Puisi buat diri (3)

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini…

Aku zalim pada diri sendiri..

Aku zalim pada penciptaku sendiri…

Ah, aku malu padaMu..

Rintihanku, batinku menjerit minta didengari..

Tapi bukan manusia yang kucari….

Hanya padaMu ku rintihkan semua ini…

Kadangkala jiwaku tak tertahan lagi…

Menanggung beban yang makin banyak mengisi..

Menanggung dosa yang penuh di hati…

Aku hambaMu yang hina…

Tunduk sujud meluahkan segala-galanya…

Dengarilah Ya Allah…

HambaMu yang hina ini kembali kepadaMu…

Aku mengaku melakukan gerak kerja Islam…

Tetapi,

Aku gagal menjalankan amanahku…

Aku gagal menjaga ukhwahku…ikhtilatku juga barangkali..

Pedihnya di hati mendengar itu dan ini,

Tetapi aku masih begini… hanya menangisi…

Aku sedar kelemahanku

Aku sedar kelompangaku,

Aku sedar kekurangan tarbiyahku…

Semuanya ku sedar… dan ku yakin masih belum terlambat…

Ku tahu ini ujian untukku,

Hanya kekuatanMu Ya Azim ku pohon…

Berikan aku ruang untuk segala-galanya..

Tundukkan egoku, tundukkan hatiku..

Kerana aku juga sama seperti yang lain…

Tiada yang Engkau nilai kecuali ketakwaan hambaMu..

Ah…cukuplah aku bermadah…

Baca Seterusnya......

Puisi buat diri (2)

Kau selalu meminta itu dan ini…

Tetapi engkau terlupa apa yang diberikanNya selama ini…

Nikmat demi nikmat tetapi kau bawanya ke jalan maksiat…

Bila doa dan hajat tidak ditunaikan…

Engkau mula berputus asa, mula berprasangka padaNya…

Tetapi tahukah engkau….

Dia amat menyayangi ciptaanNya, walaupun engkau mengingkariNya….

Dosamu menimbun padaNya tetapi lihatlah nikmatNya masih mengalir deras..

Engkau derhaka tetapi tidak malu meminta padaNya…

Tidak pernah Dia meninggalkan dirimu walau sesaat…

Dialah Pendengarmu yang paling setia.

Baca Seterusnya......

Mengapa Harus Berserah

MENGAPA HARUS BERSERAH

(al-Tanwir fi Isqath al-Tadbir)

Sedutan dari buku..diolah supaya mudah paham…

‘……model kepasrahan ala tasawuf Ibn Athaillah seperti ini tidaklah perlu dicap sebagai kepasifan dalam hidup. Kepasrahan atau keberserahan diri kepada pengaturan dan kehendak Allah tidaklah sama dengan degan berhenti bekerja, berhenti mencari rezeki ataupun berhenti berdoa lantaran menyerahkan semuanya kepada Allah’

Dari segi ‘cara hidup’, baik orang berserah ataupu orang tidak berserah nyaris tiada perbezaannya. Yang membezakan mereka adalah cara mereka memandang, merasa dan menyingkapi hidup. Secara praktikalnya, Isqath al-Tadbir akan setidaknya melahirkan beberapa sikap hati seperti :

Pertama : Tidak risau dengan penghidupan. Sikap ini penting agar hidup kita tidak dipenuhi perasaan cemas, khuatir, gundah dan gelisah yang menempatkan hidup kita semua dalam tekanan. Selain itu, ketenangan itu juga penting demi kejayaan kita dalam menempuh kehidupan.

Kedua : Tidak bergantung kepada amal dan usaha. Kebergantungan kepada perbuatan atau usaha acap kali menyebabkan putus asa dan frust sekiranya menemui kegagalan. Dengan bergantung kepada Allah, kita akan terhindar dari putus asa bahkan jika bersandar kepadaNya juga menyebabkan kita bangkit dan berasa lebih selamat.

Ketiga : Keredhaan dalam menghadapi kenyataan. Kekecewaan, kekesalan dan ketidakpuas hatian pada kejadian-kejadian yang menimpa hanya akan menggangu kita yang mana sepatutnya digunakan untuk sesuatu yang lebih positif. Redha dengan kenyataanwalaupun segetir mana sekalipun, akan menjadikan kita untuk sedia menghadapinya dan bertindak dengan cara yang lebih rasional.

Keempat : Optimis dalam hidup. Dengan bersandar kepada Allah dan yakin bahawa Dia memberikan kita yang terbaik, akan melipat gandakan rasa optimis kita kepada Allah.

Firman Allah s.w.t :

‘Demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka berhukum kepadamu atas perkara yang mereka perselisihkan kemudian mereka tidak merasa berat menerima keputusanmu dan mereka menerima sepenuhnya’ (An-Nisa : 65)

‘Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilih. Mereka tidak punya pilihan. Mahasuci Allah dan Maha Tinggi atas apa yang mereka sekutukan’ (Al-Qashah : 68)

‘Atau apakah manusia akan mendapatkan semua yang diinginkannya? (Tidak) hanya milik Allah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia’ (Al-najm : 24-25)

Dalam Al-Hikam, Sheikh Ibn Athaillah ada menyebut :

‘Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dituntut darimu, adalah bukti dari rabunnya mata batinmu’ . Kerana itu, “ istirehatkan dirimu dari mengatur urusanmu, kerana segala apa yang telah diurus oleh ‘selainmu’ (yakni ALLAH) tak perlu engkau turut mengurusnya’………..

Rujukan dari buku Mengapa Harus Berserah al-Tanwir fi Isqath al-Tadbir by Ibn Athaillah As-Sakandari

Baca Seterusnya......

Serahkan pada yang layak

Assalamualaikum, kali ini saya ingin berkongsi ngan korang semua berkaitan dengan karakter manusia yang pelbagai dalam sesebuah organisasi yang saya kopipes dari buku 55 Petua Kerja Berpasukan...hee..

Penanam : Tanpanya, tanduslah ladang ini

Mereka adalah ahli yang bijak, idealistik , kreatif dan berpandangan jauh. Mereka yang mencipta idea, yang menjadi ‘benih’ kepada tugasan itu. Mereka ini ‘menanam idea’, menyemai dan menyiramnya, supaya dapat difahami oleh ahli pasukan yang lain.Mereka ini kebiasaanya agak individualistik dan suka bekerja tanpa dikongkong. Apabila mereka ini sensitif, ahli pasukan perlu berhati-hati dalam mengkritik idea yang diketengahkan. Selang-selikan dengan penghargaan dan pujian supaya mereka rasa dihargai dan diterima, walaupun tidak secara keseluruhan.

Walaupun mereka ini penting bagi ‘menghidupkan’ pasukan, namun memiliki ramai ‘penanam’ dapat menimbulkan masalah kepada pasuka itu. Ini kerana sentiasa berlaku percanggahan idea dan cadangan yang kadang-kadang boleh melambatkan gerak kerja pasukan.

Mata-mata gelap : Bertanyalah kepada mereka

Mata-mata gelap atau detektif adalah ahli yang berpengetahuan luas dalam banyak bidang. Golongan seperti ini banyak membaca dan prihatin ada fakta di sekelilingnya. Mereka dapat memberikan idea, tetapi tidak dalam bentuk ‘penanam’. Mata-mata gelap lebih banyak memberikan idea-idea inovatif, hasil olahan idea-idea yang diperoleh daripada bahan bacaan dan pemerhatiannya. Mereka biasanya mempunyai sikap ingin tahu yang membuak-buak dan pandai melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Ini menjadikan mereka perunding yang baik., boleh berdiplomasi dan tawar-menawar dengan pihak yang berbeza latar belakang. Mereka juga cepat mengenal pasti peluang-peluang baru yang dapat diterokai.

Namun, mereka mempunyai kelemahan tersendiri. Oleh kerana pengetahuan yang luas dan inovatif, mereka mempunyai percambahan idea yang terlebih banyak. Kesannya, mereka mudah menukar perancangan dan tidak konsisten dalam satu-satu kerja. Mereka cepat menukar idea dan tindakan, tanpa terus mencuba dan tindakan suslan yang sepatutnya. Mata-mata gelap tidak bergitu berdikari. Mereka memerlukan motivasi dan dorangan yang kuat daripada orang lain. Berbanding ‘penanam’ yang serius, dan gemar bersendiri, mata-mata gelap lebih santai dan suka bersama dengan orang lain. Selagi mana dia memperoleh suasana sebegini, dia terus bekerja walaupun dalam situasi tegang dan krisis.

Penyelaras : Dia Umpama Bapa

Penyelaras sekurang2nya orang yang matang dan bijak, walaupun bukan yang paling bijak dan genius dalam pasukannya. Dia mestilah mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan memapu memastikan setiap dari ahli pasukan sentiasa menumpukan mencapai matlamat pasukan. Dia perlu memahami matlamat organisasi dan pendai berkomunikasi supaya setiap ahli organisasi mampu memahami seperti dia.

Penyelaras biasanya orang yng dihormati oleh ahli-ahli lain dan dia berperanan menyatukan ahli-ahli bagi mencapai matlamat pasukan. Dia orang yang pandai mengagihkan tugasan sesama ahli dan memastikan fokus mereka pada kerja dan matlamat tidak tergugat. Sebaik-baiknya dia dihormati dan tahu bertenang dalam apa jua keadaan. Presiden persatuan dan pengerusi mesyuarat memerlukan ciri-ciri seperti dia.

Tukang besi atau juru tempa : Dari Bijih menjadi Keris

Tukang besi yang biasa kita tengok bekerja menempa dan membentuk besi mengikut yang dikehendaki. Mereka dapat menempa sama ada hendak dibuat pisau, golok, parang, pedang ataupun sebagainya. Begitu juga dalam pasukan yang memerlukan tukang besi atau juru tempa. Mereka ini adalah individu yang dinamik atau penuh dengan semanga bekerja. Mereka gemarkan cabaran dan gemar dicabar.

Orang yang berfungsi seperti tukang besi ini membentuk usaha dan gaya kerja rakan-rakan dalam organisasi.. Tukang besi ini juga membentuk corak dan haluan perbincangan dan berusaha menyatukan idea supaya menjadi keputusan yang praktikal dan kemudiaanya menghasilkan tindakan yang perlu dilakukan.

Tanpa ‘tukang besi’ dalam pasukan boleh meyebabkan pasukan itu ‘lembab dan tidah bermotivasi’. Namun begitu, perlu dipastikan ‘tukang besi’ ini tidak berpotensi untuk melawan polisi organisasi kerana golongan ini adalah mereka yang keras kepala. Mereka tidak kisah berkonfrontasi ataupun mengambil keputusan yang melawan arus.

Penilai : Bijak dan Dingin

Mereka berperanan membuat penilaian pada idea-idea dan perancangan yang sudah dipersetujui. Mereka ini biasanya bijak dan mempunyai pengetahuan yang banyak. Mereka juga memiliki emosi stabil bahkan kadang kala begitu ‘dingin’ dengan emosi orang lain. Tumpuan mereka adalah statistik, fakta, rekod, prestasi lepas, peningkatan, penurunan, ukuran dan semua hitam putih, Mereka sentiasa mencari maklumat-maklumat yang penting supaya organisasi tidak tersilap dalam menentukan strategi yang diambil.

Mereka selalu berfikir secara objektif. Kadang kala mereka kelihatan ‘diam’ seketika bagi mem’proses’ persoalan yang sedang dibincangkan. Walaupun kadang kala cakap mereka tidak berlapik, namun kata-kata mereka adalah berasas. Mereka juga sukar dimotivasikan dengan retorik kerana mereka memerlukan fakta dan data. Oleh itu, pastikan mereka ini diberikan tugasan yang sepatutnya. Beri bidang kerja bagi menganalisis data-data kerana mereka akan rasa dihargai.

Pekerja : Tanpanya, tiadalah hasil

Mereka mempunyai sifat menyokong, sensitif, dan memham emosi organisasi. Mereka adalah pendengar dan diplomat yang baik, setia kepada pasukan dan lembuthati secara semulajadi. Mereka menghargai ahli-ahli lain., tidak gemarkan konflik dan konfrontasi. Mereka juga kurang kompetitf dan kurang dinamik. Ciri-ciri ini menjadikan mereka popular, motivasi dan tidak terancam dalam melaksanakan kerja berpasukan mereka.

Kehadiran mereka biasanya mengurangkan masalah interpersonal kerana mereka biasanya tidak berapa suka kepada persaingan dan konflik.Mereka juga tidak banyak menyusahkan organisasi dan menyusahkan organisasi bahkan mudah dimotivasikan dengan kata-kata perangsang dan retorik yang ringkas. Namun, kelemahan mereka yang ketara adalah kurang dinamik dan terlalu bergantung kepada pihak atasan untuk membuat keputusan dan melakukan perubahan.

Pelaksana : Buat apa yang dirancang!

Walaupun organisasi mempunyai ribuan idea yang hebat tetapi persoalannya, siapakah yang akan melaksanakan idea-idea tersebut? Pelaksana!!! Pelaksana adalah mereka yang mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, disiplin diri yang tinggi dan daya fikir yang baik menukarkan idea dan keputusan kepada bentuk tugasan yang tersusun.

Pelaksana dapat menukarkan kertas kerja konsep umum kepada pelan tindakan yang terperinci. Mereka begitu tekun dan sistematik sehingga mempunyai ‘ketaatan’ yang tinggi kepada organisasi. Mereka biasanya tidak mempunyai kepentingan peribadi dan mendapat kepuasan dengan melaksanakan tugasan mengikut pelan tindakan yang digariskan olehnya sendiri.

Kelemahannya, mereka biasanya kaku dalam melaksanakan perancangan. Mereka tidak suka menukar pelan asal bahkan tidak selesa dengan perubahan yang diputuskan oleh organisasi. Mereka memberikan respon yang perlahan kepada perubahan, bahkan kadang-kala merungut-rungut terhadap perubahan tersebut. Antara jawatan yang biasa dipegang oleh orang seperti ini adalah setiausaha dan koordinator program.

Penyudah : Jangan tinggal sebelum siap!!!

Contohnya dalam pasukan bola sepak, orang seperti mereka inilah yang menjadi penjaring gol terbanyak, kerana dia mahir menyudahkan sesuatu kerja dengan baik. Dia pandai menyusun kerja dan senarai tugas. Kebanyakannya daripada kalangan yag suka kepada kesempurnaan dan tidak suka sambil lewa. Mereka tidak suka kekurangan dan kesalahan. Golongan seperti ini mempunyai disiplin kerja yang tinggi dan tidak melewatkan kerja melebihi tarikh akhir yang ditetapkan.

Kelemahan mereka adalah gemar melakukan tugasan sendiri. Mereka tidak suka mengagihkan tugasan kepada orang lain. Lama-kelamaan, mereka cenderung untuk melakukan tugasan orang lain dan akhirnya menyebabkan bebanan kerja mereka bertambah berlipat kali ganda.

Pakar : Setiap inci bisa dikuasai

Mereka mempunyai kemahiran lanjutan dalam bidang-bidang tertentu. Mereka biasanya dapat memfokuskan pemikiran mereka kepada pada suatu perkara dari perkara yang dasar hingga ke perkara yang selengkapnya. Mereka juga kadangkala taksub dan ghairah pada bidang yang merea ceburi.

Berbeza dengan penyudah, pakar lebih menggemari berurusan dengan pengurus dan tidak suka pelbagai bentuk kerja yang berbeza. Mereka suka meneroka cara baru, tetapi dalam bidang dan skop yang sama. Mereka juga mempunyai pandangan yang sempit dalam apa-apa isu. Mereka sukar berfikir di luar kotak. Ini kerana mereka mengagungkan gaya berfikr secara memfokus (konvergen) dan tidak gemar berfikir secara mencapah (divergen).

Rujukan : 55 Petua Kerja Berpasukan by Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

Baca Seterusnya......