E.G.O nye aku....

1. Orang yang ada ego tidak sedar yang dia ada ego.

2. Ego diketahui melalui ilmunya.

3. Kalau tahu pun adanya sifat ego.

4. Belum tahu lagi dapat membuangnya.

5. Ego adalah sifat batin.

6. Tapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnya.

7. Bercakap di kalangan kawan selalu sahaja cakap besar.

8. Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang.


9. Apabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranya.

10. Apabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang payah menerimanya.

11. Kalau bercakap mahu menang sahaja.

12. Bila bertemu orang payah menegur sapa, kecuali orang mendahuluinya.

13. Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang.

14. Selalunya serius sahaja, kurang mesra.


15. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang, biasanya orang yang setaraf dengannya.

16. Bila dicabar mudah sahaja mencabar.


17. Kalau bersalah susah hendak meminta maaf.

18. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya.

19. Mudah marah, bahkan marahnya sangat ketara.


20. Kalau ada kuasa, suka menzalim dan menindas.

21. Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk patuh kepada ketua.

22. Bertekak dan berbahas menjadi budayanya.


23. Pantang ditegur oleh siapa sahaja.

24. Masam mukanya.

25. Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima.

26. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pun membara.

27. Jangan sebut dosa pahala tersinggung perasaannya.


28. Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya.

29. Sebut Syurga Neraka amat jijik mendengarnya, bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya.



Bala bencana yang datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhannya, sakit hatinya payah mahu menerima. Bencana alam dianggap perkara biasa, itu perkara nature baginya. Jangan cuba dihubungkaitkan dengan dosa, dia akan melenting menunjuk sikap tidakmenerima. Aduh dahsyat ego amat berbahaya!.

Bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan Tuhannya, kebenaran payah diterimanya dan selalu sahaja menolaknya. Kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhannya, bahkan orang sanggup jadi kafir. Lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sebelum matinya berbagai bala dan tanda amaran dari Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatan, akhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonya. Aduh dahsyatnya sifat ego!
Baca Seterusnya......

Menuju Personaliti Rabbani

Salam...baru la rajin nak update blog...

Jom bace, hayati, dalami dan aplikasi!!!

Bila kita pikir2 diri kita, sebenarnya disana terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yg ada.Kdg2 kita hanya pandai berdiskusi sedangkan kaku dari segi gerak kerja.Ada juga kadang2 pelbagai perancangan dan strategi yg kita caturkan tetapi hasilnya tetap x mmberangsangkan.

Mungkin sebenarnya kita lupa bhw ketika mana kita mencatur, disana ada lagi "Pencatur" yg lebih mengetahui. Itulah Allah Rabb yg Maha Mengetahui sekecil2 perkara. Persoalannya sejauh manakah pergantungan kita denganNya? Adakah kite sedar selama ini maksiat kita menjadi hijab yg menyebabkan kita jauh dari pertolonganNya? Jadi... mailah sesame kita mulakan perubahan daripada diri kita sendiri...

Buku ~MENUJU PERSONALITI RABBANI~


Buku karangan Dr Majdi Al-Hilali, salah sorang dari anggota ikhwan muslimin ini mempersembahkan cara pembinaan jati diri seorang yang meletakkan Islam sebagai landasan perjuangan.

Bermula dengan Prasyarat Kemenangan. Iaitu memahami dahulu tabiat sebuah peperangan yg bermula dari elemen Hati dan Nafsu .Setelah diceritakan hakikat peperangan barulah dikupas mengenai Ciri-ciri Generasi Yg Menang.Disinilah pelbagai ciri-ciri personaliti rabbani dibincangkan.

Kemudian Dr Majdi telah memberi sekilas pandang terhadap realiti permasalahan yg ada dalam diri kita.Setiap permasalahan diri yg diutarakan betul2 terkena batang idOng sendri .Setelah tahu masalah diri, barulah dibincangkan penyelesaian utama utk membaiki diri.Diberi juga wasiat para murabbi.

Buku ini diakhiri dengan soalan-soalan muhasabah diri dlm kehidupan harian kita.Ringkasnya, buku ini banyak membicarakan perubahan diri dan muhasabah diri kite untuk MENUJU PERSONALITI RABBANI.

... tulisan di atas nie benonye diedit dari blog orang len...hee...

" kekuatan fizikal hanya akan diperolehi jika disulami dengan kekuatan jiwa..jiwa yang sakit tanpa dicari penawarnye...akhirnya melahirkan diri yang lemah dan goyah...carilah dan ubatilah hati dan jiwa dengan mengingatiNya...Dia lebih memahami jiwamu y sakit, Dia setia mendengar luahan hatimu y tenat, Dia turunkan nikmat dan ujian kepadamu tanpa kauminta, Dia menyayangimu tatkala kau sarat melakukan dosa dan maksiat padaNya, Dia pujuk hatimu yang keras membantu ..menarikmu kembali dekat padaNya...Ya Allah...Tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah...jangan Engkau biarkan daku menyembah berhala nafsuku sendiri...Ampuni dosa2 kami...Ya allah Ya Ghaffar"

Amin..........


Baca Seterusnya......