Assalamualaikum….. perkongsian MOTIVASI pada hari ini……….

Tajuk kali ini memang best dan ‘terkena’ sesangat. Seperti biasa dicopyright dari Rancangan Motivasi Anjakan Paradigma bersama Dr. Fadzilah Kamsah yang diulang tayang beberapa kali di Astro Oasis. Tetamu pada kali ini pun tidak kurang hebatnya, Dr. Tengku Asmadi yang juga merupakan pakar motivasi. Sebenarnya tajuknya adalah berkaitan Hangat-hangat tahi ayam tapi anie adjust la sikit. Fakta menarik dari kajian yang dibuat oleh Dr. Fadzilah Kamsah menunjukkan 95% rakyat di Malaysia akan meninggalkan azam tahun baru selepas 3 minggu dan ini bermaksud 95% ini adalah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Baginda s.a.w ada menyebut di dalam sabdanya yang bermaksud :

‘Sebaik-baik antara kamu adalah mereka yang melakukan sesuatu yang sedikit tetapi istiqamah’

Antara sifat-sifat seseorang itu Istiqamah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam antaranya ialah :

1. Sentiasa berdikari

2. Kenal akan dirinya, baik dari sudut kekuatan dan juga kelemahan

3. Sentiasa mencari ilmu

4. Kreatif dan suka berfikir

5. Tegas dan berani mengatakan tidak (cth: memohon maaf dan menolak dengan baik sekiranya diajak oleh kawan-kawan kerana pada masa yang sama dia mempunyai tugasan yang perlu disiapkan)

6. Banyak bertanya untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan juga idea.

7. Ceria dan sentiasa bersemangat

8. Apabila kita Istiqamah, Allah s.w.t akan sayang pada kita. Bukan itu sahaja tau, malahan semua makhluk-makhluk pun akan sayang pada kita

Manakala antara ciri-ciri orang yang hanya hangat-hangat tahi ayam pula ialah :

1. Orang yang ingkar

2. Tidak kenal dirinya sendiri

3. Niatnya tidak cantik (tidak ikhlas)

4. Bodoh sombong

5. Banyak masalah peribadi

Menurut Dr. Tengku Asmadi, masalah berlakunya hangat-hangat tahi ayam ini adalah disebabkan oleh diri kita apabila mahu melakukan sesuatu, tidak sedar apa kepentingan yang dia mahu untuk hidupnya dan yang kedua adalah disebabkan oleh matlamat yang tidak jelas. Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah menggambarkan apa yang kita nak tetapi tidak semestinya apa yang kita visualize, kita akan dapat yang 100% seperti yang digambarkan. Selain itu, kita juga perlu banyak berdoa. Selain itu, apa-apa pun semuanya bermula dari keluarga. Sebagai contoh, kalau keluarga kita ada yang bersikap hangat-hangat tahi ayam, jadi kitalah (bc : generasi sekarang) yang kena mengubah acuan tersebut kerana kita perlu menyediakan acuan untuk generasi selepas kita supaya lebih baik. Disiplin juga sangat penting untuk mengelakkan kehangatan tahi ayam ini….bagaimana? Perlu ada konsistensi dan istiaqamah. Menurut satu kajian, perkara yang dilakukan selama 21 hari, akan berubah menjadi satu tabiat. Ada juga yang mengatakan 40 hari.

‘Manusia yang berjaya adalah manusia yang mahu dirinya berdisiplin’

Isu yang turut ditimbulkan juga adalah mengenai punca seseorang itu patah semangat adalah disebabkan oleh sahabat-sahabat. Dan ia dijawab oleh tetamu jemputan….Jika kita mahu berjaya, berkawanlah dengan orang yang berjaya kerana mereka boleh menceritakan 2 perkara :

1. Bagaimana dia boleh berjaya

2. Bagaimana dia pernah gagal sebelum berjaya

Nie persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh penonton dan juga hos……..

Soalan dari seorang penonton studio (golongan muallaf dari Perkim): Bagaimana nak beri nasihat pada orang yang hangat-hangat tahi ayam ni? Jawab Dr. Tengku Asmadi : Nak menasihat ni kena tengok pada orang yang nak beri nasihat dulu, dari sudut kreadibiliti. Ramai orang boleh bagi nasihat, tadi diri sendiri yang tak pandai nak buat. Bila kreadibiliti tinggi menunjukkan dia ni bersungguh-sungguh, dia pun turut buat dan lebih meyakinkan orang. Kadang-kadang orang yang beri nasihat nie sekadar nak tunjuk dia bagus. Memberi nasihat sebenarnya bukan untuk tunjuk bagus tetapi untuk menolong orang lain supaya menjadi lebih baik.

‘Allah akan menolong hambaNya selagi hambanya menolong saudaraNya’

Bagaimana pula dengan seseorang yang berilmu tetapi tidak boleh nak beramal? Kita dapat ilmu lebih pantas dari apa yang boleh kita amalkan. Kita sukar nak amalkan semua sekaligus tetapi praktikkan 1 hari amalkan 1 perkara, esoknya 1 perkara dan berdoa semoga kita dipanjangkan umur supaya lebih banyak kita boleh amalkan.

Bagaimana dengan sikap individu yang sentiasa beralasan bila tak dapat buat sesuatu tu dia akan menyalahkan orang lain sebagai halangan cthnya aku tak dapat buat gini gitu koz parent aku suh jage adik, keluarga aku miskin….bla bla..? Tidak ada orang yang akan mengaku kesalahan sendiri dulu, dia akan pandang kesalahan orang lain . Kita suka mencari kesalahan orang lain koz kita kurang muhasabah diri kita. Nabi menyuruh kita bermuhasabah diri kita tiap-tiap hari dan kita bermuhasabah samada apa yang kita lakukan ini mendekatkan kita kepada matlamat kita atau menjauhkan kita dari matlamat kita.

Menurut Profesor Ungku Aziz, salah satu sebab orang melayu kita nie tidak hebat adalah disebabkan kita tidak ada semangat survival seperti orang-orang Cina. Survival berasal dari budaya bangsa. Budaya itulah yang dikatakan sikap (bila individu dinamakan sikap, dan apabila sikap itu diamalkan dalam masyarakat, menjadi budaya). Kenapa kita boleh survival? Kerana matlamat yang kita letakkan kecil. Kita juga tidak boleh mengharapkan nak capai matlamat tu akan berjalan lurus je, mudah je banyak halangan2 yang perlu ditempuh. Matlamat yang sepatutnya kita letakkan perlulah besar supaya apabila kita berhadapan dengan halangan, kita akan menganggap halangan yang kita hadapi itu hanya kecil sahaja berbanding matlamat besar yang kita nak capai.

Saya merupakan seorang pelajar sebuah IPTA. Sekarang nie berada di tahun 3. Semasa first year dulu, saya sangat bersemangat untuk belajar rajin-rajin tetapi semangat tu semakin lama semakin hilang terutam bila di Tahun ke 2 dan 3. Pertama, kita semangat berkobar-kobar tetapi tidak meletakkan matlamat untuk jangka masa panjang. Kedua, kita tidak ada perancangan (masa yang diguna, aktiviti yang boleh membantu). Ketiga, kita tak kenal pasti siapa orang-orang yang boleh membantu kita sebab kita perlu ada mentor dan juga contoh ikutan.

Bagaimana nak elakkan dari sabotaj diri? Sabotaj diri nie bermaksud apabila seseorang itu diberikan sesuatu tanggungjawab, orang lain tak kata pun yang dia nie tak boleh, tetapi kita sendiri yang mengatakan pada diri sendiri ‘aku tak boleh’ ‘aku tak yakin aku boleh buat’. Apabila saya menjawab soalan seperti ini, saya (Dr.Tengku Asmadi) akan mengambil contoh berdasarkan pengalaman saya, seorang yang buta yang cacat penglihatannya mampu menjadi seorang yang buta. Tetapi kenapa kita yang sempurna, yang cukup sifat2 ini yang mengatakan tidak boleh? Orang yang sabotaj diri ini sebenarnya tidak bersyukur dengan keadaan dirinya sendiri.

Petua untuk Istiqamah…to be continued...