Aku nak pilihan yang Fes!!!

aku lupa doa...aku malas doa..aku tak suka doa...aku benci dia lantas aku tak mau doakannya... ntah!!!aku xkenal dia, so knpa plu aku doakannya??? ......walau apapun dialog ataupun monolog kita, sedar atau tidak rupa-rupanya kita lupa. Lupa???? ya...lupa... kita sebenarnya lupa melaksanakan tanggungjawab kita..kita sebenarnya lupa siapa sebenarnya diri kita..kita sebenarnya lupa kelemahan kita..kita sebenarnya banyak lupa..ya..kita sebenarnya lupa kerana kita adalah insan..kerana bermula insan itu adalah pelupa...

Dipendekkan cerita...

Pilihan-pilihan doa:
1. jangan doakan diri sendiri tetapi doalah untuk orang lain.
2. doa untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain
3. doa hanya untuk diri sendiri.

Pilihan yang pertama adalah yang terbaik kerana ia adalah pilihan para nabi dan pewarisnya (bc: ulama). kenapa?? kerana malaikat akan mendoakan untuknya apa yg dia doakan untuk org lain..apakah nilaian doa kita lebih baik daripada doa malaikat?? sesungguhnya doa malaikat itu adalah lebih baik kerana malaikat itu penolong kanan Allah. Kita?? siapalah kita...

Jangan ambik pilihan yang ketiga kerana ulama mentakrifkan mereka ini sebagai golongan yang kedekut sepertimana org yang tidak menjawab s.a.w ketika mendengar nama Nabi Muhammad atau Rasulullah disebut.(mafhum hadis: org yg tak menjawab selawat ke atasku adalah org yg kedekut).
Jangan ambik pilihan yg selain daripada 3 pilihan di atas kerana Allah mencop mereka ini sebagai orang yang ego..nauzubillah. .

Kesimpulannya. ..klo nak alim anda doalah supaya orang lain alim, klo anda nk kaya anda doalah supaya org lain kaya, klo anda nk lapang dada anda doalah supaya org lain lapang dada, klo anda nk istiqomah anda doalah supaya org lain istiqomah..klo anda nk 4flat anda doalah org lain supaya dapat 4flat...sebaik- baik doa adalah doa kita kepada org yang memusuhi, benci, xsuka, meluat dsbnya kepada kita daripada saudara kita..mudah- mudahan Dia menganugerahkan yang lebih baik kepada kita. ammiiiin..

~ hasil tulisan sahabat saye....Azizi al-yamani yang skank berada di Yaman...semoga Allah permudahkan urusannya di sana...Amin..

Baca Seterusnya......

Gagal sekali tak bermakna kan gagal selamanya...

Ilmu dituntut untuk menghayati hebatnya Pencipta..
Ilmu adalah pengetahuan yang terkesan dihati..
Apabila mempelajarinya mudah diingati..
dan membuahkan peribadi yang baik..
Bertambah baik akhlak si penuntut..

Iman seseorang perlu diuji untuk meningkatkan tahap keimanannya. .
Ilmu juga perlu diuji tahap kefahaman dan penghayatannya. .
Itulah pentingnya PEPERIKSAAN. .

Solat? apa hikmah aku melaksanakan solat?
setiap hari aku bersolat..dan setiap itulah aku perlu lakukan yang terbaik..
Setiap waktu solat dilaksanakan dengan baik..
Apakah zohor boleh disambilewakan?
dan Asar dititikberatkan. .atau subuh dilewat-lewatkan. .
dan maghrib dan Isyak sahaja perlu secara berjemaah?
tidak, setiap kali solat...itulah yang terbaik..

Masa..
Mengapa Allah bersumpah demi Masa?
Pentingkah masa...Masa adalah kehidupan..
Siapa menghargai masa, dia menghargai kehidupannya. .

Oleh itu, wahai saudaraku...
Tuntutlah Ilmu kerana Ilmu itu adalah jambatan menemui CintaNya..
Kerana Ilmu itu sumber kita untuk mengenalNya. ..
Semua Ilmu adalah milikNya...
Ilmu meningkatkan ketaqwaan kepadanya...
Menuntutlah dengan niat mendekatkan diri kepadaNya..
Moga ia menjadi suatu ibadah...

Lakukanlah yang terbaik dalam setiap perkara..
Kita tidak semestinya menjadi yang terbaik...
Tetapi kita ada hak untuk melakukan yang terbaik..
lakukanlah segala yang terbaik untuk TuhanMu..
Sebagai hadiah buatNya yang menyayangimu lebih dari dirimu sendiri..
Lakukanlah yang terbaik sepertimana kau melakukan yang terbaik pada setiap waktu solatmu..

Hargai masa sekarang...
Masa yang berbaki...
Apakah masa ini tidak mencukupi??
Usah berfikiran negatif disaat genting ni..
lakukan sahaja apa yang termampu..dan serahkan kepada Dia untuk menilainya.
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir untuk semua....

Jika kejayaan yang dikecapi...
Tanamkanlah dalam jiwamu bahawa itu adalah lumrah a'lam (nature)
barangsiapa berusaha pasti berjaya..
Usah timbulkan ujub dihati..
kerana itu bukan pakaianmu..

Andai gagal dipenghujungnya. ..
Usah bersedih kerana yakinlah bahawa dirimu telah berjaya dalam medan usaha..
Itulah medan kita sebagai hamba..
Kejayaan itu milik Dia...diberi kepada yang dikehendaki
dan Tiada kejayaan melainkan dengan izinNya..

~~ kiriman dari 'achik'ku...Siti Fatimah Abdul Ghaffar..

Baca Seterusnya......

Doa adalah Kekuatan Yang Paling Ampuh

PERISTIWA Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari istana syurga mengajar kita untuk memandang sejarah itu dengan perspektif reda kepada Allah . Hikmah yang lain daripada peristiwa ini adalah kebijaksanaan manusia yang mampu mengatasi malaikat dan syaitan, akhirnya tersungkur juga akibat nafsu yang kadang-kadang boleh mengatasi kehebatan akal. Akhirnya, dengan kehendak Allah, kehidupan di dunia diwujudkan, taubat Adam diterima dan masanya untuk zuriat manusia diuji adakah benar imannya kepada Allah pun bermula.

Sesungguhnya yang menjadi penyelamat Adam adalah permohonan taubatnya kepada Allah. Allah menceritakannya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimah (ajaran kata-kata untuk bertaubat). Maka, Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 37). Adam mengajar kita bagaimana hendak menjadi manusia mulia.

Bukankah ketika Allah menciptakannya, seluruh makhluk diperintah untuk sujud kepadanya. Tetapi, pengaruh syaitan dan nafsu syahwat boleh menukar jenis makhluk yang bernama manusia menjadi makhluk lain.

Memetik Kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali mengkaji empat sifat yang merosakkan sifat kemanusiaan seorang manusia iaitu:

Pertama, sifat subu’iyah atau kebuasan. Ciri adalah seperti suka marah, busuk hati, suka menyerang, memukul, memaki dan membinasakan harta benda. Naik ke peringkat kedua iaitu sifat bahimiyah atau kebinatangan. Gelojoh dan tamak seperti anjing, suka benda kotor seperti harta yang haram, zina dan liwat. Bertambah teruk keadaan mereka jika masuk ke peringkat ketiga iaitu sifat syaitaniyah iaitu layaknya umpama syaitan dengan cirinya seperti dengki, penipu, memutar belit, menyuruh yang munkar dan melarang kebaikan.

Kemuncaknya, sifat terakhir iaitu apabila ketiga-tiga sifat itu berkumpul, maka naiklah kejahatan manusia itu sampai ke peringkat sifat rububiyah, ketuhanan iaitu sifat Tuhan ingin dirampas menjadi miliknya. Sifat bangga diri, sombong, mahukan puji dan pujaan orang, sukakan kemuliaan dan kedudukan tinggi. Akhirnya ia mengatakan akulah Tuhan, bukan manusia, aku tidak sudi mentaati dan mematuhi kerana aku berkuasa. Tak ada sesuatu yang setanding diriku.Begitulah kejahatan terbesar anak-anak Adam apabila mereka telah melupakan Allah dan hidup di kubang lumpur dosa yang kotor dan menjijikkan.

Belajar daripada kekhilafan ayahanda manusia iaitu Nabi Adam kepada Allah, setelah khilaf beliau bertaubat seraya berdoa tanpa mengenal erti putus asa daripada rahmat-Nya. Inilah ibadat paling agung yang pertama kali diajarkan oleh Allah kepadanya iaitu berdoa. Apakah sebenarnya fungsi doa itu bagi kita?

* Pertama, doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia berasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Dia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga terdedah kepada kebinasaan akibat dosanya melupakan Allah.

Seorang Muslim hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar dan bermuamalat sesama manusia. Hatta, suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah.

Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

* Fungsi doa yang kedua adalah cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Sementara apabila dia meminta dihindari daripada kejahatan diri sendiri, maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar saling lengkap melengkapi. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d, ayat 11). Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.

* Fungsi doa yang ketiga adalah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar? Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.

anie_skut87@berdoalahtanparagu2.com Baca Seterusnya......

4 Strategi Kejayaan Khalid Al-Walid

Salam...

Konten tulisan ini dipetik dari CD Ceramah Ustaz Kazim (xingat tajuk ape) yang didengar dari 'pesawat' JET 971...heheh(kete member)..sepanjang perjalanan dari UM ke Nilai baru2 ini... Tertarik dengan isi kandungannye...terutama bile 4 faktor kejayaan Panglima Perang Khalid Al-Walid yang disebutkan agak familiar...(seorg sahabat pernah bagi via SMS tapi anie masih blur time 2...ngaku je ~dush...ketuk kepla sendri)..

so, ruangan nie anie cube nak berkongsi tapi setakat ape yang dicatat dan masih diingat... mudah2an ianya tulus dari hati kerana hanya keikhlasan dan ketulusan sahaja yang mampu mengetuk pintu hati yang keras...wallahu a'lam..

Sebelum anie membebel lebih panjang...baek kite terus g ke tajuk...hee...bagi y pernah dengar...tolong top up yer...


4 faktor kejayaan Khalid Al-Walid
a. IMAN
b. TAQWA
c. WAWASAN @ MATLAMAT
d. STRATEGI

a. Iman...
Khalid al-walid yang merupakan ketua angkatan perang akan sentiasa memastikan setiap tenteranya juga beriman, penerapan tauhid dan juga tarbiyah dalam setiap peribadi tenteranya. Islam mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti. Semakin tinggi Iman seseorang semakin tinggi kehebatannya.

b. Taqwa...
Khalifah Umar Al-Khattab pernah mengutuskan surat kepada Khalid Al-Walid yang menyuruhnya meletakkan jawatan dan pulang di saat ketika umat Islam sedang berperang. Tetapi Khalid al-Walid hanya mengikut apa yang diperintahkan tanpa banyak soal kerana beliau berperang bukanlah disebabkan oleh jawatan tetapi beliau berperang kerana Allah dan ibadah semata2 kerana Allah s.w.t..

c. Wawasan...
atau bahasa yang lebih mudahnya.....matlamat dan tujuan...macam kiter berniaga? belajar? adakah untuk kemaslahatan dan masa depan umat Islam sendiri atau ianya hanya untuk kepentingan diri??

d. Strategi...
Bile kite dah ada wawasan, kite dah ada matlamat dan tujuan, kite mesti ada strategi nak mencapai matlamat tu.. kat sini, Ustaz tu ada sebut sal 9 Strategi Perang Khalid Al-Walid tapi ustaz cume sebut 4 je..hee..

i. Kemenangan berpunca dari hati, kalo hati kate akan menang, maka kite akan menang... Oh yer...kebetulan hari yang same mase kat UM.. K.Mastura Nisa' pun ader sebut ' Once Ur Intention Is Clear, The Method Is Easy' dan dalam hadis sendri pun ade sebut...' Innamal a'malu binniyyat...'

ii. Berundur untuk menang lebih baik dari pergi buta2 tapi kalah. Adakalanye kite perlu berundur dan bertenang serta bersiap sedia dengan strategi. Istilah yang biasa anie dengar adalah defensif dan ofensif. adakalanya kite nie boleh bersikap defensif dan adakalanye kite kena bersikap ofensif.

iii. Kalo kite xmenang, orang lain akan menang. Kalo macam tu, lebih baik kite yang menang

iv. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang meskipun hanya tinggal sedikit sahaja pejuang.
Pertolongan Allah akan datang berpunca dari Iman dan Ketaqwaan kepadaNya..


Khalid al-Walid tidak pernah kalah di dalam mana2 perang, suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab bagi surat Khalid Al-Walid suh letak jawatan dan waktu tu tengah perang. Khalid xbantah pun koz baginye dia berjuang bukan sebab jawatan tapi kerana Allah.. Ramai tentera Islam ketika itu xstuju dengan tindakan Khalifah Umar. Tapi ape yang dijawab oleh Khalifah Umar...

' aku bimbang jika Islam menang di dalam perang nanti, akan dikatakan kerana adanya Khalid Al-Walid dan kalian lupa kepada Allah s.w.t'

Pemikiran Umar Al-Khattab adalah jauh ke hadapan. Dalam peristiwa Bai'aturridhwan...baiah Nabi Muhammad s.a.w di bawah sepohon pokok. Pokok tu still ada ketika di zaman Umar. Saidina Umar suh tebang koz beliau takut perkara2 khurafat, pemujaan, dan sebagainya berlaku di kalangan umat Islam suatu masa nanti...

Baca Seterusnya......