Adakah anda Menawan??

Assalamualaikum w.b.t ,

dok sebOk2 lipat kain en (tu pun nak gtaO en ... nak kabo rajin jer benonyer... haha...gurO jer.. ) ...tetibe tertarik ngan rancangan 'Anjakan Paradigma bersama Dr. Fadzhilah Kamsah'...masih lagi di Astro Oasis ... hosnyer yang bersahaja, santai, kadang2 perasan ensem..huhu...memang best... BenOnyer menanti rancangan len..koz ader point yang tertinggal...maklumlah Astro kan ske mengulang2 berpuluh2 kali...ish2...

Berbalik pada show tadi tu...bagi yang xpernah tgk, show nie kalo tengok pada hos pun sumer kenal en...mesti sal Motivasi nyer...xkan Gosip ala2 Melodi... hee. Minggu lepas tetamu nyer Ustaz Zahzan... tajuk berkaitan dengan Ibu Bapa tapi mase tu xdapat tangkap point yer...nantila kalo ader rezki... Tuk tetamu undangan kali ini adalah Fahrin Ahmad n tajuknyer 'Adakah anda Menawan'?

Kata pelakon kacak ini... konotasi 'menawan' tu agak subjektif dan ianya bukan hanya untuk luaran tetapi juga melibatkan dalaman serta pengetahuan... gtulah lebih kurang kate pelakon tapi yang nie xnak komen pape..juz nak kongsi kesimpulan dan tips yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.... iaitu...

Langkah2 untuk Menawan dan buat Orang Tertawan (bukan tertawa yer)

1.Jadilah orang berjaya...champion!! koz kalo kite jadi orang yang gagal...kite akan sukar untuk berdampingan dengan orang lain...gagal maksudnye di sini tiada apa yang dibuat untuk menjadi lebi baik!!

2. Expose impression...maksudnyer bile kite jumpe seseorang dalam tempoh 30 saat yang pertama, kite puji penampilan yer contohnyer...'cantiknya awak arini, cantik tulisan awak etc' tapi yang penting kena ikhlas...jangan hipokrit lak..n jangan jadi kaki bodek...xbaek woi... haha..

3. Beritahu mereka kita perlukan mereka... bilamana seseorang itu merasakan dia diperlukan, dia akan rasa dihargai.


4. Jadilah orang yang pertama untuk membantu..The first is the deepest!!

5. Puji orang di hadapan orang lain tetapi jangan buruk2kan orang di hadapan orang lain. Sabda Rasulullah s.w.t :
'Yang baik hebah-hebahkan, yang buruk sorok-sorokkan'

6. Dorong orang untuk mencapai matlamatnyer. Bagi motivasi untuk bagi semangat...Kalo yer memasak.... awak memang pandai masak macam chef wan

7. Kongsi rahsia yang peribadi yang munasabah (yang mane patut jer). Sebagai contoh 'sebenarnyer aku nie ader cite2 nak jadi seorang engineer, ..aku nak bukak bisnes etc...aku cite kat ko nyer ni, kat orang lain xda...sebagai satu ransangan pada dia dan dia akan rasa seronok.


8. Dapat temukan mereka dengan orang yang mereka xmampu untuk bertemu sendiri. Contohnya, nak jumpe ulama' ke, YB ke, pegawai ker...'aku kenal ustaz nie, meh aku tolong dealkan engkau dengan dia'

9. Bantu mereka dengan apa yang mereka xmampu lakukan sendiri.

10. Bersangka baik...HusnuzOn...elakkan berprasangka, tanye dulu pada orang tu betul ke x..jangan suuzOn...Kalo dia senyap, mungkin dia hormat pada kita

11. Cari kunci2 yang bleh buka pintu hati orang...contohnyer...jadilah orang yang boleh dipercayai...nyatakan yang benar dengan ikhlas..

12. Jadilah orang yang pertama memuji

13. Beri bantuan tanpa syarat

14. Sentiasa mengingat nama orang. Ha, part nie, nak tambah...kalo ader yang pernah membaca buku Bagaimana menyentuh hati karangan Abbas As-siisi..or bleh download sendiri diinternet...(subscrib or
dakwahinfo.com ader kot). Dimana buku nie menceritakan bagaimana Imam Hassan Al-Banna boleh mengingati nama tentera semasa melawat markaz tentera dan bagaimana penulis sendiri menceritakan bagaimana beliau mengetahui nama seseorang semasa berada di stesen kereta api padahal mereka blum kenal satu sama lain

sekian sahaja...wallahu a'lam...hopenyer ape yang ditulis terpantul juga pada penulisnya...bersama2 kite memperbaiki diri...insya allah..


Rujukan :
~ Rancangan Anjakan Paradigma bersama Dr. Fadzilah Kamsah
Baca Seterusnya......

IQRA!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Post kali ini saye amik dari rancangan lain plak….. huhu.. CafĂ© Akhil Hayy yang bersiaran juga di Astro Oasis, hosnya sebagaimana yang tertera pada tajuk rancangannyer…Rancangan dakwah berbentuk santai dan bersahaja. Topik kali ini menarik…. mengenai MEMBACA…. So, inilah beberapa perkara yang sempat saya catat, mane2 yang kurang tu…mohon maaf la yer….. kenapa perlu membaca, pernah ditulis dalam post sebelum nie..lebih kurang same….jadi xperlu la kot nak tulis balik…..hee~ semoga bermanfaat untuk semua….insya allah…selamat menjadi ulat buku!!!

Sebagaimana kata ustaz Akhil, bahan bacaan remaja pada masa kini lebih banyak kepada bahan2 yang boleh merangsang hawa nafsu. Betulkan? Majalah2 tabloid, Komik2 etc…. Buku2 macam nie yang melambak di pasaran sekarang. Dibandingkan dengan ulama2 terdahulu, mereka mengamalkan 3 Konsep selain hanya membaca atau menulis sesebuah kitab. Konsep tersebut @ 3Y ialah :


1. Ya’qilun (mengajak untuk berfikir)
2. Yatafakkarun (mengajak untuk merenung dan bertafakur)
3. Yatadabbarun (kaji selidik)

Konsep2 inilah yang menjadi kehebatan para ulama terdahulu dan tidak ada pada buku2 pada zaman sekarang.
Dalam kite membaca, kita perlu ingat 3 perkara iaitu :

1. Usul – Bile kite membaca, kite kena bayangkan diri sendiri. Contohnya kenapa kening kite, pangkalnyer tebal dan hujungnya nipis? Ustaz Akhil kate… kalo hujan, mudah hujan nak mengalir turun kat kening yang nipis tu…Kenapa hidung kita lubangnya bukan di atas, tapi di bawah?... Firman Allah s.w.t :
“Sesungguhnya kamu dijadikan dengan sebaik2 kejadian”

2. Fiqh – Berkaitan dengan hubungan kita dengan Pencipta iaitu dari sudut ibadah, adab….semuanya ada aturcara dan peraturan masing2…

3. Tasawuf – Berkaitan dengan akhlak. Melalui pembacaan, kite kenal diri kite dan kite ikut apa yang baik…Sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) bukannya Sami’na wa asoina (kami dengar dan kami berpaling)
Kalo tidak mahu membaca, maka jadilah seperti cetak rompak, hanya amik ape yang ada depan mata sahaja….ikuuut jer….

Setiap perkara yang dilakukan adalah ILMU…Berniaga ilmu, Pengurusan Rumahtangga ilmu… (ni ustaz bagi yer…bukan saye…hehe)… Malangnya masyarakat Malaysia pada hari ini…. 1 Tahun 1 Buku…. em…

Akhir sekali….

Kata-kata Imam Ahmad Bin Hambal :

‘Hajat seseorang insan kepada ILMU adalah lebih tinggi nilainya daripada hajat insan itu kepada makanan dan minuman’

Rujukan :
~ Rancangan Cafe Akhil Hayy....di astro Oasis....

Baca Seterusnya......

sambungan 'Assalamualaikum w.b.t'

Assalamualaikum….

Top up balik…sambungan hujah untuk ‘salah faham tentang konsep memberi salam’ (sal penambahan Taala dalam kalimah salam)…hiah berjaya men’pikap’nyer…heee

‘Apabila kamu diberikan ucapan penghormatan, maka hendaklah kamu menjawab ucapan penghormatan itu dengan jawapan yang lebih baik atau jawapan yang serupa dengannya’ (An-nisa’ : 86)

Segelintir masyarakat pada hari ini yang menambah perkataan Taala. Diriwayatkan dalam satu peristiwa Rasullullah s.a.w di dalam masjid (riwayat lain, Masjid Nabi).


Seorang lelaki masuk ke dalam masjid lalu ternampak Rasulullah s.a.w dan dia memberi salam ‘Assalamualaika Ya Rasulullah’ (bc : 2 perkataan), dijawab oleh baginda ‘Alaikassalam warahmatullah’ (bc: 4 perkataan…akhir…allah).

Kemudian datang lelaki yang kedua memberi salam dengan ucapan ‘Assalamualaikum warahmatullah’ (bc: 4 perkataan), dijawab pula oleh baginda ‘Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh’ (bc: 5 perkataan)…. itulah yang dimaksudkan baginda dengan jawapan yang lebih baik….

Kemudian datang pula lelaki yang ketiga memberi salam 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’(bc: 5 perkataan), baginda menjawab ‘Wa’alaikummussalam’….Lelaki yang ketiga itu terkejut lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w : ‘Ya Rasullullah, mengapakah pendek sahaja?’ Rasulullah s.a.w menjawab : Kerana kamu tidak memberi peluang langsung kepadaku untuk menjawab dengan lebih baik, kamu bolot semuanya’.....

Maksudnyer di sini, tiada lagi penambahan selepas itu dan kalimah salam yang sempurna adalah ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selain tu jugak, dalam rancangan ni ader menyebut mengenai Adab dalam Bermasyarakat iaitu :


1. Rendah diri
2. Tidak bermasam muka
3. Hindari dari merendahkan dan meremehkan orang lain
4. Memberi layanan sama rata
5. Berbaik sangka
6. Mengamankan perselisihan
7. Membantu golongan miskin
8. Mudah memberi maaf

Baca Seterusnya......

Sesuatu yang diburu...

“ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” ~ Al-‘ Alaq : 1

Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain. Orang yang terbiasa membaca dan menulis akan diminta petuanya. Orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku, akan mendapatkan kemuliaan. Setiap orang yang membuka buku, pastila akan mendapat kebaikan. Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmat yang ada di dalam buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandungi ilmu itu di hatimu. Tulislah kalimah-kalimah yang penuh keutamaan itu di halaman jiwamu. Hiasi dirimu dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah di langit dan di bumi.

Di saat engkau berdua-duaan dengan sebuah buku, maka zaman pun akan menjadi singkat. Masa akan hadir di hadapanmu. Pelajaran-pelajaran akan datang mendekatimu. Nasihat yang menyentuh dan pengalaman-pengalam an akan datang untuk menambahkan semangatmu. Keajaiban akan datang membuatmu kagum. Perahlah ilmu dari dalam buku. Di dalamnya terdapat istana pemikiran. Pemilik buku, lebih kaya daripada Qarun, lebih kuat daripada tentera Nu’man, lebih baik keadaanya daripada al-Baramikah (para menteri semasa zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid). Orang yang dekat dengan kertas, lebih baik hidupnya daripada pemabuk. Orang yang mempelajari sejarah, lebih mulia daripada orang yang hanya mendengarkan irama.

Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa, boleh melindunginya daripada omong kosong orang-orang zalim. Berteman dengan buku juga boleh menjagamu daripada pengaruh orang yang zalim, juga boleh menjagamu daripada celaan orang yang dengki. Oleh itu, saya mengajak anda semua untuk lebih membaca, banyak bermutala’ah, banyak menengok buku-buku karangan para ulama. Apalah ertinya hidup ini bila kita malas membaca!!! Apalah gunanya umur bila kita malas bermutala’ah? Elokkah hidup ini tanpa adanya buku?

Tengoklah sejarah masa lampau. Berapa banyak negeri yang telah hancur,berapa banyak raja yang telah binasa, berapa banyak bangunan yang kini hanya tinggal runtuhan sahaja. Tetapi cubalah lihat ilmu! Adakah binasa dengan masa? Sampai sekarang, buku-buku yang mengandungi ilmu masih tetap utuh. Tengoklah para Nabi, adakah mereka mewariskan dirham dan dinar? Tidak. Mereka hanya mewariskan ilmu. Sesiapa yang mahu mengambilnya, maka berbahagialah dalam hidupnya!

~ Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Dipetik dari buku….

‘Aku, Buku dan Cinta’ by Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Baca Seterusnya......

Buat Si Pemburu Ilmu....

‘Pelajarilah ilmu, nescaya ia akan mengawalmu dan membimbingmu di kala kecil. Dan di kala tua nanti, ia akan mengangkat dan menjadikanmu seorang pemimpin. Ilmu juga boleh memperbaiki kesilapan dan kesalahan, menundukkan musuh dan orang-orang yang iri kepadamu. Ilmu dapat meluruskan kepesongan dan kemiringan, membangkitkan semangat dan harapan’ ~ Kata-kata pujangga

ADAB MENUNTUT ILMU

1. Mensucikan hati dari fikiran kotor dan mengikhlaskan niat kerana Allah s.w.t, agar jiwanya bersedia menerima ilmu , menghafal dan mengembangkannya. Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati “

2. Memutuskan hubungan dengan segala yang melalaikan diri daripada kesungguhan menuntut ilmu. Selain itu, hendaknya seorang penuntut ilmu selalu merasa cukup dengan makanan yang ada, bersabar akan kekerasan hidup, merendahkan diri di hadapan ilmu dan guru, kerana hanya dengan sifat tawadhu’ ilmu boleh diperoleh.

Imam As-Syafie pernah berkata : “ Orang yang mencari ilmu dengan kebongkakan dan kesombongan hati, tidak akan mendapatkannya. Tetapi bila ia menuntutnya dengan kerendahan hati, kesengsaraan hidup dan bersifat tawadhu’ di hadapan ulama’, maka pastlah ia akan mendapatkannya “.

3. Berjuang tidak kenal lelah dalam belajar dan memiliki semangat yang tinggi. Selagi masih mampu mengejar ilmu yang banyak, janganlah merasa cukup dengan ilmu yang sedia ada. Janganlah menunda-nunda masa, apatah lagi dalam mencari kebaikan. Namun, jangan pula memaksa diri melakukan sesuatu yang sulit, kerana hal itu terkadang akan membuatkan jemu. Namun, sulit atau tidak sesuatu perbuatan itu, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

dipetik dari buku

‘Aku, Buku dan Cinta’ by Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Baca Seterusnya......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh!!!

Assalamualaikum ...

Kali ni saye nak berkongsi dengan anda sumer... ilmu yang saye dapat daripada Rancangan Bicara Kifayah di Astro Oasis yang dihostkan oleh Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz. Tajuk kali ini berkaitan dengan SALAM yang sering kali kite ucapkan...or mungkin kite kadang kala kite memandang remeh ucapan salam ini.... so, semoga ilmu yang ditadah ini dapat memberikan manfaat pada diri kite semua...amin..

Ucapan Salam merupakan Syiar, oleh sebab itu ucapan Salam hanya diucapkan kepada orang Islam sahaja. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
'Jangan sesekali kamu memberikan salam kepada orang Yahudi dan Nasara .....' (HR Muslim)

Berkaitan dengan salam juga, Allah s.w.t telah berfirman :

Apabila kamu diberikan suatu ucapan penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan ucapan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa) (An Nisaa' :86)

Oleh itu apabila seseorang mengucapkan kepada kita: 'Assalamualaikum', balaslah ia dengan yang lebih baik seperti: 'wa’alaikumussalam warahmatullah'

Jika kita diucap: 'Assalamualaikum warahmatullah', balaslah ia dengan: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'

Akan tetapi jika kita didahului dengan: 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh', balasannya yang paling baik ialah: 'wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.

Tidak lebih dari itu. Menurut Ustaz Abu Hassan, terdapat salah faham yang perlu diperbetulkan dalam menjawab salam iaitu terdapat segelintir umat islam yang menambah perkataan 'Taala' yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

MEMBERI salam itu SUNAT, MENJAWAB SALAM itu WAJIB, tetapi terdapat 4 ketika salam itu tidak perlu dijawab :

1. Salam yang diberikan kepada orang bersolat Jemaah. Apabila Imam memberikan salam selepas tasyahud akhir, salam itu tidak perlu dijawab oleh makmum. Tetapi sekiranya dijawab, maka rosaklah solat makmum tersebut kerana salam yang diberikan itu ditujukan kepada makhluk yang lain.

2. Tidak perlu menjawab sekiranya kita yakin orang yang memberikan salam itu bukan beragama Islam

3. Hadis Rasullah s.a.w yang bermaksud :
'Barangsiapa yang mendahulukan ucapan, kemudian baru memberikan salam, maka salamnya tidak perlu dijawab'

Hadis yang lain pula sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi : 2699 yang bermaksud :
'Salam sebelum kalam (perbicaraan)'

Maksudnyer bile seseorang itu dah berucap,dah panjang2 kemudian baru nak memberi salam...so salamnya xperlu dijawab.

Bahkan Rasulullah s.a.w pernah menegaskan: “(Ucapkanlah) salam sebelum bertanya, sesiapa yang bertanya kepada kamu (sesuatu) sebelum mengucapkan salam (terlebih dahulu) maka janganlah kamu menjawab (soalan itu).” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 816]

Dalam beberapa riwayat yang lain, diterangkan juga apabila Rasulullah s.a.w. meminta jurutulisnya menulis surat, ia akan dimulai dengan ucapan salam. Justeru apa jua medium komunikasi, hendaklah kita mulakannya dengan salam. Baik emel, telefon atau pesanan ringkas (SMS) mulakanlah ia dengan salam yang sempurna.

4. Salam yang bertujuan untuk mempermainkan syiar Islam.Contohnya pada hari ini, golongan anak muda, lelaki biasanya yang suka mempermainkan ucapan salam ketika mengorat awekz 'Asssalamualaikuuuum.... xjawab dose...'

Wallahu a'alam...

Rujukan...
1. Bicara Kifayah by Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz, Astro Oasis, xtau r kul bper...tengok je baper kali ulang pun...

Baca Seterusnya......