w.t dengan qalbunya , bukan hanya semata-mata dengan anggota jasmaninya. Atau dengan erti kata yang lain, manusia menjadi mulia dengan adanya IMAN. Tanpa Iman, kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t pada hakikatnya adalah lebih hina daripada haiwan ternakan. Tiada yang membezakan manusia dan haiwan selain jasmani lahir melainkan dengan iman sebagaimana dalam firman Allah s.w.t :

“ Dan sesungguhnya Kami jadikan jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu laksana haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” (Al-A’raf : 179)

Selain AKAL, manusia juga dikurniakan oleh Allah s.w.t QALBU. Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menggambarkan qalbu manusia sebagai medan perebutan di antara roh suci dan nafsu jahat ataupun boleh kita katakan qalbu manusia menjadi perebutan di antara malaikat dan syaitan. Kedua-duanya sentiasa berebut2 untuk menguasai qalbu manusia. Tetapi dalam banyak perkara, SYAITAN lah yang akan selalunya MENANG kerana ianya turut DIBANTU oleh NAFSU yang sememangnya terdapat dalam diri manusia sendiri. Syaitan dan nafsu sering bekerjasama untuk menguasai qalbu manusia, ditambah pula sejak kebelakangan ini, pelbagai unsur luaran turut sama membantu mempengaruhi qalbu manusia.

Al-Ghazali menyebut :

” Kebanyakan hati itu tewas ditakluki oleh tentera2 syaitan, maka penuhlah dia dengan hasutan2 dan cucukan2nya supaya kenikmatan segeralah yang perlu dicari dan diutamakan oleh mereka sambil mengenepikan nikmat yang dijanjikan untuk hari Akhirat. Langkah permulaan bagi penaklukannya ialah dengan menyuruh mereka menurut hawa nafsu dan tidak mungkin hati2 itu ditawan kembali melainkan dengan menghalau tentera2 syaitan itu yang berupa runtuhan2 hawa nafsu dan isikanlah dia dengan ingatan dan zikir2 kepada Allah s.w.t yang menjadi tapak bagi penjelmaan kesan2 malaikat ”.

Akal yang dikurniakan juga merupakan suatu alat yang dipergunakan untuk berfikir dan menentukan yang manakah yang benar dan yang salah. Ia juga dapat dipergunakan untuk berfikir atau memikirkan tentang kehebatan dan kebesaran alam ciptaan Allah s.w.t seperti dalam firmanNya :

” Allah lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda2 (kebesaranNya), supaya kamu meyakini pertemuanmu dangan Tuhanmu. Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai2 padanya. Dan menjadikan padanya buah2an berpasang2an, Allah menutupkan malam dengan siang. SesungguhNya pada yang demikian itu terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (Surah Ar-Ra’d: 2-3)


FirmanNya lagi dalam Surah Ali Imran : 190-191

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi seorang yang berakal (iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia2. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka”. ( Ali Imran : 190-191)

Dari apa yang dilihat dalam kehidupan sebahagian manusia pada hari ini, ternyata nilai2 kebendaan telah berjaya menduduki tempat pertama dalam matlamat perjuangan hidup manusia sama ada dari aspek pendidikan, ekonomi , politik etc.

Apa yang pasti, puncanya adalah pada diri manusia itu sendiri. Kalaulah itu satu kesalahan, maka puncanya adalah dari kesilapan manusia itu sendiri. Manusialah yang membinasakan hidup mereka sendiri. Benar atau tidaknya dapat dilihat dalam kehidupan manusia itu sendiri.

Dari segi fizikal, manusia adalah terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan makhluk2 ciptaan Allah s.w.t yang lain. Tetapi sebaliknya, manusialah yang menjadi punca segala2nya. Itulah ukuran besar atau tidaknya pengaruh manusia di salam kehidupan di muka bumi ini. Bahkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di mika bumi adalah akibat dari manusia sendiri. Ini dijelaskan dalam firman Allah s.w.t :

“Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari azab perbuatan mereka agar mereka kembali kepada jalan yang benar” ( Ar-Rum : 41)

Hikmahnya sebahagian bala dan malapetaka yang ditimpakan ke atas mereka adalah supaya mereka menderita dan semoga dengan penderitaan dan kepayahan yang dialami itu menyebabkan mereka bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t. Namun apa yang dikesalkan, sebahagian besar tidak pernah mengambil iktibar apabila berlaku sebarang bentuk bencana dan malapetaka, bahkan terus menerus melakukan pelbagai kerja fasad dan mungkar. Firman Allah s.w.t :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi kepada manusia di dalam Al-Quran ini tiap2 perumpamaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu, bahkan mengingkarinya” ( Al-Isra’ : 89)

Qalbu manusialah yang mempengaruhi bentuk lahiriyah mereka. Jika kehidupan lahiriyah baik dan selaras dengan tuntutan Islam, ini menunjukkan qalbu itu menerima pengaruh kebaikan yang dibawa oleh Malaikat dan begitulah sebaliknya. Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Sesungguhnya dalam jasad anak Adam terdapat seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh diri manusia. Jika ia jahat, maka jahatlah seluruh hidup manusia., ketahuilah itulah hati (qalbu)” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Qalbu atau hati manusia yang tidak dikawal oleh syariat Allah s.w.t akan lebih cenderung bersikap tamak, rakus, hasad dengki dan bersifat dengan sifat kebinatangan. Untuk memelihara qalbu dari sifat2 mazmumah ini, pembersihan jiwa, penerapan pendidikan Islam dan Akhlak amat perlu ditekankan.

Demikianlah, apabila kebendaan telah menguasai manusia, maka secara tidak langsung manusia telah menjadi hamba kepada kebendaan yang menipu dan membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri. Apabila manusia telah menjadi hamba kebendaan, maka tidak syak lagi, kebendaan itu akan menjadi Tuhan mereka yang baru. Seluruh jurusan hidupnya akan hanya mengabdikan diri kepada Tuhan palsu itu dan dengan sendirinya, gelarannya sebagai hamba dan Khalifah Allah akan terlucut dengan serta merta….

……… apa khabar HATI kite???

Dipetik dari buku ‘Mengapa hati terhijab??’ oleh Al-Haqir Hamizan Hussin.

Baca Seterusnya......

Selamat Berperang...

Assalamualaikum...

wa..lame nyer xupdate blog...padahal menulis dah banyak dah...keh2...maafla yang kecewa tu..keh2..
pape pun... selamat menduduki peperiksaan dan berperang dalam dewan pekse nanti..

gudluck sumer!!! Baca Seterusnya......