Kenapa kite diuji??

Kesabaran itu adalah kunci apa yang diharapcitakan. Setiap yang sukar pasti enteng dengan sabar. Bersabarlah meskipun jauhnya perjalanan. Mudah2an kuda yang menapak itu akan sampai jua..

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sedang belum lagi nyata kepada Allah s.w.t orang2 yang berjihad (berjuang bersungguh2) di antara kamu, dan belum lagi (terbukti) wujudnya orang2 yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)” (Ali Imran : 142)

Dalil ini atau seumpamanya sering kali digunakan sebagai ‘pelengkap’ terutama apabila membicarakan mengenai mehnah dan tribulasi, ujian dan cabaran hidup. Lebih famous lagi dari surah Al-Ankabut : 1-3 tetapi realitinya tidak semua benar2 dapat bertahan resistant dan bersabar apabila ujian itu ditimpakan ke atas dirinya. Apatah lagi bila memikirkan kitalah manusia yang paling ‘hebat’ diuji padahal kita terlupa ujian itu mungkin secebis, sesuku atau setengah dari orang lain yang jauh lebih dahsyat, lebih teruk dari kita sendiri. Maka bermulalah fasa down kerana tidak tahan dengan ujian dan cabaran yang diberikan. Kata2 ini tidak ditujukan kepada sesiapa kerana manusia sifatnya lemah dan tidak lari dari kesilapan, cumanya…bertanyalah pada diri sendiri seikhlas hati...

Dalam sebuah buku bertajuk ‘Sabar dalam Islam’ karangan Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi ada menyenaraikan tentang perlunya ujian bagi orang2 yang beriman, antaranya ialah :

1. Membersihkan saff orang2 yang beriman dari orang yang mendakwa dirinya beriman iaitu di kalangan orang2 Munafik dan dari mereka yang berpenyakit dalam hatinya. Berpisahlah hati2 yang damai dan sejahtera itu dari mereka yang berbelit2. Secara saintifiknya, sesuatu yang asli atau tiruan hanya dapat dikenalpasti apabila dikenakan sesuatu ujian atau cubaan sepertimana terpisahnya emas tulen dan emas palsu apabila dijalankan ‘ujian’ bakar dengan api.


Allah s.w.t tidak sekali2 akan membiarkan orang2 yang beriman dalam keadaan yang kamu berada sekarang (bercampur aduk antara Mukmin dan Munafik, bahkan Ianya akan tetap menguji kamu, sehingga Ia memisahkan yang buruk (Munafik) daripada yang baik (Beriman) “ (Ali Imran : 179)


Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “ Kami beriman kepada Allah”, kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia menjadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia ta’atkan manusia). Dan jika pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepada kamu mereka sudah tentu akan berkata: ‘ Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?), Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang yang terpendam di dalam hati sekalian makhluk? Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang2 Munafik”. (An-Ankabut: 10-11)


‘ Dan sebahagian manusia ada yang menyembah Allah di tepi sahaja (dalam keraguan), sekiranya ia mendapat kebaikan, senanglah hatinya kerana kebaikan itu, tetapi kiranya ditimpa cubaan, dia berputar ke belakang, dia mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata ‘ (Surah Al-Hajj : 11)

2. Mentarbiyah orang2 yang beriman, menguatkan keyakinan dan membersihkan apa yang terdapat dalam hati mereka (sifat buruk), dan mereka akan matang (masak) dengan ujian sepertimana masaknya makanan yang diletakkan di atas api.


Firman Allah s.w.t selepas peristiwa peperangan Uhud :


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (cedera), maka sesunggunya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu lebih (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah hari-hari (di dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), Kami pergilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang2 yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang2 yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang2 zalim. Dan juga supaya Allah mmbersihkan orang2 yang beriman (dari dosa2 mereka dan membinasakan orang2 yang kafir”. (Ali Imran :140-141)

3. Menambah maqam (peringkat) mereka di sisi Allah. Ianya (ujian tersebut) mengangkat darjat (martabat) mereka, melipatgandakan kebaikan mereka, atau paling kurang menghapuskan dosa-dosa mereka. Hingga seseorang yang berjalan di atas permukaan bumi dengan perlakuaan dosa dibasuhi dengan basuhan ujian dan disucikan dengan cucian rintangan.

Manusia tidak sekali2 terlepas dari melakukan kesalahan kerana mereka bukanlah malaikat yang dijadikan bersih suci. Seorang manusia tidak terjamin ma’sum melainkan para Nabi, jadi sebagai rahmat dari Allah s.w.t kepada hamba2Nya yang beriman, Dia menjanjikan kepada mereka dengan ujian demi ujian bagi menggugurkan dari mereka kesalahan (dosa) dengan sifat sabar dan penuh perhitungan di atas ujian itu, seperti mana gugurnya dedaun pokok di musim luruh bila kekeringan.

Dalam satu hadis sahih, Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Tidaklah sesuatu yang menimpa seorang Muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah tusukan kerana terpijak duri melainkan denganNya Allah hapuskan darinya akan dosa “ (Hadis riwayat Al-Bukhari)

~ rujukan dari buku ‘ Sabar Dalam Islam’ by Dr. Yusof al-Qardhawi. Dan yang terakhir, ayat renungan yang dikirimkan oleh seorang sahabat menerusi SMS :

Ketenangan itu milik hati2 yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah s.w.t. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti akan ada kemenangan yang menanti “

~ di sebalik KESAKITAN tersembunyi KEMANISAN y menanti di hadapan~

Wallahu a’alam

18 November 08_2.41 a

Baca Seterusnya......

Ku berfikir…


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Payah untuk ku temui yang benar2 sibuk,

Dengan urusan baiki diri,

Yang ada kini hanya sibuk dengan urusan dunia semata,

Walau hanya diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya.


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Susah untuk ku temui,

Yang benar2 takut pada Ilahi,

Yang mendambakan kasih Ilahi,

Yang ada hanya mengharapkan kasih insani,

Yang melalaikan orang dan diri sendiri.


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untuk ku temui ahli profesional yang bertaqwa,

Yang benar2 meletakkan Islam dalam jiwa,

Menggunakan profesionnya sebagai matamalat ke akhirat sana,

Majoritinya lalai lagi leka,

Yang hidupnya lebih berat ke barat,

Menyebabkan amal ibadah terasa berat.


Ku berfikir…

Manusia pada zaman akhir zaman ini,

Payah untuk ku temui,

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu,

Sanggup bersusah payah untuk memahami ilmu,

Yang ada kini hanya berbangga dengan ijazah,

Tetapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka.


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Susah untukku temui,

Yang suka berbincang tentang akhirat,

Syahid sebagai matlamat,

Mensyiarkan Islam dan menjunjung akhirat,

Yang ada cuma menghidupkan ajaran Barat,

Bahkan melupakan Akhirat!


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untukku temui,

Yang sentiasa bermunajat dan berzikir,

Bertakafur dan berfikir,

Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir…


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untukku temui,

Yang hatinya benar2 bersih dari segala penyakit,

Yang ada kini hanyalah manusia hipokrit,

Kemaafan yang retorik bukannya ikhlas dari hati,


Ku terus berfikir…

Masih ada lagikah manusia pada akhir zaman ini,

Yang menjadikan dunia sebagai ladang Akhiratnya…

Aku ? Aku pula bagaimana??


Baca Seterusnya......